Tabung nuffnang sayer :

Thursday, 27 August 2015

THE PISANG CHEESE

Tengahari tadi we all lunch di Kelana Jaya. Dekat dalam kedai tu ada orang jual The Pisang Cheese pulakkkk. Memang feveret la kan? Selalu dah dengar goreng pisang cheese ni tapi tak pernah jumpa lagi yang banyak cenggini. Pisang dia pun sedap. Habislaaa makan manis lagi aku minggu ni. Aduhh lepas ni kene bilas dengan air masak banyak2 badan ni. Tapi tak apa laa fikir lepas beranak nanti 100 hari tu nak pantang mcm-mcm. 

ni namanya pisang salted caramel with cheese . Entah betui ke tidak. Hihi 
Sebenarnya ada macam-macam perisa the pisang cheese ni. So kita boleh pilih nak yang macam mana. Harga boleh tahan mahal, tapi kalau tengok ke cheese yang dia letak memang tak leh lawan laa cair air liur weiiii... 

ni la perisa yang ada dekat kedai

Aku beli 2 perisa teros. TAMAK haloba kan??? 

Ni plak chocolate cheese. Sedap ! 

Bagi yang dok area Kelana Jaya mesti dah tahu kedai mn kan?? Stadium FAM tempat selalu pemain malaysia berlatih tu. Belakang stadium tu ada kedai makan derek2. Korang carik kedai yang kiri sekali yeee. =) 

Sunday, 23 August 2015

#32 weeks checklist brg baby ke hospital : Dah kene prepared barang baby

Dah masuk 32 weeks minggu ni tau. Punya laa rasa macam sekejap jeeekkk masa berjalan. Seriously aku rasa macam sekejap jek. Tup-tup dah masuk 8 bln kan?? Lagi sebulan lbih dah nk jmpa orang baru. Tapi alhamdulillan. kaki dan tangan aku masih tak bengkak lagi setakat ni. Doktor cakap, if dah tak bengkak tu, memang tak bengkak dah smpai delivered baby. Berharap sangat. Lagipun aku memang banyakkan berjalan.  Dekat opis ni macam-macam tempat pergi. Kadang meeting sana sini walau dalam 1 bangunan jek kan?? Lepas tu balik rumah kene plak redah tingkat 4. Memang tak tahan nak naik tangga sekarang ni. Mesti lenguh 1 badan. 

Encik husband dah bising bila nk kemas-kemas barang. Dia yang paling risau nengok aku still relaks lagi tak berkemas. Bukan tak nak, tapi MALAS nyeeee !!! Lagipun ada beberapa item xckup lagi sO jadik malas nk berkemas. Tak ada mood terus. Hahaha punya teruk perangai. Padahal boleh jek siap apa patut dulu. sO minggu lepas sempat pegi BABY EXPO dekat SACC Mall tu. Pegi pagi dalam kol 12 lbih. (Pagi ke ? -_-) ngeh ngeh. sO dapat parking dekat dengan pintu masuk SACC tu. We all park dekat PKNS. 

Dah settle barang-barang baby tu, malam semalam sempat laa packing barang baby dulu. Barang mak nanti dulu laaa pasai aku kene prepared 2 bulan dok dekat Kuantan tros. Lepas bersalin di PPUM nanti, hajatnye terus shoot ke kuantan. Berpantang 2 bulan kat rumah family aku. Cuti confinement memang amik 3 bulan, tapi 1 bulan tu dengan nak urus rumah sewa dekat Puchong tu balik. Nak cari baby sitter. Aku plan nk hantar baby sitter dekat pejabat. Pejabat aku memang ada tadika, tapi kene que la untuk masuk. Nak nak baby memang limited jek. Aku kene tunggu que sorang lagi. In case tak sempat terpaksa hantar ada 1 tadika berhampiran tempat keje. Pun kene uruskan tuuuu. Mungkin dalam sebulan kot baru dapat que untuk tadika di pejabat aku. Senang sikit. 

so 1 beg jek sebenarnya aku bawak. Karung tu nanti muat masuk dalam beg pinky tu.
Antara barang-barang baby yang aku dekat dalam karung macam karung guni tu : 

Ini baju-baju yang aku asing untuk sekali harung jek bagi nurse Supaya en husband tak selerak kan 1 beg semata cari barang tak jumpa lepas baby delivered.
1. Pampers - 1 helai
2. Baju sepasang
3. Receiving blanket
4. Kain lampin (Aku memang khas bagi nurse. Ikutla nk buat towel ke, lap apa ke. Beli 10 helai sO senang)
5. sarung kaki + tangan sepasang
6. barut 
7. toiletries 

Untuk barang-barang mcm sj bawak lebih. Aku masukkan dalam beg pink tu jew.. Barang baby kecik-kecik jadi senang laa nak menyimpan kan walau beg nye kecik sj. 

