Tabung nuffnang sayer :

Monday, 18 March 2024

KEPUTUSAN SAMBUNG MASTER BERJAYA

 Assalamualaikum... 

Tengoklah rasanye kalau blog ni boleh menjerit sebab tuan dia lama tak update dah lama dia menjerit-jerit bagitahu "please update saya !" kan ? Sejujurnya memang jadual tersangatlah pack dan penuh. Busy betul setiap hari. Kene cari masa untuk curi-curi share dalam blog. Bukan apa selalunya moment yang penting dan yang sukar untuk diulangi memang rata-rata di antara kita mesti akan simpan untuk kenang-kenangan. Sama juga macam cerita untuk aku share kalini bila keputusan untuk aku sambung master di bawah Hadiah Latihan JPA ni...... 

                                                                

                                                                   BERJAYA !!!! 

Hehe. Alhamdulillah tak sangka jugak permohonan nak melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana ni diluluskan dengan tajaan Biasiswa daripada JPA. 


Penuh liku juga sewaktu nak memohon permohonan ni. Untuk penjawat awam, setiap tahun Kerajaan akan memberi hadiah latihan kepada penjawat awam untuk menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi berdasarkan kouta yang diperuntukkan mengikut tahun tertentu. Let say kalau dia cakap kouta ada 500 je so dalam 500 orang sja laaa akan menerima tajaan atau di kalangan kami lebih dikenali sebagai Hadiah Latihan persekutuan. (HLP). 

Untuk step pertama tempoh hari, bila dah keluar je iklan untuk kami boleh mohon permohonan tersebut, tentunya kene sediakan proposal, tajuk cadangan kertas kerja, kos dan universiti mana yang kita berminat untuk mohon tu. Tu je berpeluh nak sediakan dan nk kena fikir kerah idea di kala tengah busy dgn kerja-kerja hakiki di pejabat. Tapi demi nak sambung jugak impian tu, aku cuba jugak selesaikan tajuk proposal dgn isi-isi dalamnya. 

Bila dah siapkan tu, kami perlu submit dulu proposal tersebut kepada Pihak Pengurusan untuk tapisan. Ada sesi temuduga bersama pihak pengurusan ye. Soalan-soalan kenapa nak sambung, dah bersedia ke untuk sambung, kenapa pilih tajuk itu ini, dah kita boleh agak dah. Untuk kalini, pihak pengurusan mintak tukar sikit tajuk mengikut isu semasa. Okey lah. Dah selesai part tu, kemudian kami hantar je kepada JPA untuk sesi temuduga di JPA.

Dalam masa 3 bulan jgk kami tunggu untuk nama dipanggil interview. Bila dapat invterview tu memang happy jgk lah. Tapi nak happy pun tiba-tiba cuak juga sebab tak tahu apa soalan bakal di tanya. Kita prepare je ikut proposal dah buat tu. Then lepas interview tu dalam 6 bln kami menunggu result yang berjaya sambung. Masa keputusan keluar tu berdebar jugak la sebab nye risau kan. Dalam jabatan aku masa tu 7 orang yang mohon. Then bila result keluar, tengok nama sendiri tulis keputusan berjaya macam tak cayaaaaa pulak ! Apa yang kita nak Allah makbulkan. Hehehehe rezeki.