20 Mei 2023
11.00 malam..
Haii...
Baju dah banyak mula sendat mendat dek penangan open house rakan-rakan dan majlis raya di pejabat. korang ada rasa benda yang sama tak? Rasanya silih berganti acara makan dan makan. Syukur kita masih dikurniakan kesihatan yang baik untuk menikmati makanan-makanan yang sedap ni. Untuk tahun ni, dah tak terhitung jumlah open house dan majlis raya yang kami pergi. Rumah aku sendiri pun buat juga kecil-kecilan untuk rakan-rakan pejabat dan jiran.
Ok nak cerita pasal Majlis raya version 1 ni yang anjuran Pejabat aku je. Kita pick untuk entri kali ini utk 2 version sahaja. Version pertama yang Agensi ku sendiri and yang versi kedua anjuran Kementerian kami. Majlis raya ktorang aritu hari isnin. Agak meriah jugak sebab kalini kita buat di Saujana Resort KL. Tempat dia lebih besar untuk menampung tetamu jemputan yang agak ramai. sO ada beberapa VIP untuk keselesesaan mereka jugak.
|
Barisan sekretariat |
Majlis raya ni macam biasa selalu nya setiap tahun aku akan bertugas untuk menjadi ushrette tapi special untuk Menteri sahaja. Tapi klw nak bantu kawan-kawan lain sebelum kehadiran VIP tu pun tak ada masalah. Boleh je tolong-tolong sama. Majlis bermula pada jam 11.00 pagi lagi sampai 4 petang. Kehadiran Menteri dalam jam 12 tengahari. sO sambil-sambil tu bantu kawan-kawan untuk usher tetamu. Sebab tetamu-tetamu sangatttttttttt ramai.
|
Rupa ku bila dah ke petang. Ni dah dekat jam 4 dan kemudian pegi solat. Make up masih onzzzz . hehe Sebab lock dengan powder dari Mary Kay |
Lama tak buat event besar-besaran macam ni lagi semenjak pandemik melanda. Tahun lps wlw pun buat tapi agak tak bersedia. Tahun ni event berjalan sangat-sangat lancar.
|
Sempat snap pic sebelum keluar dari kereta. Ni masa pepagi bersiap dan dah smpai hotel. Nak turun kereta sempat kan selfie. |
|
Briefing utk menyambut tetamu dengan team ushrette.
|
|
suasana dalam dewan semasa kehadiran tetamu-tetamu |
|
Dengan bosses di Opis |
|
Dengan bestfriend satu opis |
|
Dengan rakan sekerja |
Artis jemputan untuk tahun ni kami jemput haziq. Haziq selalu sinonim dengan lagu-lagu melayu asli. So far suara dia sangatttt la sedap. Lagi-lagi kalau dia nyanyi lagu 'Lemak Manis' yang tengah popular di radio sekarang dalam versi terbaru. Kalau ikutkn lagu tu dari zaman dahulu kala oleh Roslan Madon. Diberi nafas baru oleh Haziq.
|
sempat bergambar dengan haziq |
|
Ketibaan our minister YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz |
|
sesi memberi duit raya kepada anak-anak yatim |
Ok sekian tu je yang ada gambar untuk majlis raya tahun ini. Esk kita cuba update Majlis raya bersama Agong pulakkk hehehee