Tabung nuffnang sayer :

Wednesday 24 August 2011

Hidupkan Malam LAILATULQADAR* & Pengalaman bertemu malam lailatulqadar


Macam mana nk hidupkan malam tu? Lailatulqadar tu manusia ke boleh hidupkan ke tak ???? Ish apa punya orang la kalau masih ada yang tak tahu MALAM LAILATULQADAR tu apa kn? supposed sebagai umat islam kenelah tahu apa itu lailatulqadar? apa kelebihannya?? bila malam tu selalu muncul?

Apa itu LailatulQadar 
Malam LailatulQadar adalah sunat dicari, kerana semua orang tahu malam itu merupakan malam yang amat diberkati, mempunyai kelebihan dan segala doa akan diperkenankan oleh Allah S.W.T. Ia juga merupakan sebaik-baik malam yang mengatasi semua malam termasuk malam Jumaat. Al-quran juga diturunkan pada malam lailatulqadar.

Kelebihan
Selalunya malam itu memang amat dinanti-nantikan oleh orang islam. hanya setahun sekali sahaja malam tersebut akan muncul. Dan aku juga turut sama menantikan malam itu seperti tahun lepas. Kelebihan malam lailatulqadar ni adalah kita akan dikurniakan pahala ibadah bersamaan 1000 bulan = 83 tahun . Apa sebabnya Allah S.W.T jadikan seperti itu? ini kerana umat islam sekarang mempunyai jangka hayat yang semakin pendek. kalau kita tengok, umor 60 dah tua and terlalu uzur. Tapi umat-umat terdahulu ada yang jangka hidupnya hingga ribuan tahun termasuklah Nabi s.a.w .

Sabda Nabi s.a.w 
"Sesiapa yang menghidupkan malam Lailatulqadar kerana beriman serta mencari pahala yang dijanjikan akan mendapat pengampunan daripada dosa-dosa yang telah lalu. Dan kita boleh mula beribadah selepas maghrib hinggalah ke subuh. jadi banyak masa untuk tunaikan solat sunat lailatulqadar ni."

Bagaimana menghidupkan malam lailatulqadar 
Kalau kat rumah aku dulu, ayah akan kejutkan kami sekeluarga untuk bangun solat. memang pukul 3.30 pagi dah bangun dengan mata masih mengantuk. tapi seisi rumah akan jadi meriah bila semua bangun dan sama-sama solat. maksud aku kami akan solat sendiri-sendiri berasingan lah di bilik masing-masing, tapi semua nya akan solat. 

sama juga macam yang pernah diriwayatkan Sayidatina Aisyah r.a bahawa Rasulullah s.a.w apabila tibanya 10 malam terakhir di bulan ramadan, baginda akan menghidupkan malam-malam tersebut dengan membangunkan isi rumah dan menjauhi isteri-isterinya.

Bermakna apabila kita sama-sama menunaikan solat lailatulqadar, pastilah malam terserbut lebih terasa nikmatnya kan? tapi sekarang ni bila dah tak duduk dengan keluarga, aku cuma bangun and solat sendirian je lah kat bilik. itu pun aku minta ayah jadi jam loceng aku. setiap 3.30 pagi, mesti beliau akan call. hehe then aku ingatkan aku sorang je bangun. rupanya housemate aku yang lain pn turut bangun.. maknanya ramai orang berlumba-lumba bangun pagi-pagi dan ingin mengumpul pahala ibadah. Dunia kan semakin di akhir zaman? Tak rasa rugi ke kalau kita tidur je? tidur tu bila-bila masa pun boleh. 

kenapa lailatulqadar hanya pada 10 mlm terakhir
Kerana Allah s.w.t maha bijaksana. setelah kita berpuasa selama 20 hari, manusia sudah mempunyai kekuatan tahap kerohanian dan mempunyai tahap kesedaran yang tinggi serta usaha yang pelbagai untuk meningkatkan amalan mereka. Malaikat akan turun pada malam tersebut dan mendorong mukmin beribadah dengan izin Allah s.w.t dan akan rasa tenang hingga pagi.

