Tabung nuffnang sayer :

Sunday, 5 January 2014

2014 financial planning ??

Kalau Tanya semua orang apa azam baru bagi tahun baru? Of course semua orang ada azam baru kan? Sama dengan aku jugak. Aku pun mempunyai beberapa azam untuk 2014 nih. Antaranya, hihihihi Kalau boleh nak buang semua baju-baju (sedekah) yang memang agak tidak sesuai kepada yang lebih sopan. Balik kuantan tempoh hari, tolong-tolong mak kemas baju and dapatlah beberapa jubah and dress untuk dipakai. Wow, jimat disitu. Tapi aku ada beli 1 dress ala jubah jugak untuk dipakai. Rasa macam cantik je dress tu, jadi rembat la 1 untuk reward diri sendiri dikala bonus menjengah akaun ^_^.
Abaikan mata yg terpejam . haha +_+

Then azam ke dua?? Nak control financial supaya lebih berjimat-cermat. Nak kurangkan pembaziran dan boros memboros ni. Huhuhuhu I think I spend a lot last year. Sangat-sangat menyesal kerana tak kemana pn membazir. Last-last ada je yang dibuang. Tak terpakai pun banyak ! sO, Start the year by making a financial resolutions. The best place to look at when making financial goals is at spending habits. Make a list on where and what that you spent most and see how you could cut down on those expenses in order to achieve a great financial health for 2014. Itulaaa azam yang aku nak terapkan untuk tahun ini dan tahun-tahun akan datang. Lepas ni kene berjimat.

Pentingnya financial planning ini adalah untuk elakkan kita ni tidak terikut dengan nafsu untuk membeli barang yang bukan keperluan sangat pun. Ada pun cuma nafsu atau kehendak. Buktinya, tahun lepas je hanbek aku pun ada dekat 10 buah ! Sape nak pakai sampai 10 buah der???? Dari jenama Guess, Coach pun sempat bedal 2 buah, Charles & Keith, Elle, Carlo Rino and so on.... last-last pakai 1 je yang senang and selesa. Nak nak kalau ke pejabat pun tak sempat nak tukar-tukar pasal main rembat yang tu je. Kalau tukar-tukar confirm isi dalam tu ada yang terlupa la, pendrive lupa bawak, perfume ttinggal ! Kalau macam ni gaji 4 riban tu tak akan pernah cukup.
Bajuu... bajuuu rasanya cukup la tu kott. Lagipun rasa macam tak ada mood and selera nak shopping tahun ni. Ala kadar sahaja. Lagipun kalau ada rezeki memang nak berkahwin tahun dpn, Jadinya kenelah menyimpan untuk masa depan. Rasa nak simpan duit banyak-banyak je smpai nak terkeluar isi perut bank-bank tu ! haha gler menipu kan???
Tapi apa-apa pun nasihat aku berbelanjalah secara berhemah kerana, salah satu macam korang semua tahu. Barang-barang pun dah makin naik harga. Minyak pn da naik, tol bakal naik, and so on laaa. Jadi marilah menabung. Hahaha. Tapi kalau nk menabung emas pun boleh. Yang penting bijak berbelanja dan menguruskan kewangan. Dari tadi aku dok kira-kira apa patut dan tak patut dalam perbelanjaan aku nih. wawawawaw hihi banyak jugak komitmen sebulan. Tapi kalau simpanan kita RM1000 sbln, setahun dah Rm12,000 . Hah kan banyak tu. Jadi marilah menyimpan ^_^


Ok la nak kira costing berapa aku berbelanja and dapat simpan bln-bln tahun ni. bai !

2 comments:

  1. wah dah lama tak update blog ye.. hihi.. kita punya new year resolution pon macam nak menabung banyak2 je jugak. good luck awak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. good luck too hihi mari menabung sm-sm. Simpan duit tak rugi . hihi yep lama x update blog sebab kadang ketandusan idea and kekangan mas :)

      Delete