Tabung nuffnang sayer :

Tuesday 12 April 2016

life as an Exclusively Pumping Mom (EP MOM)

Lately ramai yang bertanya aku mcm mana kalau aku keluar berjalan-jalan sebab baby aku kan tak nak direct feeding (df). Nak bottle jek la walau tido tengah malam. Tapi kecuali kalau dia mamai and mengantuk sangat dia okey jek with df. Sebelum tu aku nak share dlu la cmne leh terjadinya EP MOM. EP MOM ni singkatan dari Exclusively Pumping MOM. Exclusive sangat kan?? Nak kata aku ajar botol awal sangat sebenarnya tak jugak. Masa dia new born tu baby okey jek df. Kalau boleh rasanya kerap sangat dia df ni ha. Then aku pun menyusu dia pagi petang siang malam smpai dia berumur 1 bulan. 1 bulan tu dah start ajar botol sikit-sikit. Ye lah nanti kan nk masuk keje lepas cuti 3 bulan. Risau anak tak nak minum dalam botol kan?

Masa dia 1 bulan tu, kebetulan nipple crack and pedih. sO pagi start jam 9.00 pagi tu aku bagi dia minum susu dalam botol. Pakai susu EBM la. So dia start minum dalam botol sampai pukul 3 petang. Lepas 3 petang tu aku start df dia smpai la 9.00 pagi esok. Everyday sampai laaa dia 3 bulan. Kiranya 2bulan la dia boleh terima susu dalam botol. Mula-mula aku ajar susu fresh, then campur dari frozen sebab tkot dia tak terima susu frozen, chiller and fresh. Yess memula baby aku memang tolak susu frozen. Aku dah risau nih. Adui pening kepala nanti if nak anta rumah pengasuh kan??? 2 hari try akhirnya dia terima jugak. Legaaa. Semua aku buat ni untuk preparation bila nak bekerja nanti. Kalau tak ajar awal susah nanti. Kesian dia .. 

Masuk 3bulan tu dah sudah! Dia tak nak df langsung. Aku ingatkan dia sakit sebab meraung-raung bila disua. Aku pulak nak menangis. Seminggu berlarutan cmtu. Tapi bila bagi dalam botol dia ok. Minum macam biasa. Stress aku. Lama jugak aku try. Hurmmm ni dah nak masuk 6 bulan umornya lagi 5 hari. Ah ! memang gitu la perangainya. Dia tetap tak nak df and bermula dari situlaah bermulanya life aku as a EP MOM ye. Kena tabah sapa-sapa yang EP MOM ye. Tabah bila susu semakin drop. sO gigih nak simpan stock sebab baby aku minum dalam botol 28oz 1 hari ye. 

siang hari pada pengasuh - 3oz X 6 botol = 18oz
malam = 10oz

Total 28oz kan????



suka ice box tu sebab tahan sejuk berbanding ice pack

Huhu tak merungut tapi mampu ke aku hasilkan susu dia? Dalm mindset ni memula masa baby still new born mintak sangat pada Allah dapat menyusu 6bulan pn bersyukur. Alhamdulillah baby lagi 5 bulan 6 bulan. Buat masa ni susu okey walau kene gigih kumpul. Inshaa Allah sempat untuk dia smpai 6 bulan. Tapi bila dah 6 bulan ni mestilah kita target untuk 1 tahun. Harap-harap dapat bertabah ke 1 tahun ye.. huk huk sedih.

stock susu sekarang. 
Memang kurang. Tapi dekat frozen ni untuk emergency sahaja. Sebab sekarang pakai konsep chiller. Susu yang dah diperah aku terus simpan di chiller untuk esok hari. Memang ngam ngam ckup untuk 1 hari. 


.
.
.
.
.
.

stock susu masa mula-mula dalam pantang dlu. Tapi bayangkan dah habis dipakai
penangan EP MOM



Oh okay back to tajuk entri.Sebenarnya nak cerita life as a EP MOM kan???? Boleh tersasul cite pasal benda lain. Aku terima banyak pertanyaan macam mana kalau keluar berjalan-jalan?? Untuk pengetahuan ye. Aku memang sabtu ahad ni kerap betul berjalan. Malas duduk rumah plus pulak baby aku kalau bab berjalan nombor 1. Dia suka nih berjalan tengok orang ramai. Sebab tu aku okay jek kalau nak keluar. Kat rumah panas and boring kot. Dia pn tahu ! hihihi .. Tapi mengankut byk jgk la barang-barang nak keluar tu.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.


kene la bawak cooler beg + termos air panas + bekas untuk panaskan susu tu

Selalunya kalau keluar aku akan bawak dalam 12 oz jugak la. Paling lama keluar pun dalam jam 12.00 tenghari smpai 7 petang. hihihi .. Tapi agak-agak susu da nak habis kitorang chow la. Tapi 10oz tu ok la ngam ngam. 

hihi kecik lagi babynye.
Minggu depan dah masuk 6 bulan 
yeay !! Dah nak dapat diploma in breastfeeding!! 


6 comments:

  1. same la. kite pon ep mommmehhh! high 5!

    ReplyDelete
  2. Saya juga la xleh grade dip.. dalam pntg lagi dh campur fm. Sebab masa tu p*****g tak nak timbul. Baby pula mengamuk tak jumpa. So, penyeleseain dia fm.. sedih sangat kena campur.. hurmm

    ReplyDelete
  3. Wah tahniah ep mom yg gigih. Semoga dipermudahkan untuk next next milestone inshaaAllah :)

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Sama lah . Saya pun EP mom sbb baby lama kat nicu . So bila balik dia xmau dah df sbb dah terbiasa botol/cup kt hospital . Klau kluar tu mmg bawak pump , air pns , susu smua la haha . Caiyok !

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe ank pertama dan kedua dua-dua xnk df. yang ketiga ni alhamdulillah dia nak. tapi gigih la klw ep mom ni. byk dugaan

      Delete