Tabung nuffnang sayer :

Tuesday, 6 January 2015

Cita-cita tercapai & masih belum tercapai

Setiap orang mesti ada cita-cita yang diimpikan dari kecik kan?? Kalau masa darjah 1 dulu soalan femes yang cikgu mesti Tanya
APA CITA-CITA AWAK ??
Huh kenkadang masa tu kan rasa macam semua laah cita-cita. Main bantai sebut sebab tak tahu pun apa sebenarnya skop kerja yang main sebut tu. Antara jawapan femes aku masa tu, CIKGU ... SETIAUSAHA ... KERJA PEJABAT ... NURSE
Erk! Nurse??? Hurmm hihihi tapi bila masuk university tu, tak adanya nak jadi kejadah semua yang disebut. Huhuhuu eksyen dah nak kerja jadi pegawai la kat opis. Atau pun executive. Wah kalau mcm gini, kene belajar rajin-rajin laa. Huhuhu sO start masuk university tu masih main-main, tapi dapat result buruk, sO bila da habis diploma rasa macam menyesal. Result tak OK. Kesudahannya amik Degree. Belajar rajin-rajin  Akhirnya result ok. Hihihi senyum sampai telingaaa.
And dapat pekerjaan yang diidamkan, setelah merempuh onak duri ranjau segala. Sebenarnya bukan senang nak Berjaya kan?? Macam-macam yang terpaksa kita lakukan, tawakal, berdoa, berusahaaa. Berkat doa ibu bapa aku jugak, akhirnya dpat jugak pekerjaan yang baik. Pegawai perunding di sebuah badan berkanun berstatus kerajaan. Cita-cita tu akhirnya Berjaya.


bergambar masa tengah boring
Sedar tak sedar dah nak masuk tahun ke 5 nih aku bekerja. Huhuhu lama kan?? sO walaupun cita-cita aku ni tercapai, tapi masih ada  1 lagi cita-cita yang masih belum tercapai. Sebenarnya dlu ada jugak impian nak jadik business women or ada kedai sendiri kan?? Punyalaah jenuh pikir nak business apa eh?? Tapi lepas kahwin ni, en. suami pun ada angan-angan nak bukak business jugak. Hiihihi tak sangka cita-cita and impian we Olls sama pulak.

Sebenarnya we all decided nak bukak kedai Pets. Eh ! Bukan kedai menjual binatang. Sebenarnya kedai menjual peralatan, makanan kucing, toys, and grooming skali. Hihhihi Ya Allah teringin sesangat nak ada kedai macam tu. Cuma cabaran nak buka business ni kene paham-paham laaa. Kalau modal tak ada lagi, cmne nak bukak ye dak?? sO kenelah kumpul duit dari sekarang. Banyaknya nak pakai duit kan??

Kalau diizin Allah, nak jugak merasa ada kedai Pets sendiri. Cuma sekarang ni tengah kumpul maklumat cari pembekal-pembekal untuk borong barang-barang. Survey cara nak buka kedai, nak grooming kucing-kucing. Tapi specific untuk kucing jek laaa. Ngeh ngeh ~  Tengoklaa, 5 tahun akan datang aku try usaha jugak adakan kedai tu. Kalau boleh nak carik supplier untuk :
1. Makanan kucing pelbagai brand macam Royal Canin, EVO, Pro Plan, and etc.
2. TOys
3. Kelas grooming kucing
4. peralatan / perkakas kucing atau pets

Sesiapa yang terbaca entri ni and dapat membekalkan barang-barang seperti di atas,  boleh laa drop komen and tinggalkan email anda. =)

Sekarng ni cuma mampu menjaga 3 ekor kucing di rumah. HIhihi

MOMO ku

hihi momo & Molie


ibu momo n molie ~ Rabit

Amin ~

2 comments:

  1. La, Pegawai perunding rupanya dia.. hebak hebak.. kita kerani je. hew ~!

    ReplyDelete