Tabung nuffnang sayer :

Friday, 30 May 2014

Kategori baru untuk Digi Wwwow Award 2014

 
 
Yeay !! seperti biasa ... Digi Wwwow Awards kembali lagi.. Sebenarnya sebelum ni aku tak lah berapa nak familiar sangat Awards ni, tapi selalu jugak nampak macam ada setiap tahun. Apa yang serba sedikit tentang Digi WWWOW Awards 2014 yang aku tahu ni, Awards ni memang gempak jugak lah ! Contest Digi WWWOW Awards mula diperkenalkan sejak tahun 2011 lagi. Maksudnya tahun ini adalah tahun ke-4 ye kengkawan sekalian. Contest online ini mendapat liputan meluas menerusi Media Massa dan Media Online. Kenapa aku mewar-warkan contest ni??
 
 

 
 
Jeng .. jeng .. jeng !!
 
 
 
 
Okey. Sebenaqnya, Nuffnang terlalu baik hati memberi ruangan iklan di blogku untuk iklan Digi Awards tersebut. Hihi buka je blog tadi and check-check jek, 5 CPUV dah masuk dalam total amount. sO tinggal laaaa 4 iklan lagi berjoget-joget di blogku. sO dengan itu, aku akan memberi info serba sedikit yang aku tahu tentang Digi WWWOW Awards ni yeee.
 
 
Senarai kategori yang dipertandingkan pada 2014 :
 
Pada tahun ini terdapat perbezaan sedikit dari jumlah kategorinya. Pada tahun-tahun lepas, 15-16 kategori dipertandingkan. Tapi.... dalam Edisi Digi WWWOW Awards 2014, hanya 3 kategori sahaja dipertandingkan iaitu:
  • Commerce
  • Content
  • Community

 
 
Kategori ini sesuai untuk mereka yang menjalankan perniagaan menerusi internet dan menggunakan platform secara online untuk memasarkan dan mejual produk/perkhidmatan mereka secara sah di sisi undang-undang. Berikut senarai semak untuk mendaftar di bawah kategori ini:
  • Memiliki perniagaan / perkhidmatan secara online
  • Sekurang-kurangnya telah menjadi peniaga online selama lebih daripada 3 bln
  • Menggunakan pelbagai platform media social seperti blog, FB, Twitter atau mana-mana media social online yang bersifat interaktif
  • Mempamerkan minat dan komitment yang tinggi terhadap e-perniagaan

 
 
 
 
 
 
Mempunyai isi kandungan web yang menarik. Penyertaan dibuka kepada mereka yang kreatif dan boleh menghasilkan sesuatu yang menarik seperti video, muzik, applikasi dan sbgnya untuk dikongsikan kepada orang ramai secara online.
 
Kemungkinan anda Berjaya menghasilkan sesuatu idea yang kecil, tetapi mempunyai potensi untuk memberi impak yang besar kepada masyarakat. Berikut senarai semak untuk menyertai kategori ini:
  • Isi kandungan adalah hasil usaha sendiri secara individu atau berkumpulan
  • Asli, unik dan hasil tempatan
  • Mempamerkan kepakaran teknikal dan inovasi yang tinggi (Cth: Pengambilan video/gambar, kerja2 penyuntingan, pencahayaan dan kesan bunyi.)
  • Skrip/ jalan cerita kreatif dan ditulis dengan baik
  • Pengiktirafan hasil kerja merujuk kepada bilangan subscribers/followers
 
 
Mempunyi idea yang dapat membawa perubahan yang baik kepada Malaysia, samada dari segi hubungan social, kebajikan, prihatin terhadap kebajikan manusia/haiwan, pendidikan atau kempen alam sekitar dan sbgnya yang boleh mendatangkan kebaikan kepada kita. Berikut senarai semak untuk kategori ini:
  • Mempunyai urusan social secara online
  • Menjalankan kempen/penubuhan dana dalam talian untuk misi social
  • Mempamerkan kesan projek / urusan yang dilakukan dapat memberi kesan yang baik
  • Menggunakan pelbagai platform media social sepergi blog, FB, Twitter / mana-mana media social online yang bersifat interaktif untuk tujuan promosi.

Prizes:

menarik kan hadiah-hadiahnyeee.

Haa nanti sesiapa yang berminat, bolehlah join contest ni. Boleh la tengok syarat-syarat apa yang dorang perlukan. sO lepas dah hantar penyertaan tu, tunggulah masa untuk diVOTE !! Hihi rajin-rajin lah melawat laman web dorang k.


http://www.wwwow.my/allentries.aspx
Klik gmbar untuk ke link tersebut



Sesiapa yang berminat untuk join contest bolehlah hantar penyertaan ke sini


Ok.. lepas daftar penyertaan, hasil karya korang akan terpapar di sini . Kemudian tunggu je keputusan siapa pemenang untuk tahun 2014 yeee.

No comments:

Post a Comment