Ni pulak barang-barang dia incase kene duduk wad lama sket ke. Lebih sehari cmtu. Hope dapat keluar cepat laa kan? Tak suka dok spital lelama...

1. Baju - 2 pasang
2. Pampers - 9 helai (sj jek laa bawak banyak)
3. Topi
4. Lampin
5. Barut - 2 helai
6. minyak herbal / minyak panas untuk baby. 


botol susu jgn lupa bawak. Nanti kalau dah lepas pump ke apa ke. In case baby nk menyusu. Ada la guna jugak kan?? Bawak sebotol sudeh. 


beli yg cenonet 1. Harga RM10.00 1 set. hihi yang ni penting untuk p travel ke. Lagi2 nk p spital. Aku suka johnson & johnson sebab bau dia best 1. Plus memang elok untuk newborn pun. Dorang ada yang untuk newborn

Yeay ini laa beg baby. Beg untuk ke spital shj. Beg dan perkakas dia untuk balik berpantang di Kuantan  belum prepared lg. Banyakkkk nyeee keja kan?? Tapi EXCITED !!! 


Kaki tak membengkak lagi. Tapi dah masuk 8 bulan ni memang mula rasa lenguh-lenguh nak berjalan. Harap-harap betul la apa orang-orang tua cakap, berjalan banyak ni senang nk bersalin. 




Friday, 21 August 2015

Team Building lagi dah tua-tua pun.

Holla.. sebenarnya nak cerita pasal team building yang dianjurkan oleh tempat keje aku ni haaa.. Dah kali ke berapa aku pegi team building pun tak ingat. Dengan induksi lagi nyeee. Sebenarnya masa memula keje dulu dalam tempoh nak pengesahan jawatan kan dah pegi team building. induksi lagi and macam-macam laa kononnya untuk memperkasakan diri. Tup - tup tetiba dah 5 tahun keje ni ada lagi TEAM BUILDINGnyeeeeee .. Punya laa malas nk pergi kan?? Dah tak ada hati nak pergi bila dah tua-tua ni. Tak adalah tua pun tapi rasa macam alahaiiii kalau zaman memuda masuk opis dulu bertenaga lagi la kan?? Kengkawan pun time tu gila-gila. 


Disebabkan opis aku ada penstrukturan semula jawatan dan boleh dikatakan 100% la by JPA, makanya Ketua Pengarah minta Team Building di adakan balik ikut batch, and wajib bagi SEMUA staff tak kira laa support staff, pegawai and bos-bos. Gred 54 pun diharuskan pergi lagi kan laaaa anak-anak bilis ni haaa. Tapi macam kelakar kan. 

Tak laaah ramai sgt. Tapi ok laaa. Ni masa hari pertama. Dah malam 


Team building ni pun tak macam team building sangat laa. Macam tak heavy sangat. Mungkin sebab ramai warga senior-senior, bos-bos and perempuan pregnant. Hihi ada 4 perempuan pregnant yang join untuk batch ni. Sebenarnya HR memang dah keluarkan senarai nama untuk batch-batch yang akan pergi smpai bulan 12 ni haa. Aku kene batch ke 3. Tiap-tiap batch pulak tempat lain-lain. Batch untuk bulan 8 buat di Cherengin Hills, Janda Baik. Dekat laa dengan opis dalam 1 jam 30 minit. Bertolak 17hb Ogos dalam jam 2 petang. Smpai sana 3.30 petang dah.  18hb pukul 12 program dah habis. Kiranya macam 2 hari jek laaa. 


pagi pagi mcam biasa laaa senaman dan outdoor challenge

Tapi yang pregnant semua duduk tepi

smpai pukul 11.30 pagi jugak berjemur. Kemudian baru laa fasi mintak masuk dewan balik sebab mcm kesian tengok panas terik


aktiviti ke sungai




Cabaran paling best yang kitorang suka ada 2 games. 1 Games dipanggil The Mole & The Team. Satu lagi game kegemaran adalah game membuat kasut berterlur.

The Mole & The Team. 

