Tabung nuffnang sayer :

Saturday, 6 August 2011

Bermain gitar adalah haram ???

Haaa alamak betulke bermain gitar atau alatan muzik yang bertali adalah haram? Lagi-lagi kalau perempuan. ini adalah disebabkan faktor muzik tersebut yang boleh melalaikan seseorang... Hurmmmm Habis tu mana aku nk campak gitar aku ni, if tak boleh bermain gitar? Huhuhu.... Tak sedap hati la pulak kalau da dalam islam melarang kan? s0 aku search la info-info mengenai gitar dan hukum bermainnya. Kalau kita nk tahu sesuatu perkara tu, memang perlulah kita ni berusaha mencarinya sehingga tahu kesahihan cerita tersebut kn??

Tapiii kalau betul, mana aku nk campak gitar kesayangan aku ni? Jadi simpanan dalam stor? atau jadi bahan pameran lah jawabnye yeeee... Sebelum ni aku cuma main sekadar suka-suka and bukan untuk tatapan umum yeee..




So cari punya cari dalilnya, aku dapat la info dari beberapa laman web.

~ Hukumnya haram. Ini merupakan pendapat yang telah disepakati oleh madhhab empat. Sesiapa yang berterusan bermain dengan alat-alat muzik tersebut, dianggap fasik dan tidak boleh diterima penyaksiannya di Mahkamah. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh imam Al-Bukhari menjelaskan akan timbul satu golongan dari umat Muhammad yang akan menghalalkan arak, khinzir, sutera dan alat-alat muzik.

*Dalam Surah Luqman ayat 6 Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Dan di antara manusia ada yang suka menggunakan hartanya untuk membeli "LAHWA AL-HADIS" untuk menyesatkan orang ramai dari agama Allah". Lahwa Al-Hadis yang disebutkan di dalam ayat ini ialah alat-alat muzik dan hiburan yang melalaikan. Inilah yang dinyatakan oleh Mujahid, Hassan, dan Ibn Umar. Alat muzik yang bertali seperti gitar dan lain-lain samada fesyen lama mahupun yang baru adalah haram bermain dengannya dalam apa jua keadaannya.

1. Samada alat muzik itu mengeluarkan alunan yang rancak atau berirama perlahan.
2. Samada dari barat atau timur.
3. Samada pendengarnya lelaki mahupun perempuan.
4. Samada di majlis keramaian seperti perkahwinan, hari raya, waktu perang dan lain-lain.
5. Samada disertai dengan lagu atau tidak.
6. Samada mendengar secara langung atau melalui pita rakaman.

Selain itu haram berjual beli alat muzik dan mengadakan kilang-kilang bagi memprosesnya, meminjam, mempelajari dan mengambil upah dari mengajar bermain muzik, membuka sekolah muzik dan membuat buku-buku panduan bermain muzik. Kerana kesemuanya adalah jalan kearah penggunaan muzik.

Menurut beliau, ada yang mengharuskannya dengan alasan tidak memberi sebarang kemudaratan. Pendapat setengah ulamak pula mengharuskan bermain dengan syarat :

1. Untuk sekadar hiburan sendiri sahaja.

2. Tidak bercampur dengan perkara2 yang haram seperti dadah, perempuan atau seumpamanya.

3. Tidak dijadikan sebagai sumber pendapatan.

4. Tidak lalai daripada kewajipan dan tidak menyebabkan orang lain jadi lalai.

Kalau yang memang minat main gitar macam aku ni eloklah diambil yang keempat. Kalau main gitar sampai lupa solat maka jadi haram la main gitar tu. Senang dan mudah. Memang Islam itu mudah. Pendapat ini juga terpakai untuk seruling. Tapi kita yang suka menokok tambah sesuatu perkara yang kita tak pasti. Maka jadilah susah.

Kalu pergi gig ke konsert ke pergilah. Masuk waktu pergi la solat jap. Yang penting disini NIAT. Kalau niat pergi konsert nak cari meraba-raba, nak bercumbu cumbuan, maka haram la pergi ke konsert itu. Kalau niat pergi gig/konsert untuk menikmati karya anak-anak muda tempatan yang fresh dan mendalami apa message yang cuba dikongsi, pergilah! Kalau ade yang menghukumkan haram, tunjukkan mana dalil nya? Surah mana? Hadith mana?

3. http://arjunabermainbiola.blogspot.com/2011/05/hukum-bermain-gitar.html

sila melawat ke link beliau .. =)

2 comments:

  1. wow baru tau..thx saling memperingati :)..hehe..

    ReplyDelete
  2. huhu btol-btol. patutla ayah slalu bebel ms beli gitar. hehehe.. tp kalau main utk diri sendiri kt umh bole la.. tp jgn smpai lalai n xsolat ke hape ke.. mak mtk tlg kt dapur pn kita malas sbb nak main gitar? kn da berdosa tu melawan ckp ibu

    ReplyDelete