Tabung nuffnang sayer :

Monday, 18 April 2016

BELI RUMAH: 70% progress

Tak seperti BPP (Bahagian Pinjaman Perumahan) dulu, so far selepas dah ditukar ke LPPSA ( Lembaga Pembiayaan Rumah Sektor Swasta) kerja-kerja semakin cekap dan efisen. Kawan aku bgtahu jawab call pun senang and laju. Kalau zaman BPP dlu bercinta jugak dorang nk menjawab. Untunglaaa kalau dapat tembus talian. Sampai aku terpaksa pergi redah ke BPP di Putrajaya sebab susah sangat kan nak jawab call???? Aku tak tahu lah kalau yang duduk di luar  daerah selangor or berdekatan. 

Terbaru aku check online, fasa pembayaran kepada pemaju berjalan lancar. Dah payment 70% da pun. Kira cepat jgk. Tahniah LPPSA ! Hihi so sape2 nak memohon rumah lepas ni memang senang la nampak gaya nya? 2 minggu lepas sempat jalan-jalan tengok rumah. Dah tak sabar nak pindah nih. Nak deco rumah sendiri






haish entah bila lah siap. Hihihi aku pun dah tak larat nak naik sampai tingkat 4 sekarang. Tapi aku sayang area umh sekarang sebab ceria and security 24hours. Tak risau apa-apa sebab komuniti situ sangat bagus. 

Tuesday, 12 April 2016

life as an Exclusively Pumping Mom (EP MOM)

Lately ramai yang bertanya aku mcm mana kalau aku keluar berjalan-jalan sebab baby aku kan tak nak direct feeding (df). Nak bottle jek la walau tido tengah malam. Tapi kecuali kalau dia mamai and mengantuk sangat dia okey jek with df. Sebelum tu aku nak share dlu la cmne leh terjadinya EP MOM. EP MOM ni singkatan dari Exclusively Pumping MOM. Exclusive sangat kan?? Nak kata aku ajar botol awal sangat sebenarnya tak jugak. Masa dia new born tu baby okey jek df. Kalau boleh rasanya kerap sangat dia df ni ha. Then aku pun menyusu dia pagi petang siang malam smpai dia berumur 1 bulan. 1 bulan tu dah start ajar botol sikit-sikit. Ye lah nanti kan nk masuk keje lepas cuti 3 bulan. Risau anak tak nak minum dalam botol kan?

Masa dia 1 bulan tu, kebetulan nipple crack and pedih. sO pagi start jam 9.00 pagi tu aku bagi dia minum susu dalam botol. Pakai susu EBM la. So dia start minum dalam botol sampai pukul 3 petang. Lepas 3 petang tu aku start df dia smpai la 9.00 pagi esok. Everyday sampai laaa dia 3 bulan. Kiranya 2bulan la dia boleh terima susu dalam botol. Mula-mula aku ajar susu fresh, then campur dari frozen sebab tkot dia tak terima susu frozen, chiller and fresh. Yess memula baby aku memang tolak susu frozen. Aku dah risau nih. Adui pening kepala nanti if nak anta rumah pengasuh kan??? 2 hari try akhirnya dia terima jugak. Legaaa. Semua aku buat ni untuk preparation bila nak bekerja nanti. Kalau tak ajar awal susah nanti. Kesian dia .. 

Masuk 3bulan tu dah sudah! Dia tak nak df langsung. Aku ingatkan dia sakit sebab meraung-raung bila disua. Aku pulak nak menangis. Seminggu berlarutan cmtu. Tapi bila bagi dalam botol dia ok. Minum macam biasa. Stress aku. Lama jugak aku try. Hurmmm ni dah nak masuk 6 bulan umornya lagi 5 hari. Ah ! memang gitu la perangainya. Dia tetap tak nak df and bermula dari situlaah bermulanya life aku as a EP MOM ye. Kena tabah sapa-sapa yang EP MOM ye. Tabah bila susu semakin drop. sO gigih nak simpan stock sebab baby aku minum dalam botol 28oz 1 hari ye. 

siang hari pada pengasuh - 3oz X 6 botol = 18oz
malam = 10oz

Total 28oz kan????



suka ice box tu sebab tahan sejuk berbanding ice pack

Huhu tak merungut tapi mampu ke aku hasilkan susu dia? Dalm mindset ni memula masa baby still new born mintak sangat pada Allah dapat menyusu 6bulan pn bersyukur. Alhamdulillah baby lagi 5 bulan 6 bulan. Buat masa ni susu okey walau kene gigih kumpul. Inshaa Allah sempat untuk dia smpai 6 bulan. Tapi bila dah 6 bulan ni mestilah kita target untuk 1 tahun. Harap-harap dapat bertabah ke 1 tahun ye.. huk huk sedih.

stock susu sekarang. 
Memang kurang. Tapi dekat frozen ni untuk emergency sahaja. Sebab sekarang pakai konsep chiller. Susu yang dah diperah aku terus simpan di chiller untuk esok hari. Memang ngam ngam ckup untuk 1 hari. 


