Tabung nuffnang sayer :

Thursday, 21 August 2014

Rumah sewa part 1 ~ sesi mencuci rumah sewa (sebelum & selepas)

Once dah setuju untuk sewa rumah tersebut, tuan rumah tu mintak we all masukkan deposit rumah sebulan sahaja + sewa rumah tersebut. sO total Nye cuma RM1000 la kan, tapi utilities dan air dalam RM200 jek. sO keseluruhan yang we all bayar RM1200 sahaja. Senang jugak nak berkira dengan tuan rumah ni. sO kunci semua dah dapat, kitorang pn start la mencuci dan mengecat apa yang patut. Memang planning nak cat sebab ada beberapa cat tu macam dah K.O !! Ish tak suka jugak nak duduk walau rumah sewa je kn. Kita nak duduk lama jgk dalam 2 thn. sO kenelah keluarkan duit jugak untuk mencantikkan rumah. Mata kita jugak nak nengok nyeee. Kalau mata orang lain aku tak kisah laaa. sO sebenarnya dah start cuci dan mengecat 2 minggu macam tu. Tapi tak datang hari-hari sebab ktorang ni cuma datang bersih weekends sahaja.

Warna cat yg dipilih oleh kami. Nippon paint


Kaler cat ni walau tak sama macam aku nak, tapi kira cantik jugak laaa. sO we all decide nak cat mana yang patut shj. Beli cat Nippon sebab tekstur cantik. Cepat kering dan tidak berbau.

Ni warna asl bilik master bedrooom. So bilik ni pn cat jgk sb warna bcmpur2

Ok jgn tanya kenapa kaler dinding sekejap lain2 sb aku pn pening tgk. Dah mcm2 kaler tw. Ada merah biru hijau. Fuh!! 

Operasi da nk bermula. Siap tangga bagai. Hik hik

En BF bawak kawan dia mengecat skali.


Hasil keseluruhan bilik tidur utama

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Gigih kan cat sendiri? sO dah settled dalam bilik, cat di ruang tamu jek. Itu pun tak semua. Cuma cat bahagian dinding yang kaler merah. Kenapa merah?? Ok sekali lagi jangan Tanya aku sebab aku sendiri tak tahu kenapa tiba-tiba ada cat kaler merah oren macam tu. Spoil pemandangan betul laaaa !!!!
sebelum dicat

selepas dicat
sO Nampak tak perubahan sebelum dan selepas dicat????? Haaaa memang sedap sikit laaa mata aku memandang. Yang sebelah lagi biarkan jek sebab dah alang-alang peach kan. Malas nk cat dah. Kalau nak cat satu rumah, memang 1 cat pun tak cukup !! Dah la semua yang we all keluarkan belanja-belanja termasuk cat tidak dibiayai tuan rumah. Pendek kata, sendiri-sendiri. Tapi kalau ada yang mana-mana rosak teruk tu, aku memang nak claim laaaa.
masa mula-mula masuk memang kotor jugak rumah ni. Nak nak kipas siling ruang tamu. Padia lagu ni??? kotoq bukan main !!! Stress aku dengan rumah kotor ni. Ingatkan tak la banyak sangat kotornyeeee. Ni, memang tak penah basuh berapa tahun laaaaa?

En. BF tros buka sayap kipas satu-satu. Dia cabut skru, and sental dekat tandas. Siap letak klorok ! Baru hilang okey. Tapi ni pun masih ada lagi kotor-kotor. Hish !!!
kiri tu gambar sebelum. Kanan gambar selepas. Hadoii penat okey nak bersihkan jadi macam ni. Tapi makan masa 1 hari jek laaa. Hihihi 
Biar gambar berbicara. Cewah ! Tapi nak explain jugak. Haaa korang tengok gambar kiri tu. Kotor kemain kan? Pelik aku manusia yang boleh hidup dalam kawasan kotor-kotor ni. Geli okeh ! sO en BF siap cat semua dinding, cuci tingkap. Korang perhati tingkat atas tu. Tu diaaa kotor. en. BF jugak bersihkan. Hurmm sinki tu pn aku nak tukar. Macam geli pulak pakai bekas orang kan? Mana tahu dia gosok gigi dalam tu ke, ludah ke. *okeh -ve mula menguasai diri. Tak habis lagiii. Ada lagi aku nak chegita bab kotor2 nih. sOrry la tuan rumah kalau terbaca sebab memang kotor sangat. Nasib baik kami nak cuci tanpa berkira.
Hurmm hurmmm
Part kritikal ni kira dah lepas laaa. sO lepas aktiviti mengecat ni selesai, we all terus cuci lantai dan mop bersih-bersih. Cuci dinding dapur. Biar berkilat semuaaaa.

dapur dah bersih

ruang tamu. Tu kerusi sendiri. en BF bawak







setakat ni jek dulu. Hihihi . Lepas ni nak pikir apa deco untuk rumah ni. Sebenarnya dah ada dalam kepala sebab kebetulan mak aku dulu interior kan? Pandai laaa bab deco-deco. Langsir dah order dengan mak. sO amik konsep putih and macam rumah. Sabtu ni nak order kerusi sofa di Fella Design pulak. Dah boleh slow-slow beli ni. kikikiki

Hihihi tak pelaah nanti tunggu konsep apa aku nk cerita lepas ni k .

3 comments:

  1. mak ai mmg kotor betul rumah tu. NI lebih kurang rumah sewa eka yg sebelum ni. Habuk kemaen pastu yg pelik, dinding kana biru, dinding kiri hijau, dinding kat dapur cat separuh je. aiyarkk suram. nasib la dah pindah umah tu.

    lawa la bilik kamu kat umah mak kamu

    ReplyDelete
  2. waaah mmg sangat2 berbeza kan bila dah di cuci dan di cat. bagis.. rasa macam xsabar plak nak ada rumah sendiri. erm.. rumah sewa pun boleh kalau xda rumah sendiri

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum😊

    Rumah saya cantik dan saya sangat puas hati dengan hasil kerja mereka πŸ‘Œ


    🏑🏑🏑🏑🏑🏑🏑🏑🏑UBAHSUAI RUMAH - KONTRAKTOR TERBAIK DI KAWASAN ANDA
    πŸ‘πŸ»
    ( KL / SELANGOR )

    Our House Renovation Services cover:
    🌟🌟🌟🌟🌟

    Bathroom Renovation πŸ“πŸ“πŸ”¨πŸ› πŸ”§πŸ”©⛏πŸ”—

    House Extensions

    Plaster Ceiling

    Electrical Works

    Tiling Works

    Painting Works

    Plumbing Works

    Grill, Gates & Awnings

    Roofing & Waterproofing

    Window and Glass

    Renovation Works

    Locations Covered:

    Currently, our contractors are located at Klang Valley area.

    DIPERCAYAI ORANG RAMAI

    DAN

    MUTU KERJA BERKUALITI
    ✔✔

    BUAT TEMUJANJI KITA


    πŸ“žπŸ“žπŸ“ž 0189811607

    En.Rodzi
    🏑🏑🏑🏑🏑🏑🏑🏑🏑🏑

    ReplyDelete