Tabung nuffnang sayer :

Monday 28 November 2016

Puas Hati dengan Clinique Skin Care selepas 1 tahun.

So far dah nak 1 tahun pun aku as pengguna produk skincare Clinique nih. Yess memang harga dia sedikit mahal, tapi rasa macam berbaloi jekk. Sebab produk dia tahan untuk 6 - 8 bulan jugak kan?? sO 1 tahun ni 2 x aku topup untuk toner dan pelembab (untuk set besar ye) kalau set kecik tu rasanya 3x jugak kene refill 1 tahun. Pencuci muka plak 3x dah refill untuk 1 tahun nih. Sebab penggunaan yang kerap ke camne, aku pun tak pasti hahaha. 

Sebenarnya masa mula-mula nak beli skincare ni pun aku dah sebulan dok godek-godek review dalam blog. Nak tahu benefit and kesan sampingan. Nak tahu ada ke yang tak OK bila pakai. Memang macam-macam review lah ada dekat internet kan? sO far aku baca semua positif cuma kata mereka mahal sedikit. Tapi berbaloi laaa. 

Aku start cari skincare baru sebab lepas bersalin tahun lepas kulit muka aku seriously kusam and rasa macam teruknyaaaa. Kulit dah start menggelupas. Huish pakai skincare lama pun macam tak jadi apa jek. Entahlaaah. sO aku terfikir Clinique sebab produk dia mostly based dengan water and kurang chemicals. sO nak cubalaah. Masa mula-mula cuba dlu pun rasa OK. Dalam seminggu kulit dah mula lembut laaa. Lembut and kurang menggelupas @ kering. Bole tengok kat sini !!! Ada aku penah review masa first time beli dulu.



Ha ambik ko beli set besar terus. Kalau besar macam ni rasanya tahan kot 5bulan (expecting jek) miahahaha.. Tapi kira berbaloi jugak laa. Tiga step ni kiranya basic la and perlu ada. Kalau tak ada salah satu mcam tak pakai la jawabnyeeee. 3 Produk ni yg besar gabak RM403.00.
Tapi jumbo size ada Toner and Pelembab sahaja. Kalau Pencuci muka ada standard size shj. 



STEP MENCUCI MUKA 

Step 1 : Pencuci Muka. Standard size only RM89.00
pencuci muka dia picit sikit dah berbuih banyak. Sangat menjimatkan. Selalunya aku pakai dalam 3 - 4 bulan macam tu laa.
sO kalau dibahagia tiga bulan / 4 bulan tu anggaran dia untuk sebulan adalah RM30.00 


Step 2:
Lepas cuci muka memang pakai la toner ni ye. 2x sehari sahaja. Aku pakai setiap pagi and malam sebelum tidur. Sangat best and rasa kekotoran semua hilang tau. Pakai sikit jgak. Tak perlu banyak penuh 1 kapas. Tuang sekali di atas kapas.
Jumbo size nih RM 156.00  (Tahan 6 bulan)
Standard size RM89.00  

Step 3:
Pelembab. Pelembab dia best sangatttt. Muka lembut jek kalau pakai malam sebelum tidur. Bangun pagi besok hihi rasa macam kulit bayi pulakkkkssss. Sebelum make up pun aku pakai pelembab nih. Huhu banyak nak kene pakai nih.
Jumbo size seperti dalam gambar: RM158.00 (tahan 4 - 5 bulan)
Standard size agak kecil RM74.00 (3 bulan) 
 Review:

So far memang la puas hati. Kalau tidak, tak akan aku continue kan? Actually pernah cuba and tukar sekejap skincare lain sebab kononnya nak berjimat la. Mahal kan?? Tapi 1 skincare tu beli one set dia dalam RM120.00 boleh pakai 2 bulan (lebih kurang la. Ada tu sebulan shj) sO RM120 tu kalau darab 6bulan = RM720.00. Lagi mahaiiiii (pemakaian untuk 1 tahun la nih. Sebab tu kira 6 kali beli jaa 1 tahun). 

Lagi 1 kulit kembali kepada kusam and menggelupas. sO stop la and pakai Clinique balik jadik laa lembut balik kulit. Aku bukan apa eh. Asal kulit tak bermasalah, tak menggelupas, tak kering kontang, lembut macam bayi and nampak bersih kalau tak makeup ckup dah ! Lega da. Xharap pn flawless and putih. Tak harap pun licin macam kulit telur tuhhh.. Hihihihi 


Tak adalah flawless. Cukup sekadar rasa bersih, ringan, and tak perlu make up tebal2. 





Friday 25 November 2016

Short Trip dekat-dekat sahaja !

Lama xupdate tapi sebenarnya banyakkkkkk sangat aktiviti nak di share kat sini. Tapi apakan daya tunggu masa FREE atau lapang jek laa. Selain tu kemalasan untuk menaip pun sama naik juga. Okaylaa rasanya lama sangat tak hapdate apa-apa. Minggu lepas husband cakap nak bawak p bercuti la. Alah bukan lama pun. 2 hari 1 mlm. Saja nak release tension hujung taun. Biasalah tu. Lagipun bila ada masa terluang kita boleh lah bercuti. Selalu busy aje kan? Kalau tak bercuti pun kitorang selalu balik kampung. Begitulahhh. Jadi husband decide jom lah bercuti sat. Nak drive jejauh malas, sO dia cakap nak p yang dekat-dekat jewk. sO we all pilih ke Morib Gold Cost jek. Plus birthday trip si Laana ni ha. Bawak dia jenjalan. Kikikiki. Boleh dia main air sekali kan?? 

