Tabung nuffnang sayer :

Monday, 3 March 2014

List untuk barang-barang Hantaran perlu dari awal-awal

Wow.. Tahun 2014 ni memang tahun mencabar and sangat-sangat busy. Aku je la kot rasa. kekekekeke.. Tak tahulah u olls pun feeling macam tu ke tak ? Tapi setiap hari rasa macam ada je benda-benda nak dilakukan. Dalam kepala dah ada senarai nak buat. Tak kiralah personal or pasal kerja sekali pun sebab kerja pun bertimbun sangat-sangat di pejabat lately. Macam-macam benda dan aktiviti nak dibuat. Plus-plus terpilih jadi jawatankuasa itu ini kann ?? Feeling cam orang penting sangat, tapi tak lah penting sangat pun. Hurmmm ... Oke ! beralih topic. Sebab macam tak kene je kan dengan tajuk di atas?

Okey Bab barang-barang hantaran . Huhuhu ermmm secara puratanya .. Ceyyyy .. purata tak tahan tu. Selalu kita perhati rata-rata orang beli barang yang mahal and branded untuk hantaran. Ermmm tp klau aku, aku akan pastikan hantaran tu semua yang memang aku pakai. Contoh kan, Kalau beli kasut as hantaran, jangan beli yang lace ke, yang tinggi cantik and bila lepas majlis kahwin nanti, kasut ut u Olls simpan dalam almari je sebab Nampak over kalau nak bawak berjalan or ke opis, Sebab terlalu tinggi jadi tak leh bawak jalan-jalan nnti sakit kaki berjalan lama, and so on laaa. sO pe kata beli je kasut yang boleh bwak teros berjalan. Kalau nak khas untuk ke opis, ha pun boleh beli kasut untuk ke opis. Ada banyak yang cantik and selesa dengan harga berpatutan. Okey bercakap dari pengalaman observe seseorang =)

Tak nak banyak membebel sangat pun sebab lain orang lain caranya. Mungkin ada cara dia tersendiri kan? sO sebenarnya untuk hantaran kahwin aku nanti, aku dah start beli pun sikit-sikit walau kahwinnya awal tahun depan kot. Ni pun salah 1 cara untuk menjimatkan keadaan . Hihihi beli time sale and beli sikit-sikit. Kalau nak beli sekali harung semua tu ermmmm macam banyak pulak keluarkan duit. sO setakat ni dalam perancangan aku dan dia nak buat hantaran 7 berbalas 9 hantaran sahaja. ^_^ . Of course la sebelah lelaki 9 dulang dan perempuan pulak 7 dulang.  Tapi mostly barang-barang hantaran yang hampir complete ni kami beli sikit-sikit. Itu pun barang yang boleh di simpan laa. Beli sikit-sikit means sambil-sambil kumpul duit untuk barang tu and bila ada masa so beli. Hihi Jadi lama-lama tak sedar barang dah makin complete. Antara barang-barang yang ada pada senarai bawah ni adalah dibeli start bulan Mei tahun lepas. sO da nak complete boleh lah focus untuk duit majlis pulak ^_^.


Checklist dulang hantaran:
LELAKI :
1. Cermin mata Rayban - Done
2. Jam tangan G-Shock - Done
3. Kasut jalan Primavera - Done
4. Baju Melayu sepasang  Crocodile - Done
5. Baju t-shirt & Kemeja Polo - Done
6. Towel Jean Perry 2 helai - Done
7. Wallet Levi's  - Done
8. Chocolate - not yet
9. Cincin nikah - not yet

Barang-barang lelaki already complete. Tinggal 2 je barang dia lagi nak di cari. Itu pun untuk chocolate aku biarkan untuk last minute nanti.

PEREMPUAN :
1. Handbeg Coach - Done
2. Jam Tangan Elle - Done
3. Batik crepe Terengganu 2 helai - Done
4. Mas kahwin + gelang emas - Done
5. Dulang wang hantaran (10 Dinar + Cash) - Dinar done, Cash not yet
6. Alat make up - not yet
7.Telekung & Rainbow Tafsir quran - Done

Hihihi legaaaaaaaaaaa giler bila buat checklist untuk barang-barang hantaran yang sudah semakin selesai. Huhu kalau tak pening jugak kepala nak memikirkan barang and duit ckup tak. Dengan keperluan untuk akad nikah dan bersanding lagi. Gulp !! giler la banyak duit nak pakai.. HUhuhu tapi nak berbelanja secara berhemah je untuk nikah ni. Sebab tak nak laa membazir untuk benda-benda yang hanya pakai 1 hari and beberapa jam je ni pun.

Untuk make up tu aku nak choose beberapa item brand M.A.C. Plus-plus aku ni memang suka bermake up jugak kan? Jadinya start bulan 1 lagi dah kumpul RM100 sbln dalam sampul lain untuk beli make up. Jadi dari aku dah terbelanja beli baju ke, benda-benda merepek kan? Aku dah simpan untuk beli 1 lagi hantaran make up. Oh memang konsep aku dan dia, kitorang beli barang masing-masing. Beli je apa nak beli, sO masa nikah nanti just exchange je barang-barang. Hihihi .. Simple. Jadi tak lah smpai kene berdua jugak nak beli barang-barang. Haish sekarang tengah pening macam mana nak hias hantaran-hantaran ni semua. Huk huk.. we all ada je mengjengah idea- idea terkini. Hurmmm what should I ???
 
