Tabung nuffnang sayer :

Wednesday, 8 January 2014

New Product Review: Kotex Panty Liner yang Anti Bacteria ??


Ok semalam masa aku jalan-jalan kejap dekat Giant, masuk Guardian. sO bila dah masuk tu semua benda macam best jek kan? tahu.. tahulahhhh perempuan. Kalau tak ada barang nak beli pun bila keluar tu mesti ada jugaklaaa TERbeli okey !! sO asalnya nak beli plaster jewww and stoking. Pastu lalu lalu dekat bahagian wanita ternampak panty liner jenama "Kotex" yang baru. Eh baru ke? Sebab tak pernah Nampak. Sebelum ni aku pakai yang kaler pink.

Ada jugak aku beli yang brand "Jamu Mak Dara" pn best sebab dia more to Herba. Jadinyaaa aku ni memang suka bab-bab yang kengkonon nak jaga bakteria and kebersihan. sO rasa nak try laaa. Jadi ambiklah 1. Tak sure ada tak pek kecik sebab kt situ size ni je ada tapi da alang-alang dalam dia ada 50pcs ok laa.

Sebab aku beli Brand "Jamu Mak Dara" tu dalamnya cuma 30pcs tapi RM19.00 hengget! Mak ai nasib je sebab berasaskan Herba. Tapi bila tengok ni untuk bakteria control, amik jugak untuk try. Price not bad RM10.90 untuk 50pcs??? Memang bahagi dua kan dengan brand sebelum ni. sO bila pakai okey je and selesa laaa. Aku suka sebab dia tebal and tak nipis.. Jadi dah ada fungsi untuk halang bakteria ni aku teruskan je penggunaannya ^_^

Nampak tak tulisan dia "Ultrathin V-Care Bacteria Control"
sO sesape yang rasa macam nak cari yang anti bakteria and so on boleh cuba. Sebab ada wanita yang mengalami alahan, and macam-mcam. Kalau untuk nak lebih jaga kesihatan pn boleh cuba


Bila baca penerangan kat belakang cam best pulak. Harga dia dalam RM10.90 untuk 50pcs
Katanya "Successfully inhibit the growth of yeast and some bacteria in the liner, so it helps you feel protected" Tapi salinlaah juga 1 hari tu 2x untuk siang ye. Jangan pakai smpai petang hihi  


Design panty liner tu. Ada corak bunga-bunga. Tapi so far pad nya agak tebal. Jadi kalau aku dah ke period yang ke 4 and 5 tu selalunya da start using panty liner je. :) rugi plak pakai pad sebab tak banyak kan?
Okey ni brand "Jamu Mak Dara" yang aku guna bfore. Pink tu Pad, and Biru untuk panty liner. Dua dua adalah sama RM19.00 . Hihi tapi lepas ni maybe aku teruskan Pad dia je kot pasal mahal. Tapi di sebabkan dia berasaskan Herba jadi aku suka ^_^


Direction and jenis-jenis wings nya

12 comments:

  1. tak pernah try lagi yang ni tp pernah try guna yg kotex jugak dulu.. tak puas hati sikit sebab dia kurang menyerap lembapan compare to stayfree. so kte stick to stayfree je la sekarang.. hihi.. cuma stayfree takde state antibacterial camni la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha a sy pn suka brand stayfree utk pad sebab dia 'wangi' kan? hihi so tak bagi ada bau2 busuk. Errr tp tukar2 kadang pakai Jamu Mak Dara. Tp untuk panty liner je pakai Kotex sebab dia tebal. Kalau pad pn sm tak sesuai utk kotex. dia xmenyerap sgt and panas :)

      Delete
  2. oowwhh.. ada juga ye pad brand Jamu Mak Dara.. baru tahu.. hehe.. done follow sini..salam kenal.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi salam kenal jugak. Yap ada tapi harganyaaa je la agak mahal. 20pcs RM19.00 utk pad, RM19.00 30pcs utk Panty liner. HUhuhuhu .... Maybe sebab kandungan dia berasaskan herba jadi dia agak mahal.

      Delete
  3. makin banyak pilihan sekarang ni kan..kene pilih yang sesuai :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yap da bole pilih sma ada nk normal, nak utk elak bacteria, utk kesihatan yg more to herba. :) hihi ..

      Delete
  4. oooo ada eh.rara selalu pakai carefree tu.yg pink.sbb bau wangiii je,hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. carefree pn ada jgk kadang pakai memang Wangi hihi dia kaler pink kan? slalu tukar2 ^_^

      Delete
  5. Selalu pakai brand intimate, pad pun same..
    Rase x sesuai dgn jenama kotex..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kotex ni pad dia agk tebal and merewap itu yang rasa rimas :) hihi

      Delete
  6. Kat mana jualnya pantiliner jamu mak dara tu yee?

    ReplyDelete
    Replies
    1. dekat kiosk Jamu Mak Dara ada jual, Kat kedai2 jamu pun ada. Tp sy slalu beli dekat Giant Klana Jaya. Dlm tu ada kedai Jamu Mak Dara. Cawangan dia :)

      Delete