.
.
.
.
.
.

stock susu masa mula-mula dalam pantang dlu. Tapi bayangkan dah habis dipakai
penangan EP MOM



Oh okay back to tajuk entri.Sebenarnya nak cerita life as a EP MOM kan???? Boleh tersasul cite pasal benda lain. Aku terima banyak pertanyaan macam mana kalau keluar berjalan-jalan?? Untuk pengetahuan ye. Aku memang sabtu ahad ni kerap betul berjalan. Malas duduk rumah plus pulak baby aku kalau bab berjalan nombor 1. Dia suka nih berjalan tengok orang ramai. Sebab tu aku okay jek kalau nak keluar. Kat rumah panas and boring kot. Dia pn tahu ! hihihi .. Tapi mengankut byk jgk la barang-barang nak keluar tu.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.


kene la bawak cooler beg + termos air panas + bekas untuk panaskan susu tu

Selalunya kalau keluar aku akan bawak dalam 12 oz jugak la. Paling lama keluar pun dalam jam 12.00 tenghari smpai 7 petang. hihihi .. Tapi agak-agak susu da nak habis kitorang chow la. Tapi 10oz tu ok la ngam ngam. 

hihi kecik lagi babynye.
Minggu depan dah masuk 6 bulan 
yeay !! Dah nak dapat diploma in breastfeeding!! 


Sunday, 3 April 2016

Keep fighting untuk susu Laana!!!

AKu janji nak buat review pasal supplemen yang aku dok try tempoh hari tu. Brand Mamom tu. Hari ni adalah hari ke-5 la ngam-ngam aku makan supplemen tu and dah boleh bagi feedback kan?? Okay. first and all aku paling suka rasa dia. Hihihi rasa macam vanilla and bila kunyah tu lagi sedap. Rasa macam gian nak makan tiap pepagi. Tapi pengambilan untuk supplemen ni adalah 2bijik jek setiap pagi masa perut tengah kosong. Then kene minum air banyak laaa. 1 liter ke, 2 liter ke at least okey. Kesan memula pengambilan untuk hari pertama tu lepas jek susu mula drop dari 8-10oz 1 tros drop 3-4oz jek memang rasa nak menangis kot!! Then hari pertama 1sesi dapat la 5oz ye. Kayyyyy kira bersyukur jugak ye. 

Masuk hari ke dua pun still sama jugak 5oz konsisten memang tak naik tak turun. Aku punya jadual pam 1hari 4x pam. 

1. Sebelum subuh 5.30 pagi sebab dah bangun pepagi untuk siap p keje. KL ye kengkawan kene la keluar awal -_-
2. Tengahari dalam jam 11.30 tengahari tu aku pam 1 sesi
3. Petang sebelum balik rumah. Kalau dah kat rumah tu memang tak akan pam or lmbt pam lah jawabnyaaaaaa. sO selalunya sebelum balik 4.00 petang tu aku pam 1 sesi
4. Malam pam dalam jam 9 malam

Lepas tu dah tak pam. Tunggu 5.30 pagi esok pulak laaaa. sO sekali dapat yang 5oz X 4 sesi baru 20oz 1 hari. Hurmmm sedeyyyyy!

Then masuk hari ke 3 susu dah naik ke 6oz pulak. Kira macam seronok jugak laaa. Tapi masih takut-takut jugak ni mana laa tahu susu drop balik. Tapi esokkan tu dah mula naik ke 7oz. Alhamdulillah. Tapi aku dah tukar jadual pam lah pulak. Sebabkan hari minggu kan? Tapi macam nak konsisten jadual ni

1. Pam 8.00 pagi 7oz
2. Pam 2.00 petang 7oz
3. Pam 9.00 malam 7oz
4. Pam 3.30 pagi 7oz

Total 28oz 

Tapi still mengejar stock macam dedulu. Hurmm tengok gambar lama-lama dalam handphone ni bole nangis. Aduiiii kalau laah dapat diulangi masa tu !!!

Ni untuk sesi pagi tadi jam 11 pagi. Terkejut dapat banyak cmni. Kira banyak laa ni


Sedih nengok peti ais. Tapi x apa fighting3x !!!!!!


stock milk storage da sampaiiii ! haha susu drop pn rajin borong lagi. Kat rumah ada lagi 3box. 
tambah lagi ni 4box. Total 7box. Dah dah laaa membeli tunggu habiskan 7 kotak ni dulu

Okey tu jek feedback aku pasal supplemen ni. So far ok and sangat OK !! Tapi kene minum banyak air masak. Aku pun makan kurma jugak ni haaa. Hihi siap bawak ke opis lg