Tabung nuffnang sayer :

Sunday 23 June 2013

Review Movie's WORLD WAR Z

 
Released date : 21 June 2013
 
Hari ni rasa nak shared movie yang aku baru tengok sabtu lepas. Sebelum keluar di pawagam lagi memang niat nak tengok sebab masa preview cerita ni di mainkan memang Nampak gempak. Macam best je. Sebenarnya frust sebab cerita Man Of Steel tak berapa nak gempak and syok sangat. Mungkin slow motion sikit berbanding Iron Man kn? sO redah je lah untuk habiskan duit tengok World War Z nih. Harap-harap best.
 
So sabtu tuh, dapat jugak tiket walau orang dah memang ramai. Lagi pulak hero dia Brad Pitt! Then lepas tengok je cerita ni smpai habis, memang cerita ni best sangat. Rasa macam setiap minit and saat cerita ni tak ada satu pun membosankan. Semua terisi dan rasa cam nak tahu je ending dia macam mana. Berdebar dengan zombie yang ganas-ganas pun 1 hal jugak. Jalan cerita World War Z ni pun agak menarik. Memang 9.5 / 10 kalau orang mintak aku kasi rate of star.
 
Sinopsis:
Cerita ni macam cerita zombie sebelum-sebelum ni jugak. Asal zombie ni dari keadaan cuaca yang tercemar sehingga menyebabkan jangkitan kepada manusia. Wabak semakin merebak dan teruk sampai lah satu dunia pun dijangkiti wabak zombie ni. So dalam cerita ni Brad Pitt akan meninggalkan keluarganya untuk mencari penawar kepada zombie, serta penyebab berlakunya wabak ni. Tapi so far penemuan penawar ni pun sangat menarik.
 
Part aku suka bila Zombie ni cuma bangun dan sedar and tertarik pada bunyi. So kalau dorang tengah tidur, kita just jalan slow-slow. Jangan ada bunyi satu pun yang boleh menarik perhatian mereka. Lagi part yang agak menarik, Zombie ni tidak tertarik kepada manusia yang ada jangkitan atau berpenyakit. So dia just ignore dorang yang memang ada penyakit mcam SARS, H1N1 and so on. So aku da kasi klu sikit-sikit. Tak rugi korang tengok cerita nih. Best!
 
 
Oh sekarang Jerebu sedang melanda. Teringat plak kisah Zombie ni balik. Huhu korang-korang semua banyakkan minum air kosong k.





Antara poster-poster yang menarik perhatian aku:










sumber gambar dari sini ^_^

Wednesday 19 June 2013

Bayar zakat cepat dengan cara tolak gaji je!!! ^_^

 
hye semalam baru je settled hantarkan borang penolakan gaji untuk bayar zakat. Huhuhu macam rasa susah nak bayar online, takut terlupa, takut tak ada masa.... So aku ambik jalan paling mudah sekali dengan tolak dari gaji setiap bulan sahaja. sO memang senang la keje lepas ni. Zakat kan memang wajib di bayar untuk umat islam, jadi tak salah pun kalau gaji kita tuh di tolak sedikit untuk zakat. Zakat nih ikut gaji kita. Berapa banyak kita perlu bayar semua-semua ada di terangkan di dalam broshur macam aku tunjuk di atas. Bayak dah sekarang pusat-pusat zakat di Malaysia ni jadi tak perlu risau. So bila kita tolak gaji tu, automatic dalam penyata kita tuh ada lah keluar tanda pembayaran zakat. Ini pun satu cara untuk kita dari bayar cukai. So lebih elok duit tu di salurkan untuk zakat. Ok aku cuma nak share sedikit info mengenai Zakat yang aku baca pada broshur.
 
Apa itu SKIM BERKAT?
*Kemudahan pembayaran zakat melalui potongan gaji. Pembayarannya tidak terhad kepada zakat pendapatan sahaja tetapi zakat-zakat harta yang lain termasuk qada zakat.
 
Syarat-syarat wajib zakat?
*Islam
*Merdeka
*Sempurna milik
*Cukup Nisab
*cukup haul (genap setahun)
 
Jenis-jenis zakat
*pendapatan
*perniagaan
*simpanan
*emas
*perak
*KWSP
*Saham
*Padi
*Ternakan
*Qadha Zakat
 
 
Panduan penyertaan:
Langkah 1: Borang skim berkat diisi pemohon dan diserahkan kepada pihak majikan (Bahagian pemotongan gaji).
 
Langkah 2: Jumlah potongan zakat ditentukan sendiri oleh pemohon mengiku gaji dan pendapatan bulanan. Rujuk gambar di bawah.


 
Langkah3: Penyata rasmi pembayaran zakat dikeluarkan sekali setahun iaitu pada bulan Februari. Penyata rasmi pembayaran zakat boleh dikemukakan kepada LHDN sebagai bukti bayaran zakat
 
Langkah 4: Sebarang penambahan jumlah zakat akan datang boleh dimaklumkan kepada majikan dan mengisi borang baru.
 
 
Kod potongan gaji:
*kakitangan kerajaan = menerusi Jabatan Akaun Negara (Selangor) 4376
*Kakitangan Swasta = kod diberi selepas pembayaran pertama
 
sebarang pertukaran alamat dan untuk keterangan lebih lanjut korang boleh terus hubungi
 
Lembaga Zakat Selangor (MAIS) yang berdekatan
Tel: 03-55227777
Faks: 03-55227722
 
 
Itu sahaja aku nak share. Sipi-sipi je. Apa-apa korang boleh Tanya pihak MAIS terus