So far dah nak 1 tahun pun aku as pengguna produk skincare Clinique nih. Yess memang harga dia sedikit mahal, tapi rasa macam berbaloi jekk. Sebab produk dia tahan untuk 6 - 8 bulan jugak kan?? sO 1 tahun ni 2 x aku topup untuk toner dan pelembab (untuk set besar ye) kalau set kecik tu rasanya 3x jugak kene refill 1 tahun. Pencuci muka plak 3x dah refill untuk 1 tahun nih. Sebab penggunaan yang kerap ke camne, aku pun tak pasti hahaha.
Sebenarnya masa mula-mula nak beli skincare ni pun aku dah sebulan dok godek-godek review dalam blog. Nak tahu benefit and kesan sampingan. Nak tahu ada ke yang tak OK bila pakai. Memang macam-macam review lah ada dekat internet kan? sO far aku baca semua positif cuma kata mereka mahal sedikit. Tapi berbaloi laaa.
Aku start cari skincare baru sebab lepas bersalin tahun lepas kulit muka aku seriously kusam and rasa macam teruknyaaaa. Kulit dah start menggelupas. Huish pakai skincare lama pun macam tak jadi apa jek. Entahlaaah. sO aku terfikir Clinique sebab produk dia mostly based dengan water and kurang chemicals. sO nak cubalaah. Masa mula-mula cuba dlu pun rasa OK. Dalam seminggu kulit dah mula lembut laaa. Lembut and kurang menggelupas @ kering. Bole tengok kat sini !!! Ada aku penah review masa first time beli dulu.
Ha ambik ko beli set besar terus. Kalau besar macam ni rasanya tahan kot 5bulan (expecting jek) miahahaha.. Tapi kira berbaloi jugak laa. Tiga step ni kiranya basic la and perlu ada. Kalau tak ada salah satu mcam tak pakai la jawabnyeeee. 3 Produk ni yg besar gabak RM403.00.
Tapi jumbo size ada Toner and Pelembab sahaja. Kalau Pencuci muka ada standard size shj.
STEP MENCUCI MUKA
So far memang la puas hati. Kalau tidak, tak akan aku continue kan? Actually pernah cuba and tukar sekejap skincare lain sebab kononnya nak berjimat la. Mahal kan?? Tapi 1 skincare tu beli one set dia dalam RM120.00 boleh pakai 2 bulan (lebih kurang la. Ada tu sebulan shj) sO RM120 tu kalau darab 6bulan = RM720.00. Lagi mahaiiiii (pemakaian untuk 1 tahun la nih. Sebab tu kira 6 kali beli jaa 1 tahun).
Lagi 1 kulit kembali kepada kusam and menggelupas. sO stop la and pakai Clinique balik jadik laa lembut balik kulit. Aku bukan apa eh. Asal kulit tak bermasalah, tak menggelupas, tak kering kontang, lembut macam bayi and nampak bersih kalau tak makeup ckup dah ! Lega da. Xharap pn flawless and putih. Tak harap pun licin macam kulit telur tuhhh.. Hihihihi
Tak adalah flawless. Cukup sekadar rasa bersih, ringan, and tak perlu make up tebal2. |