Husband beli lama dah. Beli time dia ada voucher tu RM150 jek untuk 1 malam. Jimat sikit. Haha termasuk tiket masuk ke theme park and breakfast pagi 2 orang. Kira ok sgat dah tuh. Nak bercuti jauh2 bukan ada duit banyak sangat pun. Dekat pun jadik laaa. Sampai-sampai terus posing atas katil. Hihi baby and ibu sedondon kaler baju. MERAH ! Jom layan gambar jek laaa




Hari pertama: 

Sampai-sampai dalam jam 2.30 petang terus jek check in. We all rehat jek dalam bilik dulu. Puchong ke situ dalam 2 jam jugoksss. Hadoiii ni belum jauh lagi perjalanan. Tak tahulah kalau jauh. Baby pulak sampai jek macam jakun. Dok pusing sana sini dalam bilik hotel. Suka agaknya. Dia main sana sini. Tak dok diam langsung. Petang tu lepas asar baru lah keluar bawak si kecik ni mandi manda. Tak lama pun keluar dalam jam 4.30 petang kol 6.30 tu da balik dah. Balik bfore magrib. 

Sebelum pegi sini ktorang sempat singgah sunway piramid jap nk beli pampers ni. Macam tak best pulak mandi tak pakai pampers. Kang dia terberak ke sape malu?????






Then lepas naik atas tu baru ada feeling nak amik pic suasana dari bilik ktorang. Ktorang check in hari Ahad. Ingatkan tak ramai orang. Wah sekali full house okeh. Penuh. Rsanya ramai dah mula cuti hujung tahun ni. Aku pun mintak cuti isnin. ekekekekekeke. Ktorang dapat level 3. sO view mengadap themepark ok la. Menarik sikit. 





Malam plak lepas solat magrib tu siap-siap nk pergi makan ikan bakar. Katanya ada ikan bakar best kt area sini. Awal kitorang keluar makan. Jam 7.45 mlm. Hahahaha sebabnya baby slu tdo awal. Jam 8.30 - 9.00 mlm memang selalunya baby automatik matanya nak tido. Pegi la memana pun memang waktu tido dia dari lepas habis pantang smpai sekarang memang itu la dia. Selalu dia akan tido smpai esok pagi laa. Then ktorang terpaksa ubah plan keluar awal. Masa sampai tu of course la orang tak ada kan?? Rata-rata orang akan keluar lepas isyak. Tapi tak apalaaa. 

Ktorang terus ke kedai KING IKAN BAKAR. Tak tahulah mana husband cari tempat ni. Dia cakap ramai cakap sedap. sO ktorang cuba laaa. Aku pun kebetulan memang mengidam nk makan ikan bakar kan??? We all order ikan bakar masak portugis. Amik ikan pari and ikan kembong. Aku tak pandai nak makan ikan lain. Then amik sotong masak butter. Perghhhh ni terbaik !!! Total all untuk smua ni sekali air nasi RM40.00 shj 




lepas kitorang dapat makanan semua tu, tengok tempat semua mak ai penuh!!! Nasib baik jgk datang awal ye. Hihihi.
Ktorang sampai hotel dalam 9.30 malam. Baby apa lagi terus ZZzzzzzz TIDO 


Hari Kedua: 

Bangun pagi tu sebab baby kejut. Hihihi so solat subuh tu terus siap2 nak g breakfast. Ingatkan nk mandikan baby kt theme park tu lagi sekali lepas makan pagi tapi hujan lebat gler pulak pagi tu. sO we all makan pagi jek laa. Makan pagi dekat situ memang terbaikkkk jgk. Banyak gler makanan dia. Macam-macam jenis adooooo 

OOTD baby pagi tu




Tunggu hujan tak reda jugak so baby mandi jek laa dalam jakuzi. Dalam bilik ada jakuzi jgak. sO dia berendam la dari kol 9.30 pagi smpai 11 pagi dalam tu haha. Nak bagi mandi kt luar risau demam kan?? Walau ramai nampak turun jek mandi. Penat lepas mandi agaknya baby ttdo so ibu and ayah cecepat kemas bilik laaa nk checkout kol 12.00 tghari. 



Lepas checkout tu ktorang ronda-ronda la sekitar situ. Ada pantai kt belakang kan? Tapi tak pergi dekat pun. Nasib baik masa tu hujan dah 100% stop. sO jalan-jalan area situ pun amik masa lama. Sempat jugak la dia main2 belakang resort tu siap naik kereta lagi.  Dalam kol 2.30 jgk betolak balik Puchong. Sempat pegi shopping barang kat Giant sat, makan and balik rumah dalam 6.00 petang.