Macam mana nk hidupkan malam tu? Lailatulqadar tu manusia ke boleh hidupkan ke tak ???? Ish apa punya orang la kalau masih ada yang tak tahu MALAM LAILATULQADAR tu apa kn? supposed sebagai umat islam kenelah tahu apa itu lailatulqadar? apa kelebihannya?? bila malam tu selalu muncul?
Apa itu LailatulQadar
Malam LailatulQadar adalah sunat dicari, kerana semua orang tahu malam itu merupakan malam yang amat diberkati, mempunyai kelebihan dan segala doa akan diperkenankan oleh Allah S.W.T. Ia juga merupakan sebaik-baik malam yang mengatasi semua malam termasuk malam Jumaat. Al-quran juga diturunkan pada malam lailatulqadar.
Kelebihan
Selalunya malam itu memang amat dinanti-nantikan oleh orang islam. hanya setahun sekali sahaja malam tersebut akan muncul. Dan aku juga turut sama menantikan malam itu seperti tahun lepas. Kelebihan malam lailatulqadar ni adalah kita akan dikurniakan pahala ibadah bersamaan 1000 bulan = 83 tahun . Apa sebabnya Allah S.W.T jadikan seperti itu? ini kerana umat islam sekarang mempunyai jangka hayat yang semakin pendek. kalau kita tengok, umor 60 dah tua and terlalu uzur. Tapi umat-umat terdahulu ada yang jangka hidupnya hingga ribuan tahun termasuklah Nabi s.a.w .
Sabda Nabi s.a.w
"Sesiapa yang menghidupkan malam Lailatulqadar kerana beriman serta mencari pahala yang dijanjikan akan mendapat pengampunan daripada dosa-dosa yang telah lalu. Dan kita boleh mula beribadah selepas maghrib hinggalah ke subuh. jadi banyak masa untuk tunaikan solat sunat lailatulqadar ni."
Bagaimana menghidupkan malam lailatulqadar
Kalau kat rumah aku dulu, ayah akan kejutkan kami sekeluarga untuk bangun solat. memang pukul 3.30 pagi dah bangun dengan mata masih mengantuk. tapi seisi rumah akan jadi meriah bila semua bangun dan sama-sama solat. maksud aku kami akan solat sendiri-sendiri berasingan lah di bilik masing-masing, tapi semua nya akan solat.
sama juga macam yang pernah diriwayatkan Sayidatina Aisyah r.a bahawa Rasulullah s.a.w apabila tibanya 10 malam terakhir di bulan ramadan, baginda akan menghidupkan malam-malam tersebut dengan membangunkan isi rumah dan menjauhi isteri-isterinya.
Bermakna apabila kita sama-sama menunaikan solat lailatulqadar, pastilah malam terserbut lebih terasa nikmatnya kan? tapi sekarang ni bila dah tak duduk dengan keluarga, aku cuma bangun and solat sendirian je lah kat bilik. itu pun aku minta ayah jadi jam loceng aku. setiap 3.30 pagi, mesti beliau akan call. hehe then aku ingatkan aku sorang je bangun. rupanya housemate aku yang lain pn turut bangun.. maknanya ramai orang berlumba-lumba bangun pagi-pagi dan ingin mengumpul pahala ibadah. Dunia kan semakin di akhir zaman? Tak rasa rugi ke kalau kita tidur je? tidur tu bila-bila masa pun boleh.
kenapa lailatulqadar hanya pada 10 mlm terakhir
Kerana Allah s.w.t maha bijaksana. setelah kita berpuasa selama 20 hari, manusia sudah mempunyai kekuatan tahap kerohanian dan mempunyai tahap kesedaran yang tinggi serta usaha yang pelbagai untuk meningkatkan amalan mereka. Malaikat akan turun pada malam tersebut dan mendorong mukmin beribadah dengan izin Allah s.w.t dan akan rasa tenang hingga pagi.
