Tabung nuffnang sayer :

Saturday, 26 October 2019

Cantiknya Brussels... Day 1

ASSALAMUALAIKUM,

Hai.. sebenarnya da lama jugak menaip entri pasal trip ke Brussels ni, tapi selalu rasa info masih tak cukup. Ada je yang menghalang dari menghabiskan entri ni. sO aku decide tenghari ni nak post jugak. Dah lama sangat tak update blog. Untuk tahun 2019 ni rasanya baru sekali aku post entri kan? memandangkan selalu sangat busy, aku cuma sempat ambil gambar, dan asingkan dalam folder berasingan mengikut tajuk supaya senang nanti nak ingat sewaktu menaip nanti. Ok kali ni nak bercerita serba sedikit pengalaman aku ke Brussels, Belgium. Belgium pulak adalah sebuah negara di Eropah Barat, dikenali sebagai bandar zaman pertengahan, seni bina Renaissance dan sebagai ibu pejabat Kesatuan Eropah dan NATO. Ok Penduduk di Belgium ni menutur dalam 3 bahasa iaitu Belanda, Perancis dan Jerman. 



Ok pengalaman ke Europe kali ni adalah selama 9 hari bermula dengan Brussels, Belgium 3 hari, kemudian kami ke Berlin Jerman, selama 1 hari, dan terakhir kami akan di Den Haag, Belanda selama3 hari juga. sO selebihnya masa perjalanan la. Kami ke sana dengan penerbangan Emirates memandangkan untuk ambil British Airways masa hari kejadian terdapat beberapa insiden mogok oleh pilot mereka. sO untuk tidak mengambil risiko, kami semua setuju untuk menaiki penerbangan Emirates. KLIA ke Dubai, mengambil masa lebih kurang 6 jam, dan kami transit selamat 3 jam. Kemudian kami meneruskan perjalanan ke Brussels dari Dubai yang mengambil masa selama 7 jam. Omg.. jumlah perjalnan di atas kapal terbang adalah 13 jam. Oh NO!!!! 

Mujur ada pelbagai movie yang boleh ditonton sepanjang penerbangan. Untuk penerbangan selama 13 jam tu aku hanya menghabiskan masa dengan tidur dan menonton movie. Boleh dikata penerbangan dengan Emirates sangat selesa dan berpuasa hati. Makanan yang dihidangkan pn agak menyelerakan. 


Makanan dalam Emirates untuk 13 Jam. Breakfast dan makan petang



Yehuuuuu da smpai !!! 
Gambar kenangan di Brussels Airport.

Kami bertolak dari Malaysia pada hari Ahad jam 2.15 pagi, dan smpai pada Ahad juga di Brussels pada jam 1.20 petang. Kalau di Europe masa akan menjadi lebih lewat sedikit. So Kira masa kita akan lebih jimat. Sampai di Airport lebih kurang jam 1.20 petang. Selesai urusan beg dan naik bas, dalam jam 2.30 petang kami terus ke bandar. Bila trip dengan opis ni, kenderaan kami berulang-alik memang telah disediakan oleh penganjur/ urusetia. Memandangkan untuk menjimatkan masa yang ada. Almaklumlah bukan senang nak ke sini, jadi kami mengambil keputusan untuk ronda-ronda dulu di sekitar Brussels, sebelum check in hotel. 

Bas yang kami naiki tu memang bawa ke tempat-tempat yang agak menarik di Brussels. Badan yang agak penat pun terus segar bila melihat kecantikan bandar Brussels ni. Bandar Brussels tak besar mana, jadi memang ckup waktu untuk kami melawat dalam masa 3 hari ni. 