The Mole : bermaksud mempunyai sikap -ve
The Team: Mempunyai sikap teamwork, +ve

Permainan ni best sebab setiap team akan undi untuk siapa yang jadi Team dan siapa yang jadi Mole. Fasi akan panggil sorang-sorang time tu untuk cabut undi. And setiap personaliti kita samada Mole or Team akan dirahsiakan. Hanya diri sendiri yang tahu. Lepas tu pulak, kitorang perlu siapkan task di mana ada lukisan perlu dilengkapkan. Lukisan tu perlu ulang alik tengok laa. Fasi yang akan pegang setiap lukisan lengkap tu untuk kita pergi tengok banyak mana nak pergi and lengkapkan lukisan tersebut.

Tugas the Mole dalam kumpulan tu dia akan berlakon baik, tapi dalam masa yang sama dia sendiri akan merosakkan team tu. Kalau boleh dia x akan kasi pun kengkawan dia siapkn task tersebut. Contohnya dia pergi tengok lukisan tu and bagi instruction yang salah ke, Dia tak membantu langsung and diam ke. Macam-macam lagi la kan. Siapa dapat cari The MOLE sebenar team akan dapat RM500 kot !! Pengajur nak bagi.

sO time ni la kita kene berhati-hati. Ada pulak laa yang macam suspek. Fasi pulak ada yang bisik-bisik kat kita berhati-hati dengan orang ni orang tu. Hahahaha dalam team aku tu, 3 orang kene tarik masuk penjara sebab suspek The Mole. Bila masa da tamat, tiba laahhh masa untuk penentuan samada yang masuk penjara tu bersalah ke tidak. Bila soal selidik akhirnya semua tu the Team. Hahah kesian kan. Jadik Suspek plak ! sO korang nak tahu tak siapa the Mole sebenar????


Jeng- jeng jeng..... !!!!! The Mole sebenar adalah fasi sendiri sebab dorang yang jahat and kadang-kadang tukar instruction masa kita nk tengok lukisan sebenar. Mereka jugak yang menghasut kita supaya rasa curiga dengan kawan-kawan sendiri. Pengajarannya sila laaa percaya pada kawan sendiri, jangan buruk sangka especially kawan yang kita da kenal lebih 3 - 5 thn kn.



The Mole yang kene masuk penjara. Suspek !

Kasut Telur

Game kasut telur ni, cabaran dia fasi or ustaz (penceramah sepanjang program) akan pakai dan berjalan. Bawah kasut tu perlu ada telur. Telur yang belum dimasak ye. So cabarannya kami perlu buat kasut 




136 langkah. Ustaz berhenti sebab dah pecah rekod.
Hihihi berat ustaz 99kg.
Telur tidak pecah kasut masih tahan
penyampaian sijil dan penutup


makan dan boleh balik. 

Monday, 10 August 2015

Tilam Kekabu baby da smpai !!!

Yeay... akhirnye kekabu untuk baby ku sudah sampai 1 set dengan selamat. Sangat puas hati dengan servis dari penjual ni. Kiranya very recommended la untuk sesiapa yang nak menempah kekabu dari page facebook ni. Satu sebab servisnya agak cepat. Dalam masa seminggu or 2 minggu da boleh siap pun. Tak ada masalah. Sebab aku ada experienced dengan seorang rakan aku sendiri yang kekabunya tempah 5 bln tak dapat-dapat lagi. Dari anaknye dalam kandungan sekarang dah masuk 3bulan tau lahir. Tapi tak  siap sO kawan aku mintak refund balik. Nama page or online seller tu agak fofular ok. Sangat-sangat terkenal tapi aku tak nak mentioned sebab itu bukan terjadi pada aku dan tak baik tutup periuk nasi orang kan?? Cuma kene berjaga-jaga. Kalau rasa tak boleh ambik tempahan yang banyak dalam 1 masa, jangan berani tanggung risiko. Kesian sangat dengan pelanggan. Kesiannn !!! 

