Tabung nuffnang sayer :

Thursday, 9 October 2014

Proton Iriz yang macam comel jek... macam cantik jek !!

Hihi lately aku macam malas giler nak menulis. Mungkin busy atau penat, sebab sekarang ni dalam proses untuk kemas-kemas and pack semua barang-barang untuk pindah ke rumah sewa. Sementara rumah sendiri nak siap dalam pertengahan 2016 (Mungkin) , sO aku and husband decide nak menyewa jek dulu.  Rasanya entri sebelum-sebelum ni pun ada cerita pasal rumah sewa. sO disebabkan factor kepenatan berkemas tu kot jadik malas nak mengadap blog buat sementara waktu. Tapi jumaat ni macam rajin balik lah pulak. Hahahahaha hari jumaat ni sinonim dengan honeymoon day lah kot. Aku tengok kengkawan aku pun keje santai-santai bila hari jumaat. Mungkin mood keje dah slowly down, maklumlah nak weekend kan??
 
Oh pasal entri rumah sewa tu aku masih belum habiskan lagi. Sebab still dalam proses pindah kan macam aku cakap tadik. Memandangkan harini, ada sikit masa FREE, aku boleh lah blogwalking sekejap. Eh pepagi tadi masuk opis aku terus siapkan beberapa kerja. Okeh selesai kerja pertama aku untuk hari ni pagi tadi 1. Satu baru, sebab bulan oktober ni macam-macam event dan program pulak yang menyusul. Hari ni jugak ingat nak follow beberapa kengkawan. Korang-korang yang sudi baca blog I olls ni, jangan lupa follow bagi yang belum follow ye?
 
Tadi lepas siap satu keje tu, aku tergerak lah hati nak check Nuffnang kan? Lama jugak dah tak jenguk CPUV aku. Entah ada ke tidok !! Huhuhu sedih jugak kalau tak adok. So bila aku bukak jek, mak ai terkejut jugak laaa. Ada 12 CPUV dok berjoget-joget sakan di blog aku rupanyaaaa !!! Feeling happy sangat sebab bukan senang nak dapat iklan CPUV ni dari nuffnang. Syukur Alhamdulillah sebab aku ingatkan duit terkumpul hasil blog ni nak bawak melancong. Ada jugak laa aku kumpul sendiri dalam tabung, sO kalau campur nanti rasa tak ada hal lah !! Rezeki Kahwin. Alhamdulillah.
 
 
 
 
Mata aku dah Nampak lambang $$$$$$ dah bila tengok iklan yang mencanak2 tumbuh macam padi ni. Hah ... kalau dah ada CPUV ni ada lah review produk-produk yang diiklankan pada kita. Itu salah satu tips dari aku laa kalau nak dapat CPUV banyak ni, kita perlu review produk tersebut dalam blog kita. Jangan setakat tulis "Alhamdulillah dapat CPUV lagi dari Nuffnang" Gittew !! sO hari ni memang nak review pasal Proton IRIZ yang baru tu sebab ramai orang cakap comel. Ye ke comel?? Semalam petang on the way ke Puchong tu, aku ternampak papan board besar tepi highway iklan sebesar-besar alam gambar proton Iriz tu. HUrmmm apa yang terus keluar dari fikiran aku time tu?? "Macam comel jek, macam cantik jek! " Hihihi kang ada yang berkenan pulak ni.
 

Yang tak pernah tengok lagi Proton Iriz tu, ini lah dia. Comel kan??

 
Colour biru pun lawa !!! Ish cantik nyeee .. Kereta ni kiranya dicipta untuk Nampak lebih sporty dan anak muda sangat. Kiri kanan dia pun macho gler !




 
Bahagian dalam kereta jugak macam mantap kot !! Biasalah kereta-kereta baru kan dorang dah upgrade. Tapi sangat jeles ok !!
 


Ni untuk parking ek?? Erkkk senangnye untuk yang perempuan macam I olls yang kadang-kadang main redah jek undur walau bunyi tett tett tett tu ada



Mungkin bonet dia kecik sikit. Tapi kata untuk muda remaja lagi sporty !!!



Bahagian enjin



 
 
 
Cantik kan?? Hihihi tadi borak2 dengan bos aku. Kebetulan dia macam nak tukar kereta lebih kecik and auto. sO aku suggestkan dia beli Iriz ni. Haha dia cakap tenghari ni nak pegi tengok di Proton ?? Wow rupanya ramai yang tertarik dengan Iriz ni.
 
 

harga untuk Proton Iriz

 
Oh untuk maklumat lanjut mengenai Proton Iriz ni, korang pergi website dorang at Proton Iriz

No comments:

Post a Comment