Klau boleh nak dulang macam ni

Macam ni oke ke?? Hurmmm

Nice gler yang ni. Huk huk tapi byk nk pakai fresh flower kan ? Tapi bole je limited kan

Ni pun nice.



macam nice jugak. RM25.00 beli 10 dulang RM100



Hiasan bakul pun lawa tau. Lagi nmpk cute. ^_^
Tapi bakul ni mahal sgt. RM35.00
 

17 comments:

  1. Wah bagusnya da prepare awal untuk hantaran..
    Xde la kelam kabut nanti..
    Suka hantaran fresh flower tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hii tahun ni cuma focus more on duit majlis, baju2, doorgift and so on je laa.. Hantaran lain2 da settled =)

      Delete
  2. dekat mne nk beli dulang hantaran kristal tu? cantik sgt!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haritu saya Nampak dijual ada1 kedai ni menghadap GM klang btol2. sO kedai tu memang jual barang-barang hantaran kahwin

      Delete
  3. Awak..tq kongsi..sya pon nak kne prepare dah..tpi gaji belom dpat kihkih...bestkan feel nak kwin hmpir dekat ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. btol2. hihihi dok berangan apa nk buat memang best utk kawin kita sendiri

      Delete
  4. awk y dulang hantaran 10 biji rm100 tu dekat mane kedai die? harap awk sudi share

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tepi GM Klang ada 1 kedai untuk barang hantaran. Kat situ ada jual mcm2

      Delete
    2. Tak kawin tahun lepas bln 9 :)

      Delete
  5. Salam.. anda mencari pendapatan sampingan??
    Klik link ini untuk mklumat lanjut..
    My Invite Pay

    ReplyDelete
  6. wah, awalnya cari, sejak tahun lepas lagi. Sha ni bilanya nak cari.. Ingat nak pergi hari Ahad ni.

    ReplyDelete
  7. As salam..nk tnya klw nk khwn bln 9 thn dpn dh blh bli ke brg2 hantaran ckit2...tkut bajet lari klw nk bli skli...

    ReplyDelete
  8. As salam..nk tnya klw nk khwn bln 9 thn dpn dh blh bli ke brg2 hantaran ckit2...tkut bajet lari klw nk bli skli...

    ReplyDelete
  9. As salam..nk tnya klw nk khwn bln 9 thn dpn dh blh bli ke brg2 hantaran ckit2...tkut bajet lari klw nk bli skli...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm. bole je asalkan barang tu tak de tarikh luput.

      Delete
  10. TUMPANG IKLAN...

    ~~KAMBING BBQ GOLEK 3 EKOR HANYA RM1000 SAHAJA~~

    MENU UTAMA
    Nasi Beriani / Nasi Arab (BERAS PUSA)
    Daging Dendeng ASC / Daging Rendang Serai
    Ayam Masak Merah / Ayam Palembang
    Sambal Sotong Kering
    Masak Lemak Nenas Ikan Masin
    Dalca Sayur
    Acar Buah
    Buah Tembikai Merah / Oren Sunkist
    Air Kordial Oren Sunquick
    Air Minuman

    TIT BITS CORNER - 400pax
    Air Teh Tarik
    Cendol (Siap Bancuh)
    Bubur (Kacang Hijau / Pulut Hitam)
    Kuih Manis / Kuih Pedas

    HIDANGAN ISTIMEWA MAKAN BERADAP
    Siakap Sweet Sour
    Ayam Golek Madu
    Butter Prawn
    Puding Karamel
    Buah-Buahan
    Jus Buah
    Air Minuman

    PELENGKAP MAJLIS
    1 Set Meja Makan Beradap Beserta Dekorasi
    1 Pasang Kerusi Pengantin
    8 Unit Kerusi Banquet Bersarung & Riben
    4 Set Dome VIP Beserta Peralatan
    30 Unit Meja Bulat Beserta Alas & Runner
    300 Unit Kerusi Plastik (Sarung & Riben)
    Centre Peace Setiap Meja Tetamu
    2 Buffet Station Beserta Dekorasi
    Peralatan Buffet Golden Bell
    1 Unit Meja Hadiah
    1 Unit Meja Door Gift
    1 Unit Meja Tit Bits
    PA System & Deejay
    12 Orang Pramusaji
    1 Orang Ketua Pramusaji

    KELENGKAPAN PELAMIN / BUSANA
    Pelamin Dewan, Kerusi Pengantin,
    Bekas Merenjis,, Walk Way 6 Unit,
    Pintu Gerbang, Karpet Merah 80 Kaki,
    Sepasang Persalinan Sanding L&P,
    Mekap, Hand Bouquet.

    KEK PENGANTIN
    Kek Fondant / Fresh Cream - 3 Tingkat
    Meja Kek Beserta Dekorasi

    Untuk maklumat lanjut boleh hubungi saya:
    Iza (012-4110390)- WhatsApp pon boleh =)

    ReplyDelete