Okey laa tutup cerita pasa online seller yang popular tu. Sambung cerita aku balik. Sebenarnya kawan aku jugak yang perkenalkan page online seller ni. Bila kawan sendiri beli dan dah terbukti sampai elok. Maka aku buat keputusan nak cuba online seller ni laaa. Aku order masa kandungan aku ni 5 bulan lagi. Takut la kan order last minute, sekali tak siap-siap. Berjaga-jaga. Hihihi Tapi kebetulan kain aku nak tu out of stock. sO aku boleh jek tunggu. Kalau tak boleh tunggu ada banyak lagi corak-corak lain. Tapi aku berkeras nak corak yang aku nak tu, sO aku rela tunggu dalam masa 1 bulan. Duit semua da bayar. Entah redha jek la memula kalau buatnye dia xjadik buat ke, apa ke kan???? Tawakal. Tup-tup dah masuk sebulan, seller ni whatssap aku katanya corak aku nak dah smpai, tapi corak lagi 1 dah habis. Gabungan untuk jadik sebijik mcm kekabu aku nak. sO seller tu bg laa pilihan nak tunggu or nak cuba gabungan corak lain. Aku tawakal jek, rasa macam nak kaler pastel-pastel. sO aku setuju jek laaa nak cuba gabungan lain. Kiranya tak sama macam aku nak. 

akhirnya da siapppp !! Hihi Lega gler bila da smpai tau. Ni la corak yang aku pilih. Memang nak pastel colour

baby cot ni pun beli di Ikea jek. Beli paling murah. Hihi tak smpai RM200.00
ni set yang aku amik. sO dalam RM290.00 including postage. Eh eh tapi termasuk 5 helai barut size besar sekali tau. 

dari tepi. Tilam dia agak tebal. 
Sebenarny masa memula tu dia tersalah jahit untuk size baby cot aku. Bila dapat tu agak frust memula. Tapi alhamdulillah deal dengan seller yang baik ni senang. Dia tetap layan dengan baik. Aku risau sebab ada sesetengah seller ni, bila barang da smpai ke kita, duit dia da dapat, ingat dia nak layan kee kita.. kita ni???? BOLAYAN !!! Tapi alhamdulillah itu aku cakap servis dia tip top. Aku pulangkan semula pada dia and dia betulkan. 

ni la kekabunya lepas aku togelkan cadarnyee

frust memula bila size tak sama seperti diminta. Sebenarnya size da betul, tapi bila tarik jadi tebal dia jadi mengerekot kan??

Seminggu kemudian, seller tu pulangkan balik tilam yang dah dibetulkan tu without any charges ye. Alhamdulillah. So settled untuk tilam dan baby cot. Cuma lepas ni nak carik kain penghadang tepi baby cot dan kelambu. Tu semua dah usha Ikea =)

nti yang nak mencuba tilam kekabu seller ni, boleh la ke page beliau ye.. Harga berbaloi. Corak macam-macam adooo ! 

Friday, 7 August 2015

Isu pembelian rumah: Sakit hati dengan peguam !!

Entri hari ni rasa nak meluah perasaan pun ada, nak mengutuk tu macam berdosa pulak, tapi memang rasa nak meluah apa yang terpendam and apa yang aku rasa selama ni laaaa. Rasa perit membeli rumah ni memang betul-betul perit laa. Setiap orang yang bakal beli rumah mesti akan rasa perit ni. Lagi-lagi part kalau loan yang dibuat tu melalui loan pinjaman dengan kerajaan di Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP). Tapi masalah aku ni timbul bila peguam aku sendiri dari awal pun dah macam ting tong jugak. Aku memang hangin giler dengan peguam aku. Nak mention nama kang takut memalukan dorang pulak. sO we keep it as secret laa. Antara aku, dia and Allah. Allah memerhati. Peguam aku tu pulak melayu. Andai kata duit penalti yang bakal aku bayar pun semua dari perbuatan mereka, aku tak redha. Its OKEY !


sO far rumah aku masih dalam proses pembinaan. Dalam 45% rasanyaa. sO banyak dah naik tu. Alhamdulillah pemaju pn sebenarnya okey la kan. Bukan company menipu cuma yang tak puas hatinye adalah peguam. Masa tu aku pakai peguam pemaju jugak. Senang sebab masa aku beli rumah ni, walaupun harganya agak mahal around RM317K, tapi stamp duty, legal fee, MOT, deposit 10% dan SNP memang under pemaju. Kiranya RM317K dah include sekali laaaa. sO lega sekali lagi di situ, sebabnya aku cuma mengeluarkan duit sebanyak RM3K untuk booking shj. 



Haa aku show up sket progress rumah aku setakat ni. Okey laaa so far bergerak dari hari ke hari. Rumah single storey ni mungkin siap menjelang hujung tahun hadapan rasanya ataupun lebih awal. i don't know. Terpulang pada cepat atau tidak kontraktor la kan? 

Kronologi kenapa aku sakit hati sangat dengan peguam yang dilantik????

