Rumah dah 45% progress done, tapi aku tak nampak lagi pembayaran kepada pemaju huhu... Sakit pulak hati kita deal dengan pinjaman perumahan ni.. Cenggini laa kalau kita apply loan dengan kerajaan. Lain pulak dengan personal bank kan, memang terus tolak if tak ada apa-apa isu lagi. Sepupu aku beli jugak area ni, tapi loan dia dah settled pn. Dah bayar kepada pemaju tanpa banyak masalah. Loan aku tak tahu laa apa status. Kalau call bahagian pinjaman memang susah nak berjawab laaa. Hurmmm last inisiatif aku sendiri ke putrajaya sana. Tapi ko expect apa? Nak aku datang lewat opis semata nak tanya mcm mn progress ? Tanya tak sampai 10 minit, lepas tu blah balik opis??? Omaigaaaadddd opis aku kat Petaling Jaya weii !!! almost 40km kot. Nasib baik jek rumah aku kt Puchong. sO tengah-tengah.... jadik bernasib baik sikit laa.
Nasib badan laaa. Tapi ada pro and con laa personal bank and loan kerajaan ni. Macam sepupu aku tu, dah start tolak interest RM300 sebulan. Makin lm makin tinggi la kene interest / orang panggil kadar bayaran loan sewa dia. Macam loan kerajaan ni, until dapat kunci rumah baru loan start ditolak. Untung laa kiranya, tapi interest / panelti yang kene tak kira plak kan??? Aku kalau penalti setakat RM1k ok lg, kalau dah lebih RM1K nak jugak mengamuknye nanti !! Actually progress rumah aku tinggal cagaran nak tengok jek pun tu pun amik masa 7 - 14 hari. Ini rasanya hari ke 8 dah ni. Dah boleh mula tanya. Then selepas tu akan dihantar ke proses pembayaran laaa. Tu pun aku tanya amik masa dalam 21 hari ! Huh -_-' . Aku plak yang tahu proses kat BPP ni. Tapi kalau ssh sangat bagi respond, memang aku pegi sendiri jek ke sn tanya !!! Sebelum bersalin ni memang kene settled untuk elak aku dari berfikir kan.
Isnin lepas sempat la round-round area kawasan rumah tu, nak ambik feel tengok rumah cemana progress kan?? Dalam invois macam dah banyak kengkononnya. So kebetulan datang tu pagar dia buka, dapatlah we all masuk and tengok smpai dalam. Aku tak masuk laa sebab tempat-tempat macam tu malas nk jalan masuk. Encik suami jek laa yang masuk menengok semuaaa. Rumah kecik jek, rumah teres setingkat. Tapi mahal baq haaannnnnnnngggggg !!!
|
Kecik jek rumah ni. 20 x 69 . Dalam 1380sqt. |
Aku pun memang niat nak beli rumah kecik-kecik jek sebab tak larat nk mengemas rumah bebesar ni. Cukup-cukup sederhana jek laa. Tapi mana tahu kemudian hari kan, kalau anak da ramai. Tapi aku agak suka pattern dalam rumah ni. Bentuk memanjang jadi boleh laa nk menghias tu ikut suka.
|
Rumah aku belah kiri ni kalau dari pandangan depan macam ni. Nasib baik aku ambik belah kiri. Time ni jam pukul 3 petang camtu, sO petang memang teduh. Orang kata nak beli rumah kene beli teduh masa petang. Hihi aritu, ada 1 jek lagi belah ni. Cecepat aku booking amik. |
|
Belah kanan panas sket kan?? |
|
bentuk dalam. Direct dapur. Besar pulak dapur tu punya bukaan. Haish.. ni macam kene kreatif sikit nk tutup dapur tu. Dapur besar encik suami cakap. Hurmmm |
Rumah aku ni sama pattern dengan kengkawan opis yang ada jgk beli area sana. Kira taman lain-lain laa. Kira agak luas jugak bila rumah da siap ni. Huhuhu Kak Imah sory upload picture rumah. hihi sebab eksaited sangat suka rumah memanjang gini. Senang nak hias. =)
Hihi dalam kepala da tau daaa nak hias cmne. Hihi xnak beli perabot dah sebab dah ckup. Kalau tambah sket2 boleh laaa. ^_^