Tabung nuffnang sayer :

Tuesday, 6 May 2014

Berblogging pun Hobi jugak..

Pernah tak korang hadapi situasi cenggini :

1. "Weh ko ada blog eh?? Mak aih ada blog !!!! Arituh aku ada terserempak blog ko masa ngah search-search something kt google"
2. Oi oi tak sangka ko ada blog eh?? Perghhh ada plak masa nak berblogging bagai cerita pasal dirik sendiri !!!
3. Ko buat apa eh dengan blog-blog bagai ni?? Ish2... tak kuasa aku nak buat blog eh !
4. "Aku tengok ko cerita macam-macam kan dalam blog ko tuh, dari nak kurus badan, nak kahwin." - oK part ni aku rasa macam -_- Errrr... ada masalah ke kalau aku tulis apa-apa pun ?? Lol O.o

5. Blog ni macam buang masa jek. Apsal nak tulis benda mengarut-ngarut dalam tu ??
Ok ni antara-antara aku pernah dengar laaa ayat-ayat sadis yang kadang-kadang ada la membuatkan aku down untuk menulis lagi. Tapi apa salahnye kalau ada blog pun? Tak kacau sesape pun kan??? Kalau aku nak cerita pasal family, personal, tips, or whatever adakah mengambil duit mereka ??? Okey tak marah, tak sentap tapi cuma nak perbetulkan telahan korang. Mungkin ini dikatakan HOBI. Hobi ni subjektif sangat pada pandangan aku laaa. Setiap orang ada minat dan hobi memasing kan?? Macam aku, hobi aku memang suka menulis. sO kalau still angan-angan nak menulis novel tu terpendam, aku menulis je la kisah sendiri kat blog. Ada sesetengah blogger berblogging kerana HOBI, DUIT, ONLINE DIARY, MENGISI MASA LAPANG, & ETC.. sO tak ada masalah pun. Berblogging ni seronok.

Ni header blog aku sendiri. Dah lama tak tukar-tukar. Biarkan jelaaa ngeh ngehh

Oke ni part lagi satu. Kalau cakap pasal BERBLOGGING PUN BOLEH DAPAT DUIT ???? Okey.. okey...okey aku paham mesti ramai yang cebik and "pe benda laa minah ni merepek pun boleh dapat duit?????" Hurmmm actually itulah seronoknya berblogging. Kita menulis apa-apa sahaja selagi tidak menyentuh isu sensitive dan yang tidak sepatutnya, pasti kita akan dapat kepuasan apabila ada orang yang membaca hasil tulisan kita. Okey sebenarnya semua-semua yang aku pendam ni, akhirnya terluah apabila terbaca hasil tulisan seorang blogger terkenal tu. Untuk pengetahuan memang aku ni pembaca setia hasil tulisan beliau. Korang boleh melawat blog beliau iaitu:  namee roslan !! Mostly blogger-blogger lain sure kenal beliau.


Ni antara tulisan beliau. Memang mostly ramai yang pelik kenapa kita berblog ? Hik hik sebab lain orang, lain minatnya. Mungkin bagi mereka blog ni membosankan??
Berdasarkan tulisan tu, semalam NAmee ada buat tajuk mengenai MACAM MANA BUAT DUIT DENGAN BLOG .. TUlisan-tulisan dia best sangat and membuatkan kita xjadik nk down bila dikecam soalan-soalan yang agak menyindir SOMETIMES. Ngeeee ^_^ . Sebab sometimes kita macam rasa Omaigad, bersalahnya orang-orang yang ada blog ni kan?? Tapi sebenarnya ramai je yang ada blog ni, cuma ada rakan-rakan yang memahami tu kira okey laa.. Aku cuma nak menyampaikan yang sebenarnya dengan blog ni pun banyak perkara-perkara baik yang dapat buat. Mungkin share mengenai produk-produk yang okey atau tidak. Contoh kalau kita nak beli sesuatu barang kita nak buat review, sO tekan google search tu keluar apa??? Haa keluarlaah hasil produk review kengkawan blogger yang bercerita kebaikkan produk or apa-apa sahaja. Kiranya sebagai penambah ilmu pengetahuan. Jadi janganlah pelik kalau "eh terserempak blog ko laa kt google semalam"

Ok ni plak CPUV blog aku. Kiranya iklan-iklan berbayar pada kita yang terpampang di side bar blog. Kalau ramai yang mengunjung and mmbaca entri kita, sO kita akan dapat duit. Best x best x?? Bulan April  and setakat ni je ada 8 iklan sedang berjoget-joget di blog ku. Memanglah tak banyak tapi kira okey laaa.



Nanti kita dapat tgk berapa duit yang dah masuk ke akaun blog kita. Hik hik .. dah mencecah ke 3 angka ^_^



9 comments:

  1. banyak nya dapat CPUV..kita nak dapat satu pun da syukur..hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin kene tulis entri yang interesting and slalu di search di goole. Hik hik.. kite pun tekejut cek tadi mak ai 8 dah bejoget2..

      Delete
  2. Blogging memang boleh buat duit kalau betul dan kena caranya

    ReplyDelete
    Replies
    1. btol2. tapi nak masuk 3 angka pun mau makan 1 thn =( huh

      Delete
  3. mmg xleh lawan cpuv akak... ahahhahaa... keep it up akak... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke. hik hik rezeki. Kene buat entri menarik2 smtimes. Tapi rasanye entri sy cm biasa-biasa jek . apapun syukur masok jugak CPUV kan.

      Delete
  4. Murah rezeki, banyaknya dapat cpuv. Alhamdulillah dan tahniah

    ReplyDelete
  5. Macam mana nak view CPUV tu kak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kene daftar akaun nuffnang dlu kot. ni pn dlu budak ranaco yg buat

      Delete