Masyaa Allah ! sorry sesangat kepada yang email aku pasal hantaran apa untuk belah lelaki dulu. Aku baru perasan email tu. Sebab jarang bukak email tu. Then yang selalu orang searching dari blog aku pun yang naik banyak adalah hantara barang lelaki. Kenapa?? Susah sangat nak pikir apa nak bagi kepada orang laki eh?? Hihihihi tak apa aku paham sebab aku pun pernah mengalami benda nih. Aku ingatkan dah up la entri pasal hantaran ni, rupanyaaaaaa sehabuk pun tarakkkk ! Maaf naa sekali lagi. Tak apaa untuk yang masih belum terlambaat nk membeli belah tu ni aku up entri untuk barang hantaran belah lelaki sekali dengan bonus gubahan yang kitorang pakai sempena hari perkahwinan aku dlu. Aku nikah tahun 2014. sO dah lebih 3 tahun jugak laa kan?
Lagipun tak lama lagi dah nak smbut puasa dan raya kan??? Lepas puasa mestilah kita raya. Haa musim raya tu ramai laaa yang akan amik kesempatan cuti panjang tu untuk melangsungkan perkahwinan. Bagi yang nak refer tentang perkahwinan aku dlu, boleh lake list sebelah kanan. Ada folder bride to be session. All about persiapan, diy ada dekat situ. Boleh refer ye. Percuma jek. hik hik !
|
ok ni la rupa gubahan hantaran kepada pihak lelaki. Tema baju family aku masa bersanding adalah purple. sO memang mak aku pilih kaler purple untuk par pun. |
Par ni mak aku pinjam dari kawan dia dengan sewaan 1 par dalam RM30 shj. Kalau tak silap aku sebab dah lama weii. Entri ni sepatut dah basi. Tp since ada lagi dok email and bertanya sO aku cerita jugak laaaa. Riben tu semua mak aku yang ikat and gubah sendiri. Tak upah orang pun. Semua homemade. Riben tu boleh beli di SSF. Harga boleh tahan jugak mahai. Tapi nama dah homemade kan, so adalah penjimatan jugak di situ. Beli segelung teros. Aku suka hiasan ni. Aku bagi 10 bintang kepada mak aku haha sebab citarasa dia memang tak pernah mengecewakan aku.
Okayy tips yang aku boleh bagi sikit sempena korang yang nak mencari barang-barang untuk hantaran tu, aku cuma boleh pesan. Korang beli laaa barang yang korang pakai sahaja. Jangan beli mengarut sangat yang hanyaa sekadar untuk hiasan atas dulang par korang tuh. Membazir !!!! Kenapa beli barang yang kita tak pakai kan?? Contoh laaaa contoh paling senang. Ada yang bagi hantaran kasut tinggi. Adaaa dari pengalaman yang aku tengok laa. Kasut punya lawaaa. Memang lawa 5 star aku kasi ! Tinggi pun tinggi 4 inci jugak rasanya. Tapi dengan ketinggan cmtu rasanya kasut tu cuma boleh dibawa ke majlis tertentu sahaja. Nak shopping of course la tak selesa dengan tinggi melangit mcm tu. Jalan sikit dah sakit. sO harus bijak memilih barang ye. Duit korang bukan duit hakakkkk !
Okay tips pertama dah bagi tadi kan? Tips lain:
1. Buat la list apa korang nak beli. Tetapkan berapa jumlah hantaran yang korang nak. Macam aku dulu 7 berbalas 9 dulang. Of course la 9 tu belah lelaki. Belah perempuan nih sikit jek
2. Kira bajet yang korang bakal habis nanti. Tetapkan limit kalau boleh. Aku cuma tetapkan barang-barang yang aku nak beli tu tak melebihi RM3k. Overnye kalau barang smpai RM3K kan???
3. Tak nak susah berfikir apa yang bakal suami korang nak untuk barang hantaran atas dulang par??? Ermmm senang jeeewww. Aku beli barang pihak perempuan. Means apa yang aku nak laa. Then si dia beli barang-barang yang dia nak. Then masa hari nak menghias par tu, tukar jek ! Senang. Tak perlu pening kepala.
4. Kalau tak nak pening kepala habis beribu sekali beli. Cuba tips nih. Beli sikit-sikit barang tersebut setiap bulan. Hihihi tak terasa sangat duit yg macam air keluar tuh yeee. Contoh bulan lepas dah beli handbeg, bulan ni kasut, bulan depan ermmmm make up set / jam tangan ye??
Jadi apa yang barang-barang ats dulang par aku nanti nih, adalah apa yang aku pilih untuk diri aku dan apa yang dia pilih untuk barang-barang dia. Senang sesangat. sO tak ada isu dia suka ke tidak???
|
ni gubahan untuk letak cincin |
|
baju melayu dan sampin |
|
tafsir Al-Quran dan sejadah |
|
Jam G-Shock dan cermin mata Rayban |
|
2 helai kemeja dan t-shirt POLO |
|
Tali pinggang dan wallet Levi's |
|
Mangkuk coral tu mak aku tempah lasagna. Letak dalam tu. Kitorang tak bagi kek. Hihi saja mak buat lain dari yang lain |
|
kasut . Kasut ni selesa kata dia laaa. smpai sekarang dia pakai elok lg. |
sO ini lah barang-barangnya:
1. Baju melayu dan sampin
2. Tafsir dan sejadah
3. Jam dan cermin mata
4. Kasut
5. Tali pinggang dan Wallet
6. Cincin
7. Lasagna
8. Buah-buahan
9. Kuih
Total barang-barang dia tu ada la lebih kurang tak melebihi RM3000
sesi gotong royong kerjakan barang gubahan hantaran. Jiran jiran yang tolong nih
|
ni pulak tempat letak gula-gula. Saja sediakan kalau ada yang nak kudap kudapan kan??? |
ni pulak gotong royong menyiapkan bunga telur. tema kaler riben tetap sama. Sama jugak gubahan dengan par. Riben tu mak aku jugak buat. Boleh refer entri
DIY gubahan bunga telur
Okey dah siap semua. Hihi antara yang mak aku DIY sendiri semua masa hari perkahwinan aku tu.
Hiasan Par
Hiasan bunga telur (50 bji jek)
Bilik pengantin. Cadar beli di Akemi jek.
Untuk belah perempuan aku lupa nak amik gambar gubahannya... Huhu tapi ada la sipi- sipi tuh pada gambar dengan kek tuh.
terobek gambar resepsi jap. Jangan marah. ok bai !