Rasanya ramai yang berpengalaman seperti aku. Macam-macam ragam and masalah kita kene hadapi kalau bab membeli rumah ni. Hadoiii kalau tak ada tahap kesabaran yang tinggi, memang susah laa jugak. Boleh migrain ! Kalau dengan peguam ni memang sah-sah laa kita selalu kene game dengan they all kan?? Memang apa-apa dorang akan salahkan pembeli or bahagian pinjaman perumahan. Bahagian BPP tu memang laa lambat sikit proses nye sebab terlalu banyak.  Tapi rasanya semua orang tahu kalau deal dengan BPP memang agak lambat sikit. Tapi kalau peguam yang melambatkan keadaan, lagi 2x ganda laaaa lambat tu terpaksa aku faced ! 

Part yang aku banyak tak puas hati aku penah cerita dalam entri sebelum ni. Bolek refer baru excited nak sign gadaian !

Okey laa part yang sign gadaian / cagaran tu aku rasa dah settle. Tapi settle pada 9 Jun 2015. Seminggu selepas peguam sendiri punya kesalahan, sampai aku kene p balik sign di Pejabat Tanah Klang. Kalau dekat tak apa la kan dari Petaling Jaya tu. Aku ingatkan lepas sign tu terus anto ke BPP. rupenyeee 24 Jun baru dorang anto??? Sape tak hangin ! Kantoi dengan aku sebab dapat surat invois atas meja. sO aku call la agen and peguam macam mana pembayaran sebab check dalam sistem BPP tak ada keluar transaction mengatakan ada pembayaran. Aku dapat invois tu 4 Julai 2015. Ada problem tak nak call sikit pun cakap kt aku. Mana aku tak hangin peguam ni! 

Part lucu. Tarikh invois 29 Jun due date 22 julai. Hurmmm kalau korang kira ikut 21 hari bekerja kan, tolak cuti sabtu ahad and cuti raya rasanya 28 Julai baru smpai 21 hari. Aku pun tak tahu macamana dorang kira. -_-'

Masa aku dapat invois ni tarikh 4 Julai da. Invois tu sebenarnya di ajukan kepada BPP, sO aku cuma dapat salinan jugak la mengatakan dorang ada minta pada BPP. 4 Julai tu aku call peguam, aku ingatkan dah settle, rupanya macam-macam problem. Sume problem tu actually berpunca dari peguam jugak. 

1. sebab peguam hold gadaian aku sampai 2 weeks. (sign gadaian 9 jun 2015 , tarikh hantar kepada BPP 24 Jun 2015) sO sah-sah laa da lewat 2 weeks. Tahu apa alasan lawyer??? Kene hold aku punya dokumen sebab uruskan launching perumahan unit baru tempat lain?? Sakit tak hati?

2. BPP ada keluarkan pekeliling baru selepas 23 jun 2015 perlu lampirkan borang-borang baru yang dorang da remind pada website. Nasiblaa peguam aku tak baca kan? Jadiknye BPP tengok kepala surat 24 Jun 2015 terus dia reject dokumen aku. Mungkin dorang tak baca gadaian aku tu sign 9 Jun 2015. Kalau ikutkan sebelum pekeliling keluar la kan?? Jadiknye BPP pulangkan pada peguam semula. Kan ke dah lambat. Tapi peguam salahkan BPP. Eh rasanya kalau KAU HANTAR DOKUMEN TU esok kan 10 Jun 2015, rasanya tak ada masalah kan? Biasalah kalau baca surat pun mesti kita rasa salah. Nak nak dok kaunter tu tengok beratus-ratus dokumen dihantar setiap hari. 

3. 4 Julai tu la aku baru segala-gala and bila aku tanya tak hantar semula ke gadaian tu pada peguam? Peguam cakap belum? lagi sakit hati jawapannya gadaian aku lagi 1 hilang. Dorang mati-mati cakap salah BPP lagi mengatakan BPP cuma pulangkan 1 gadaian sahaja. Sedangkan dorang beri pada BPP 2 gadaian. AKu rasa hangin gler kot. Aku mintak dorang carik jugak dokumen tu. 4 Julai tu dah laa Jumaat. Isnin da 6hb. Hurmm if selepas 22 Julai still tak ada pembayaran, penalti dah akan dicaj pada aku. First payment RM dalam almost RM90K. Kecut perut tengok invois ! Hurmmm petang dah nak balik tu, aku call peguam lagi haaa akhirnya jumpa jugak gadaian ke-2 tu. Alhamdulillah ! Nak bersyukur pun ye, nak marah pun ada sebabnyeee bagai nak rak dorang salahkan BPP tadi, tup tup salah diri sendiri. Euwwwww..