Apa amalan patut dilakukan
1. solat tahajud jika bangun di tengah malam
2. boleh juga solat sunat taubat
3. sebagai tambahan boleh solat sunat hajat 
4. solat sunat lailatulqadar
5. berdoa dan bertawakal kepada Allah s.w.t
6. berzikir
7.membaca al-quran
8. minta segala dosa diampunkan..
simple je kan? 

mitos aku selalu dengar pasal lailatulqadar 
sebenarnya Allah s.w.t je maha mengetahui bila ia berlaku. yang aku selalu dengar orang cakap-cakap malam tu kita akan nampak :
1. pokok bersujud @ Menunduk
2. tak akan dengar bunyi satu apa pun kat luar. sunyi sepi seolah-olah semua sedang beribadah termasuk binatang
3. Air sungai berhenti mengalir.
4.Bekunya air
5.hujan renyai
6.bangun pagi rasa aman damai
7.langit memerah redup
8. dunia cm tenang kejap

tapi sebenarnya tak ada sesiapa yang akan mengalami pengalaman yg sama dan tak akan dirasai oleh pancaindera. so setiap orang berbeza-beza. Orang yang beribadah pada 10 malam yang tersebut akan mendapat rahmat yang dijanjikan dan telah sabit di dalam hadis-hadis yang sahih bahawa malam Lailatulqadar wujud pada salah satu malam yang 10 itu terutama pada malam 21, 23, 25, 27 dan 29. Orang-orang yang tekun beribadah di dalam masa tersebut untuk menemui malam Lailatulqadar akan mendapat rahmat yang dijanjikan itu samada ia dapat menemui atau tidak dan tidak melihat apa-apa kerana yang penting yang tersebut di dalam hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim ialah:

Petanda berlakunya lailatulqadar
selalunya boleh diketahui pada malam tersebut atau pada keesokkan harinya. Tapi sebenarnya tak ada petanda spesifik yang umum pun boleh dirungkai. benda tu terlalu subjektif. 

Cuma para alim ulamak r.h. menyebutkan beberapa tanda atau alamat berhubung dengan malam Lailatulqadar:
1. Ada yang berkata orang yang menemui malam Lailatulqadar ia melihat nur yang terang benderang di segenap tempat hingga di segala cerok yang gelap gelita.
2. Ada pula yang berkata ia mendengar ucapan salam dan kata-kata yang lain dari Malaikat.
3. Ada juga yang berkata ia melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud.
4. Ada pula yang berkata doa permohonannya makbul. 

Pengalaman aku
pengalaman aku maybe yang nombor 4. Masa tu aku memang bersungguh-sungguh bangun and beribadat. Aku minta Allah s.w.t makbulkan doa aku untuk tetapkan jawatan aku agar aku tidak ditamatkan kontrak. masa tu sesiapa yang tidak diserap ke tetap, kontrak kerja akan ditamatkan selepas habis tempoh bekerja. Mana aku tak risau. memang aku tak henti-henti beribadat. 

cuma ada satu malam tu aku menangis teresak-esak. memang menangis macam tak ingat apa la. rasa sebak and sedih sangat. Hurmmmm akhirnya aku bersyukur Allah s.w.t makbulkan doa aku. aku antara 6 orang yang diserap ke tetap dari 17 pekerja yang sambilan tahun lepas selepas berhempas pulas kene interview sekali lagi. Cuma jika doa tidak diperkenankan lagi tu, saranan aku tunggulah. cepat atau lambat sahaja Allah s.w.t akan makbulkan mungkin masih untuk menguji keimanan kita. 

amin...

p/s : sebagai pengajaran bahawa malam lailatulqadar mmg sangat aku nantikan seperti tahun lepas.
















