Tabung nuffnang sayer :

Monday 30 March 2015

Sale Baby Cots di IKEA ??

 
Asalnya aku ni malas jgk nak ke IKEA tu pasal jalan nak ke sana agak jem wei. Bayangkan dari Puchong nak ke sana, perghh nak kene tempuh jem. Xkira masa jem dia. weekend ke or tak weekend ke sama jek. Tapi untuk mengelak dari jem masa que nak bayar tu, we all decide nak pergi weekdays laa. Hahahaha kenapa beria sangat nak ke IKEA? Mestilah nak hunting sesuatu kan?? Kebetulan laaa. Tapi sebenarnya tak ada dalam kepala lagi. Kebetulan ternampak 1 iklan dekat nuffnang. sO bila aku search rupanya IKEA ada buat sale interms of barang-barang di bilik tidur macam katil, toilet, and paling menarik perhatian BABY COTS !!! Haaa baby coat pn ada dekat IKEA. Macam jakun sat. Tapi sebenarnya aku sendiri yang jarang explore apa yang jual di IKEA.

 
Ni laa yang we all beli.
 
keadaan dalam

Khamis lepas plan baik punya lepas balik keje nak ajak en. suami pergi IKEA laaa. Dia pun kebetulan balik awal kan, sO lepas mandi and semayang asar tu we all terus gerak ke sana. Masa tu jam dah pkul 7.10 petang, sO aku simpan siap wuduk. Aduii kalau nak ke IKEA Tu better korang bawak kain semayang senirik. Memang selalu tak cukup and tempat pun sempit yang amat. Kesian kat orang-orang nak solat tau. sO aku memang bawak laa dalam kereta untuk kes-kes terpencil macam nih. 7.10 petang bertolak sampai sana da pkul 8.00 mlm. Sejam perjalanan okeh. Kalau tak jem tu rasanya 30 minit jek kot. -_- 


Sampai jek terus we all ke surau and seperti jangkaan ramai glerr orang. Ada yang menunggu telekung yang berdiri sebab space tak ada. sO aku yang memang dah ada wuduk just teros menyelit mana-mana orang yang dah siap. Telekung dah siap bawak. Tolongg la bawak sesape yang ke sana. Sangat susah nak dapatkan telekung sebab limited sangat-sangat !!

sO masa we all ke tempat baby coat nih, ramai sangat orang tengah belek-belek untuk beli jugak. Maklumlah sekarang IKEA ada buat sale untuk baby coat ni. Harga pun agak berpatutan yang amat. Aku malas nak carik yang mahal-mahal sebab nak pakai Nye sekejap jek. Tkot pulak baby tak mo duduk dalam tu kan. sO pilih yang biasa-biasa sebab bila dia dah besar nak kene carik katil bujang pulak. Eh ! Katil bujang dah ada dekat rumah. 2 bijik lagi ! sO lepas 2 tahun dah boleh ajar dia kot. huhuhu ...

aku pilih yang murah jek tapi tahan. Sebab try tolak-tolak kayu tuh, agak tahan laaa. Keras :)
Berjimat-cermat sementara GST belum muncul lagik kan?? Kang dah GST mau naik harga. sO harga RM179 agak berbaloi cuma lepas ni kene hunting tilam baby lah pulak. Huhuhu banyak nak pakai duit nih. Tapi bagi aku, aku lebih suka shopping perabot di IKEA, termasuklah macam baby coat ni jugak. Kayu dia agak kental and kukuh jugak. Banyak barang-barang dari IKEA aku dah beli sebenarnya. Okey jek ! Sebenarnya ada macam-macam rekaan perabot untuk baby coat ni. Macam-macam price. Tapi aku jek amik paling murah. Haha awal kan dah beli baby coat?? Ermm sebab sekarang bermula bulan ni aku dah start beli sikit-sikit supaya tak lah kene keluarkan belanja yang besar akhir-akhir nanti.

Nak tahu lebih lanjut mengenai IKEA, try korang click IKEA facebook & ikea babycoat catalog


Ni pulak list baby coat yang lain. Hihi cantik-cantik kan semua? Tapi aku memang pilih paling murah pun. Masa aku nak amik dari rak tu, ada dalam 8 kotak jek lagi.
 

5 comments:

  1. Waaaa tahniah awak hehe. Murahnyaaa katil.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha a. baby cot ni mcm mls nk beli yang mahal-mahal. Jap gi bukn lm pn dia dalam tu. Hihiihii

      Delete
  2. katil ni blh laras x?

    ReplyDelete
  3. hello, do you wanna sell the Ikea hensvik baby cot? My HP 0172569573

    ReplyDelete