Tabung nuffnang sayer :

Monday, 5 September 2016

Beli rak TV baru untuk elak Laana capai barang-barang -_-


Haish.. plan asal nak beli rak TV masa dah pindah ke rumah baru. Mana taknya, tak akan nak mengangkut turun dari level 4 ni ke bawah. Risau rosak jek perabot-perabot. Tapi disebabkan tak tahan dah dok tahan and kejar baby asyik laa nak mencapai barang-barang yang dia nampak depan mata. sO beli jugak laaah. 2 minggu sesi survey rak wei ! Aku ni jenis cerewet jugak bab perabot. Makanya en suami 100% bagi kat aku jek urusan pilih-pilih perabot ni haaa. sO aku survey dalam 5 ke 6 kedai jugak laa. Semua macam tak berkenan. Ye lah dalam kepala ni nak carik yang murah. Hahaha adoiii bajet ciput tapi nak yang lawa. Kau rase??? 

sO setiap kedai yang aku masuk aku akan tanya ada rak TV harga bawah RM200 tak?? Puihh aku rasa tokey kedai pun kerut dahi dulu tengok kedekut betul orang nih. Hahaha. Tapi ekonomi sekarang tak mengizinkan aku untuk terus membazir dan berjoli. Dengan duit banyak nak pakai untuk renovation rumah baru yang tak lama lagi nak siap. *pening kepala* 

Tapi selalunya yang murah ni punyalah susah nak jumpa yang cantik-cantik. Yang cantik mahal sangat regenye. Kadang tu over RM700. Hurmmmm jauh pulak bezanya dengan bajet yang aku ada. RM200 hokey ! Aku nak almari yang tak terlompong. Sebab utama nak cari rak TV adalah untuk mengelak baby dari tarik semua barang. Bayangkan astro tu selalu dia tarik-tarik. Adoiiii. Apa segala barang atas tu semua dia nak laa. Jadi seteresss jugak nak menghalang dia main kat situ. 

Ciri kedua rak TV tu nak kaler putih. Haha cerah rumah sikit. Haha kan cerewet namanya tu dengan harga bajet tak padan. Aku ada nampak dekat ikea. Berkenan jugak tapi terlopong dekat tengah. Which means kalau letak astro punya apa benda alah aku tak reti nak sebut. sO baby still boleh tarik. Kaler and bentuk dah berkenan. Tapi harga melebih bajet jugak RM349.00 Hurmmmm 

sO 1 petang tu aku ajak en suami p survey kedai perabot belakang rumah. Pergi 1 kedai ni. EH eh macam cantik rak TV ni. Tertutup and baby tak boleh nak tarik barang-barang. Kiri kanan ada laci. Boleh sumbat barang dalam tu. Then tanya tokey kedai. Harga dia RM399. Sekali en suami yang memang pandai tawar menawar ni bukak mulut

"tokey nak bagi less berapa ini?" En suami tanya
"Harga sebenar RM399. Tapi boleh bagi RM250" Tokey tu jawab confident. 
"RM200 kami ambik. Bawak duit RM200 jek." Suami aku punya taktik. 
"Ok.. ok. RM200. Boleh" 

Wah aku apa lagi?? Suka la wei!!! Giler tak suka dapat bajet yang ada. RM200. Tak sia-sia survey sampai 2 minggu lebih tu. Hihi dipendekkan cerita lah yee. Malas nk cerita panjang lebar sangat. sO tunggu rak TV sampai keesokannya. Wahhhh.. Besar tapi ok. Puas hati. 


Tengah ada cermin. sO baby memang tak boleh bukak pn.


Gambar Rak TV sebelum ni



SELEPAS

Memang lepas dari tu dia tak usik dah barang-barang kat situ. Haha lega akhirnya misi tercapai. Kalau tidak penat nak halang dia ke rak TV yang terbuka and seksi tu. 







ok la lebih kurang yang IKEA. Tapi ikea RM349 kalau tak silap

9 comments:

  1. baby tak boleh nak selongkar lagi laaa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang tak bole selongkar. nasib baik setakat ni dia xpandai bukak laci lagi. lgpn laci tu agak berat

      Delete
  2. erm... bby semakin membesar byk akal semua brg dia nak main kan... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betol. haha pnt nk kejar2 ke rak tu sebelum ni. kalau jatuh barang-barang jenuh nk kutip balik 1 1

      Delete
  3. cantik n simple. dok mncari jugak ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. cari. hihi tetapkan bajet and stick dngan bajet tu . lain la kalau zul nk beli yg mmg mahal2. ihi

      Delete
  4. Cantik. Tertutup. Kita punya sebijik rak ikea yg awk tunjuk tu. tapi adra kadnag main picit2 gak astro hehe. Beli secondhand sbb owner nak pindha oversea. Jimat hehehehe

    ReplyDelete
  5. Baby x selongkar.
    And umah tambah cantik.
    Brg ikea memang menarik.
    Aida suka sgt.
    Tapi tu la, agak mahal!

    ReplyDelete
  6. Misi mencari rak tv juga ni.. thanks yer...

    ReplyDelete