Monday 22 August 2011

Rindu Nak jadi Lecturer balik lahhhhhhhhhhhh =)

Entri ni aku buat lepas tersempak blog kawan lama masa aku jadi pensyarah dulu..

huhuhuh tiba-tiba aku jadi rindu pada pekerjaan lama aku, pada student-student aku yg perangai gila-gila smpai aku turut gila. ehehehe.. maklumlah umo dgn student aku pn beza bape taun jep kot.. xsmpai 3 taun pn. ahahaha tp wlwpun aku lecturer yang sempoi namun aku tetap garang and mereka terpaksa ikut semua perintah aku. cewah ! berlagak la plaks. memang la budak-budak tu akan ikut cakap aku pasai aku yg mark paper final exam mereka kn kn kn?? mestilah dorang takut.. aku akan gunakan kuasa VETO masa mula-mula mengajar. tapi lama kelamaan dah tak perlu. Boleh didik dorang ni psychology je.

s0 al kisahnya, lepas je tamat degree in Operations Management kt uitm, aku pn apply keje kt satu IPTS ni. mostly college ni ajor subjek marine, safety health bagai sume tu lah. kos berkaitan lelaki je la.. ermmmm tp sbab kn aku nye kos ms degree dlu byk persamaan dgn kos logistik, so aku dapatlah tawaran jadi lecturer kt ctu. maka bermulalah life aku sebagai seorang pensyarah paling muda :) hehehehe .

mula-mula aku mengajar tu memang la aku kene buli. Hoooo dorang tak kenal aku ni garang kot. biarkan. memang mula-mula ada yg mengorat laah. ada yg mengusik. macam-macam. lagi2 muka aku nmpk mcm lembut kn?? lembut ye?? Aku pakai apa pun dorang dok usik. 

Masa aku mengajar situ, kolej bagi kitorang tinggal kat perumah dia. Kiranya tak perlu nk pikir cari umah bagai. Rumah dia plak ada aircond setiap bilik, ruang tamu semua, and lengkap la.. Ada katil and almari. Kebetulan masa aku masuk, satu bilik tu kosong. Jadi aku la duk bilik depan (master bed room). kemudian baru ada pensyarah2 baru lg. 
hehe dipendekkn ceritalah.. mula-mula tak tahan sbr gk aku mengajar. maklumlah semuanya nakal-nakal tak pyh citela. dasat sgt ! last-last aku baling je duster pd sape yg bising. bayangkn lah aku penah mengajar student dekat 200 tw. utk subjek HUman resource.. Tapi bila aku byk guna pschology kt dorang ni barulah boleh lega. 

Kadang-kadang nk suruh anta assigment? senang je. aku ckp " kalau syg sy, hantarlah assigment tu, kalau tak sayang saya no hal nk hantar ke ta !" result nya memang semua hantar. 

Ada situasi lain tu, memang setiap kali nk pergi mengajar dah ada student-student yang escort aku. siap tolong angkat buku n barang bagai. Bagus depa ni kn?? hehehe 

Ooo nk tahu apa subjek aku mengajar?? ha jgn tekejot. :
1/ HUman Resource
2/ Management
3/ Demand management
4/ Introduction to logistic
5/ Procurement
6/ Occupational safety health
7/ Job design
8/ Material handling & storage
9/ supply management
10/ service marketing

da la tu je aku igt . hehe byk tak? ha blik dari kelas tu aku bkn melepak je kt umh. balik terpaksa menghadap buku n buat note utk student kesayangan ni ha. bg dorang paham.. tp kalau dorang nakal gk memang aku cebik sekor sekor. apa-apa pun aku ikhlas mengajar bebudak tu semua. hehehe lama aku kt ctu semua da tahu perangai aku. jadi lama-lama budak-budak ni jadi ngam nan aku. aku psiko je dorang. mostly aku jadikan dorang kawan-kawan je. nk ckp aku kau pn bole. asalkn jgn kurang ajar nan aku. alhamdulillah semua ok.

kadang-kadang mlm minggu sempat lg ha aku ikut bebudak kelas aku tgk wayang sesama. sj eratkn silaturrahim. pegila 4 5 biji kete pn tak pe.eheh.. paling sweet , dorang celebrate besday aku. pandai jgk mereka-mereka ni. nk tgk picture mereka? adalah jgk aku smpt simpan lgi.

