Tabung nuffnang sayer :

Wednesday 19 June 2013

Bayar zakat cepat dengan cara tolak gaji je!!! ^_^

 
hye semalam baru je settled hantarkan borang penolakan gaji untuk bayar zakat. Huhuhu macam rasa susah nak bayar online, takut terlupa, takut tak ada masa.... So aku ambik jalan paling mudah sekali dengan tolak dari gaji setiap bulan sahaja. sO memang senang la keje lepas ni. Zakat kan memang wajib di bayar untuk umat islam, jadi tak salah pun kalau gaji kita tuh di tolak sedikit untuk zakat. Zakat nih ikut gaji kita. Berapa banyak kita perlu bayar semua-semua ada di terangkan di dalam broshur macam aku tunjuk di atas. Bayak dah sekarang pusat-pusat zakat di Malaysia ni jadi tak perlu risau. So bila kita tolak gaji tu, automatic dalam penyata kita tuh ada lah keluar tanda pembayaran zakat. Ini pun satu cara untuk kita dari bayar cukai. So lebih elok duit tu di salurkan untuk zakat. Ok aku cuma nak share sedikit info mengenai Zakat yang aku baca pada broshur.
 
Apa itu SKIM BERKAT?
*Kemudahan pembayaran zakat melalui potongan gaji. Pembayarannya tidak terhad kepada zakat pendapatan sahaja tetapi zakat-zakat harta yang lain termasuk qada zakat.
 
Syarat-syarat wajib zakat?
*Islam
*Merdeka
*Sempurna milik
*Cukup Nisab
*cukup haul (genap setahun)
 
Jenis-jenis zakat
*pendapatan
*perniagaan
*simpanan
*emas
*perak
*KWSP
*Saham
*Padi
*Ternakan
*Qadha Zakat
 
 
Panduan penyertaan:
Langkah 1: Borang skim berkat diisi pemohon dan diserahkan kepada pihak majikan (Bahagian pemotongan gaji).
 
Langkah 2: Jumlah potongan zakat ditentukan sendiri oleh pemohon mengiku gaji dan pendapatan bulanan. Rujuk gambar di bawah.


 
Langkah3: Penyata rasmi pembayaran zakat dikeluarkan sekali setahun iaitu pada bulan Februari. Penyata rasmi pembayaran zakat boleh dikemukakan kepada LHDN sebagai bukti bayaran zakat
 
Langkah 4: Sebarang penambahan jumlah zakat akan datang boleh dimaklumkan kepada majikan dan mengisi borang baru.
 
 
Kod potongan gaji:
*kakitangan kerajaan = menerusi Jabatan Akaun Negara (Selangor) 4376
*Kakitangan Swasta = kod diberi selepas pembayaran pertama
 
sebarang pertukaran alamat dan untuk keterangan lebih lanjut korang boleh terus hubungi
 
Lembaga Zakat Selangor (MAIS) yang berdekatan
Tel: 03-55227777
Faks: 03-55227722
 
 
Itu sahaja aku nak share. Sipi-sipi je. Apa-apa korang boleh Tanya pihak MAIS terus
 


2 comments:

  1. mudah sangat dah sekaghang ni...takde alasan lagi pade semue......

    ReplyDelete
  2. Salam..saudari,mff mnggu sy nk tanya berkenaa potongan zakat ni,saudari tau x??mcmna ek klau nk buat penolakan dari pemotongan zakat sbb sblm ni sy ada terima surat dari LZS spya diberi pilihan utk mmbuat pemotongan zakat jika layak..jadi sy da buat pengiraan & pendptan sy xlayak utk dibuat pemotongan zakat..jadi mcmna sy nk buat penolakan ni mnggunakan kaedah online?

    ReplyDelete