Apa amalan patut dilakukan
1. solat tahajud jika bangun di tengah malam
2. boleh juga solat sunat taubat
3. sebagai tambahan boleh solat sunat hajat
4. solat sunat lailatulqadar
5. berdoa dan bertawakal kepada Allah s.w.t
6. berzikir
7.membaca al-quran
8. minta segala dosa diampunkan..
simple je kan?
mitos aku selalu dengar pasal lailatulqadar
sebenarnya Allah s.w.t je maha mengetahui bila ia berlaku. yang aku selalu dengar orang cakap-cakap malam tu kita akan nampak :
1. pokok bersujud @ Menunduk
2. tak akan dengar bunyi satu apa pun kat luar. sunyi sepi seolah-olah semua sedang beribadah termasuk binatang
3. Air sungai berhenti mengalir.
4.Bekunya air
5.hujan renyai
6.bangun pagi rasa aman damai
7.langit memerah redup
8. dunia cm tenang kejap
tapi sebenarnya tak ada sesiapa yang akan mengalami pengalaman yg sama dan tak akan dirasai oleh pancaindera. so setiap orang berbeza-beza. Orang yang beribadah pada 10 malam yang tersebut akan mendapat rahmat yang dijanjikan dan telah sabit di dalam hadis-hadis yang sahih bahawa malam Lailatulqadar wujud pada salah satu malam yang 10 itu terutama pada malam 21, 23, 25, 27 dan 29. Orang-orang yang tekun beribadah di dalam masa tersebut untuk menemui malam Lailatulqadar akan mendapat rahmat yang dijanjikan itu samada ia dapat menemui atau tidak dan tidak melihat apa-apa kerana yang penting yang tersebut di dalam hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim ialah:
Petanda berlakunya lailatulqadar
selalunya boleh diketahui pada malam tersebut atau pada keesokkan harinya. Tapi sebenarnya tak ada petanda spesifik yang umum pun boleh dirungkai. benda tu terlalu subjektif.
Cuma para alim ulamak r.h. menyebutkan beberapa tanda atau alamat berhubung dengan malam Lailatulqadar:
1. Ada yang berkata orang yang menemui malam Lailatulqadar ia melihat nur yang terang benderang di segenap tempat hingga di segala cerok yang gelap gelita.
2. Ada pula yang berkata ia mendengar ucapan salam dan kata-kata yang lain dari Malaikat.
3. Ada juga yang berkata ia melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud.
4. Ada pula yang berkata doa permohonannya makbul.
2. Ada pula yang berkata ia mendengar ucapan salam dan kata-kata yang lain dari Malaikat.
3. Ada juga yang berkata ia melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud.
4. Ada pula yang berkata doa permohonannya makbul.
Pengalaman aku
pengalaman aku maybe yang nombor 4. Masa tu aku memang bersungguh-sungguh bangun and beribadat. Aku minta Allah s.w.t makbulkan doa aku untuk tetapkan jawatan aku agar aku tidak ditamatkan kontrak. masa tu sesiapa yang tidak diserap ke tetap, kontrak kerja akan ditamatkan selepas habis tempoh bekerja. Mana aku tak risau. memang aku tak henti-henti beribadat.
cuma ada satu malam tu aku menangis teresak-esak. memang menangis macam tak ingat apa la. rasa sebak and sedih sangat. Hurmmmm akhirnya aku bersyukur Allah s.w.t makbulkan doa aku. aku antara 6 orang yang diserap ke tetap dari 17 pekerja yang sambilan tahun lepas selepas berhempas pulas kene interview sekali lagi. Cuma jika doa tidak diperkenankan lagi tu, saranan aku tunggulah. cepat atau lambat sahaja Allah s.w.t akan makbulkan mungkin masih untuk menguji keimanan kita.
amin...
p/s : sebagai pengajaran bahawa malam lailatulqadar mmg sangat aku nantikan seperti tahun lepas.