Teka mana aku

Sweet kan student tolong suapkan. actually stuent aku ni tua 6 tahun dari aku.

Kek besday aku.. dorang suprisedkan. kt sana xde secret recipies. huhu tak apalah

Ni 4 budak nakal dalam kelas aku dlu.. ktorang gelar F4 (

Aksi nakal dorang dlm kelas? apa daaaaaaaaa

GILA : hehe dia ni muda setahun je dari aku...Paling degil.

 Tah tu je gambar yang masih ada . Lain-lain terpaksa cari. * MALAS*

Saturday 6 August 2011

Bermain gitar adalah haram ???

Haaa alamak betulke bermain gitar atau alatan muzik yang bertali adalah haram? Lagi-lagi kalau perempuan. ini adalah disebabkan faktor muzik tersebut yang boleh melalaikan seseorang... Hurmmmm Habis tu mana aku nk campak gitar aku ni, if tak boleh bermain gitar? Huhuhu.... Tak sedap hati la pulak kalau da dalam islam melarang kan? s0 aku search la info-info mengenai gitar dan hukum bermainnya. Kalau kita nk tahu sesuatu perkara tu, memang perlulah kita ni berusaha mencarinya sehingga tahu kesahihan cerita tersebut kn??

Tapiii kalau betul, mana aku nk campak gitar kesayangan aku ni? Jadi simpanan dalam stor? atau jadi bahan pameran lah jawabnye yeeee... Sebelum ni aku cuma main sekadar suka-suka and bukan untuk tatapan umum yeee..




So cari punya cari dalilnya, aku dapat la info dari beberapa laman web.

~ Hukumnya haram. Ini merupakan pendapat yang telah disepakati oleh madhhab empat. Sesiapa yang berterusan bermain dengan alat-alat muzik tersebut, dianggap fasik dan tidak boleh diterima penyaksiannya di Mahkamah. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh imam Al-Bukhari menjelaskan akan timbul satu golongan dari umat Muhammad yang akan menghalalkan arak, khinzir, sutera dan alat-alat muzik.

*Dalam Surah Luqman ayat 6 Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Dan di antara manusia ada yang suka menggunakan hartanya untuk membeli "LAHWA AL-HADIS" untuk menyesatkan orang ramai dari agama Allah". Lahwa Al-Hadis yang disebutkan di dalam ayat ini ialah alat-alat muzik dan hiburan yang melalaikan. Inilah yang dinyatakan oleh Mujahid, Hassan, dan Ibn Umar. Alat muzik yang bertali seperti gitar dan lain-lain samada fesyen lama mahupun yang baru adalah haram bermain dengannya dalam apa jua keadaannya.

1. Samada alat muzik itu mengeluarkan alunan yang rancak atau berirama perlahan.
2. Samada dari barat atau timur.
3. Samada pendengarnya lelaki mahupun perempuan.
4. Samada di majlis keramaian seperti perkahwinan, hari raya, waktu perang dan lain-lain.
5. Samada disertai dengan lagu atau tidak.
6. Samada mendengar secara langung atau melalui pita rakaman.

Selain itu haram berjual beli alat muzik dan mengadakan kilang-kilang bagi memprosesnya, meminjam, mempelajari dan mengambil upah dari mengajar bermain muzik, membuka sekolah muzik dan membuat buku-buku panduan bermain muzik. Kerana kesemuanya adalah jalan kearah penggunaan muzik.

Menurut beliau, ada yang mengharuskannya dengan alasan tidak memberi sebarang kemudaratan. Pendapat setengah ulamak pula mengharuskan bermain dengan syarat :

1. Untuk sekadar hiburan sendiri sahaja.

2. Tidak bercampur dengan perkara2 yang haram seperti dadah, perempuan atau seumpamanya.

3. Tidak dijadikan sebagai sumber pendapatan.

4. Tidak lalai daripada kewajipan dan tidak menyebabkan orang lain jadi lalai.

Kalau yang memang minat main gitar macam aku ni eloklah diambil yang keempat. Kalau main gitar sampai lupa solat maka jadi haram la main gitar tu. Senang dan mudah. Memang Islam itu mudah. Pendapat ini juga terpakai untuk seruling. Tapi kita yang suka menokok tambah sesuatu perkara yang kita tak pasti. Maka jadilah susah.