4. by 7 Julai 2015 dorang hantar dokumen tu semula ke BPP. Tapi Dokumen Gadaian tu diproeses dalam masa 14 - 21 hari waktu bekerja pulak. Hurmmm sedih pulak, sebab 7hb (Selasa), 8hb (Rabu), 9hb (Khamis), 10hb (Jumaat). Total hari 4 hari ni memang tak akan buat apa-apa la dokumen ni dari pihak BPP. minggu tu pulak 2 minggu BPP dah mula cuti hari raya. Sobss sobss. Sedih tak?? Naik cuti jek da 24 Julai 2015 (Jumaat). Kt BPP ni memang susah nak tembus panggilan. Aku puas dok call BPP memang sangat susah berjawab. Sebab dorang pakai sistem. Tanpa buang masa, isnin tu pepagi aku dah pegi BPP sendiri and tanya kaunter cagaran. Malangnya dokumen aku baru di hari ke 11. Aku sepatutnya boleh buat pertanyaan mengenai dokumen aku selepas hari ke - 14. 



5. Balik opis tu aku cari PIC bahagian Cagaran di website BPP. Aku emel semua masalah aku hadapi. Tup-tup emel aku dibalas. Lepas berbalas beberapa emel tu, aku dapat maklumbalas aku boleh amik dokumen tu rabu depan. Meaning dalam 5 hari tu aku dah boleh amik dokumen tu sendiri. Sebab memang aku nak amik and bagi pada peguam sendiri. Kalau aku biar jek lagi panjang agaknya masa. Dengan BPP nak kene pulangkan pada peguam dengan pos biasa. Oh NO !!! Aku sanggup drive untuk amik dokumen tu walau di Putrajaya. Bagi balik kepada peguam. Padahal kalau diikutkan tu semua kerja PEGUAM okey !! 

6. Alhamdulillah setakat ni Allah permudahkan urusan aku untuk ambik gadaian dalam masa yang singkat. Cuma aku kene follow up dengan peguam lepas ni untuk mempercepatkan progresss. Aku perasan dorang ni kalau kita tak call, tak ketuk memang tak bergerak !!!! Sakit betul hati. Lepas ni aku cuma nak tahu progress dorang dari segi 

- Stamp duty di pejabat LHDN ( 7 hari ) kata peguam laaa sebab banyak kerja. 
- bentang di pejabat tanah untuk dapatkan nombor perserahan (1 hari) 

Total 8 hari. Siap jek dokumen tu aku nak amik sendiri and bagi pada BPP ! Oh sebenarnya untuk proses loan kerajaan ni aku and seorang lagi cikgu. Tapi cikgu tu punya gadaian 24 Jun 2015 dah hantar ke BPP. Smpai hari ni gadaian tak dapat-dapat lagi? sO korang kalau nak cepat sila follow up sendiri. Jangan harapkan orang lain wlau korang bayar dorang. Huhu sedih tak??? 

Masuk hari ni invois pertama aku dah lewat 11 hari
Invois kedua aku da lewat 1 hari Wuuuuu :'( 

Thursday, 6 August 2015

Majlis raya di The Royal Chulan Hotel Kuala Lumpur !! (17 gambar)


Tetiba setempek gambar depan bersama Ybhg Datuk Haji Ahmad Maslan. Timbalan baru MITI. Semalam tempat keje aku adakan majli Hari Raya bersama warga. Menteri dan Timbalan MITI pun turut hadir ke majlis yang di adakan di The Royal Chulan Hotel, Kuala Lumpur. Huhuhu memula dengar jek kat KL memang malasnyee nak pergi. Dari Petaling Jaya nak meredah jalan jem kan?? Sapa pun tak mau ! Semalam aku balik awal sket untuk uruskan perumahan aku di Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP). Nanti part tu aku buat entri khas. Lepas balik dari Putrajaya tu we all siap2 untuk ke KL pulak. Bertolak 6.30 petang, smpai kol 7.40 malam di Royal Chulan. Jalan federal agak jem macam biasa. Tapi mujur sangat...... bandar KL tak ada kete semalam. Alhamdulillah sampai awal dengan aman.

Ramai jugak yang bagi pengesahan untuk hadir walau pun buat bukan malam sabtu. Selalu hari jumaat malam la buat event besar-besar and tempat jauh2 sket. Lagi2 di KL. Nanti korang layan gmbar2 kat bawah jek la yee


perut da besar lerrr. huhu mengah selalu