Menara Atomium 

Tempat pertama yang driver bus bawa kami adalah ke Menara Atomium Brussels. Menara ni sangat popular dan menerima kunjungan yang ramai dan mempunyai ketinggian 103 meter dibina pada tahun 1958. Diberi nama Atomium kerana bentuknya yang seakan atom nukluer dan mendapat gelaran bangunan paling pelik di Eropah. Pengunjung boleh masuk ke dalam menara tersebut untuk melihat bandar Brussels dari atas. Masuk bukan percuma yee. 


sempat mengukir kenangan di depan Menara Automium ni. 



sekejap je kami di Atomium untuk bergambar kenangan. Nak naik ke menara tu rasa macam tak berbaloi kot dengan que yang sangat panjang. Masa kami ke sana tu, bulan Ogos ada lah penghujung musim panas. Kiranya tak sejuk dan tak panas. Cek suhu dalam 17 celcius macam tu. Masih perlu baju tebal yang tidak lah terlalu tebal sangat. Tapi kalau malam mau gigil juga cecah 12 celcius. Orang-orang di Europe bila sampai musim panas ni dorang selalu bercuti. Sebab tu orang sangat ramai di sana sini. Most pejabat akan bercuti untuk tempoh waktu yang sangat panjang lebih kurang 1-2 bulan. 

Work visit kami untuk trip ni pun sepatutnya mereka sedang bercuti. Tapi orang-orang sana sangat mengalukan kedatangan kami. Dorang dengan senang hati boleh hadir bekerja pada hari kami ke sana. Alhamdulillah.. segala urusan Day 1 dipermudahkan. 


The Grand Place 

Kami meneruskan aktiviti ronda-ronda kami sebelum pergi makan dan check in hotel. Nak balik ke hotel takut makan masa dan merugikan. Jadi kami menerukan untuk aktiviti ke-2 hari itu. Driver bas membawa kami disekitar bandar kecil Brussels. Bandarnya sangat cantik, bersih, dan kelihatan begitu banyak penunggang basikal. 






University. Sempat snap dari dalam bas yang bergerak

Cantik kan tempat-tempat di sekitar Brussels. Gambar-gambar di atas tu semua di ambil semasa bas bgerak. Destinasi seterusnya kami dibawa ke tempat paling tekenal di europe la iaitu The Grand Place. Masa dibawa ke sini memang terkesima tengok cantiknye building-building dan suasana. Cuaca, keadaan, sekliling. Kebetulan musim summer kan. Ramai sangat pengunjung yang bercuti dan dtang ke sini. Di sini kami diberi masa selama lebih kurang 1 jam setengah sahaja, sebelum makan malam. Bas diberhentikan di tepi bangunan dan kami berjalan menuju ke The Grand Place tersebut. So sambil berjalan, dapatlah tengok suasana sekeliling sebelum sampai. 













Untuk hari pertama tak banyak sangat pun gambar dapat di ambil. Lagipun perut da mula lapar ni. Dalam jam 6.00 petang kami dah mula bersurai untuk makan malam pulak. 

tak sempat ambik gmbar kedai makan. Tapi makanan di sini semua sedappppp ! hehe.. menarik tak? Kenyang sepanjang disini. Alhamdulillah. 


Selesai makan kami bergegas untuk check in hotel pulak sebabnya berkejar before magrib masuk. Waktu solat di sini berbeza dengan di Malaysia. Of course la kan ! sO untuk musim ni, waktu magrib pada jam 9.05 mlm. Jadinye sempat sangat untuk kami jama' waktu zohor dan asar tadi. Kami sampai di Hotel lebih kurang jam 8.30 malam. Mashaa Allah baru rasa penatnyaa hari ni. Sempat untuk kami solat dahulu. Selesai check in, aku terus masuk ke bilik. Di sini kami menginap di Marriot Brussels Hotel. Rupanya hotel ni sangat dekat dengan The Grand Place tadi. Kalau jalan kaki dalam 15 minit shj. Dekat kan ??? Korang tau apa dalam pemikiran kami semua masa tu ?? 

jeng jeng jeng .... ni kalau nk ke Grand Place setiap hari pn boley..... sebab banyak tempat menarik disitu tak habis kami melawat lagi. 

maaf bukan bersepah. Disebabkan kami duduk seorang sbilik, katil sebelah ni kosong sangat, jadi aku sengaja hampar beg di atas ni. Baju untuk program besok nk iron siap-siap. 

Pemandangan dari tingkap bilik hotel ku pada jam 8.30 mlm . YES 8.30 MALAM !!

Ok.. sekian untuk Day 1. Nanti ada masa akan disambung Day 2 pulak yeee. Insha ALLAH ....