Kalu pergi gig ke konsert ke pergilah. Masuk waktu pergi la solat jap. Yang penting disini NIAT. Kalau niat pergi konsert nak cari meraba-raba, nak bercumbu cumbuan, maka haram la pergi ke konsert itu. Kalau niat pergi gig/konsert untuk menikmati karya anak-anak muda tempatan yang fresh dan mendalami apa message yang cuba dikongsi, pergilah! Kalau ade yang menghukumkan haram, tunjukkan mana dalil nya? Surah mana? Hadith mana?

3. http://arjunabermainbiola.blogspot.com/2011/05/hukum-bermain-gitar.html

sila melawat ke link beliau .. =)

Melayan kerenah arnab-arnab =)

Setiap hari rutin harian aku, balik dari keje mest menghadap menatang dua ekor ni. hehe kasi depa makan, minum bagai. Sembur sabun sikit, bersihkan najis. kalau rajin aku suap la depa dua ekor ni makanan. Saja nk manja-manja. Dulu aku ada tiga ekor arnab, tapi da mati kene serang dek anjing yang bapok besarnya. Mcam anjing pengesan polis tu ha besar nya.. Masa tu aku ngah solat. Then terdengar bunyi somthing yang pelik "cit..cit..cit" lebih kurang cmtu la. Mestilah pelik smpai tak jadi aku nk teruskan solat. sebab rasa tak sedap hati. Bila aku buka pintu, memang sah-sah arnab aku da mati sekor. then sekor lagi kene pijak. Bila aku sergah anjing tu baru dia blah selamba cam tak buat apa-apa..

Then, menangis nk rak gk la aku. Sape tak sayang Ooooo. dah la arnab tu hadiah dari someone. Hurmmmm sangkar arnab memang tak tahu ke mana dah habis tunggang terbalik. Ranap. Tak pecah tp dah kene pasang balik pasai dah terbuka sana-sini. s0 yang sekor tu aku pikir da mati jugak. tapi alih-alih dia bangun and lari masuk rumah. selamatlah dia sampai skang . yang kaler oren tu lah mangsa keadaan yang terselamat. 2 minggu lepas tu, someone tu hadiahkan aku sekor lagi arnab yang kelabu. c0mel gler..

btollah kata orang "Allah hilangkan sesuatu yang kita sayang, kerana dia akan menggantikan kita kepada sesuatu yang lebih baik lg"







btollah setakat ni jelah aku boleh upload. banyak sangat nk upload ni lama nk tunggu loading. hehehe sayaaaaaaaaaannnnnnnnnnnnnnnnnn depa dua ni ketat-ketat. *chichi & Chicha

Friday 5 August 2011

THis is mY New Blog's


Huhuhu ... aku terpaksa tukar blog lama ke yang ni. Memanglah sape-spe pun tak suka nk ada banyak blog dalam 1 masa kn? nak kena set up macam-macam. Asyik problem je blog yang lama tu. s0 better aku change the new one lagi tak pening kepala. cuma pening kepala nk kene set up all je la. hadoiiii kalau internet laju bole la nk cepat-cepat kan? anyway hari ni hari ke 6 berpuasa dan hari ni jugak hari sabtu. s0 apa lagi?? Mata da mengantuk ni. hurmmmmm seronok kalau tidor. al-maklumlah, asyik bangun pkul 5 pagi je setiap hari and terus ke pejabat sampai la jam 4.30 petang baru balik..


Okies, selamat berpuasa yea.. Nak tidor. petang nanti nak jalan-jalan ke Mall cuci mata tengok ada benda berkenan tak di hati and mata .. Sila la follow blog saya yang macam rumah baru siap ni ye...
Zzzzzzzzzzzzzz