Detox ni bermaksud buang segala anasir-anasir kotor dalam badan macam toksin, angina dan mcm2 lagi laa. Aku bukan doctor, sO tak berapa nak tahu sangat system badan manusia ni. Yang aku tahu serba sedikit, kalau kita nak cantik or nk kurus, kenelah buang toksin dalam badan. Cara paling rare and COOL adalah detox dengan cara semulajadi dari air buah-buahan. Nak tahu macam mana badan kita ni detox? Melalui pembuangan air kecil atau air besar. sO lagi banyak kita minum air, lagi banyak kita buang air kecil, dan dari situlah segala kotoran, toksin semua keluar.
Aku ada cuba 1 cara detox cara minum air buah-buahan. Huiii memang best ah ! Ni semua hasil dari godaan-godaan internet jugak. Aku rasa ramai je yang tahu pasal detox dengan minum air buahan ni. Ianya simple, mudah, dan sedap !! Seyesly aku suka cara ni. Walaupun leceh sikit nak menyiapkan bahan. Simple tu maksud aku cuma nk kene potong buah-buah jek bagi kecik2. Orang malas macam aku ni, itu bukan sesuatu yang simple ! aha !!! Keji sangat ayat kan??? sO aku dah mulakan minum air detox tu. Entah dari mana mai semangat nak mencuba. sO lepas balik dari opis terus ke giant, cari bahan-bahan diperlukan. Actually kita boleh pilih apa yang kita nak masukkan dalam minuman tu.
Contoh ada orang akan letak.
1. Halia, timun, daun pudina, lemon
2. Timun, tomato, daun pudina, lemon
3. halia, daun pudina, lemon
Macam-macam lagilaaa. Tapi aku tak suka halia, timun tomato tu. Uwerrkkk ! Tak tahu apa rasa dia. Hish, sO aku pilih :
Ada lemon Daun pudina Strawberry |
Cukuplaah 3 benda ni jek. Rasanya bila letak strawberry ni air rasa lebih Wangi dan fresh !! hihi Aku suka rasa dia. Korang boleh beli benda-benda ni di giant jek.
Lemon. RM8.99 Sebenarnya ada jek lemon 59sen sebijik, tapi nak jugak kaler kuning macam ni. Yang lain macam kecik-kecik jek |
Daun pudina RM1.29 sepeket |
Strawberry sepeket ni xsilap RM8.90. Main amik jek aritu tak tengok rege. |
sO lepas dah beli semua benda ni, aku pun siap memotong. Eh tapi jangan laa potong semua ! Untuk bekas 1 liter, 1 liter aku amik sebijik lemon, 5 batang daun pudina, dan 3 bijik strawberry. Yang lebih simpan dalam peti yek. Untuk next trip !!
Cara-cara:
1. Potong nipis-nipis semua bahan-bahan.
2. masukkan dalam bekas 1 liter or berapa liter korang nak
3. Isi air dan jangan masukkan apa2 tambahan perasa gula or sebagainya. Biar jek buah-buahan tu shj.
4. Masukkan dalam peti dan biarkan semalaman.
Esok pagi terus amik untuk minum di opis
Dapat 2 botol (2 liter) |
menarik tak???? |
Okey . sila cuba =) |