Tabung nuffnang sayer :

Friday, 26 August 2011

Perfume favourite untuk raya


Haaa perfume ni la yang favourite aku.. sebelum ni aku memang jarang pakai perfume pun. Entah ! kadang-kadang kalau keluar aku lebih suka sapu lotion je la. Kadang-kadang hidung aku ni sensitif. Bau minyak wangi pelik-pelik ni boleh buat aku pening and migrain. Bauan tu kalau tak kene gaya, serap kt kepala. itu yang boleh sakit kepala @ migrain... hadoi. rasa loya pn ada. jadi pemilihan minyak wangi ni amat sensitif bagi aku la. very selective !! ..

hehe lagipun, Rasulullah pun pernah bersabda : " Barang siapa seorang wanita yg memakai minyak wangi kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki sehingga mereka mencium bau harumnya, maka dia adalah wanita penzina dan tiap-tiap mata yang memandangnya itu adalah zina."

Hurmmm takut jugak la bila rasulullah sendiri dah bersabda macam tu kan?? s0 sebab tu aku jarang gk la pakai perfume kalau keluar memana. ah sama je la pakai tak pun asalkn tak berbau busuk. Realiti dan kenyataannya, minyak wangi itu haram di pakai oleh kaum wanita. Tapi biasalah orang perempuan ni, kan suka berbau wangi. Bauan yang boleh menggoda orang lelaki. S0 sebab itu agaknya wangian di anggap untuk menggoda lelaki dan boleh menyebabkan zina? Heheh, macam pakar agama plak aku bercakap. tapi tak apa, perkongsian agama tu kan bagus. dan, mencari ilmu islam tu kan lagi bagus.

Tapi, aku bukan lah tak pakai perfume langsung. pakai tu pakai, tapi aku pakai bila ada function penting. event ke, dinner, or aktiviti yg penting-penting la. yg kadang-kadang 2 bulan sekali . sebulan sekali. then, perfume yang gambr di atas tu la yang aku pakai sekarang ni. Lancome. yang ni tak habis lagi. adalah tinggal sikit. aku beli 6 bulan lepas derr... huu padahal botol 50 ml je. yang kecik la.

masa aku beli perfume ni baru keluar. ngah promosi tu dia spray-spray aku pun mcm tertarik. jadi aku beli lah. time tu promosi RM145.00 dapat la btol 50ml dan lotion dia sekali. so jimat banyak. perfume dia lagi la banyak. tak terusik pun sgt. bau dia memang kaw la. memang smooth and aku suka. s0 aku pakai perfume ni bila perlu je la.. kalau rasa tak perlu aku tak pkai pun. aku keluar hari minggu ke, pegi pejabat ke aku tak pernah pakai pun. huhuhu ..

Skang aku survey-survey kat mall, harga dia da Rm200 lebih. ermmmmm malas lah nk beli lagi. lagipun ada suku botol lagi. ckup la untuk raya bakal tiba ni yeee.. hehehehe aku godek-godek google,ada lagi hadis nabi tentang minyak wangi untuk wanita ni. kalau lelaki tu hukumnya memang sunat. tak apalah. bagi perempuan plak? godek-godek lagi, aku jumpa blog (http://jalanakhirat.wordpress.com/) dan info di situ mengatakan :

Ketika berada diluar rumah atau bersama orang yg bukan mahram hendaklah wanita memakai wangian yang baunya untuk diri sendiri dan tidak dihidu oleh orang lain seperti hadis yang lepas. Dilarang sama sekali memakai minyak wangi sehingga di hidu oleh lelaki yg bukan mahram. Nabi s.a.w bersabda:

أيما إمرأة استعطرت فمرت بقوم ليجدوا ريحها فهي زانية

Maksudnya: Mana-mana wanita yang memakai wangi-wangian dan lalu pada sekumpulan manusia supaya lelaki tadi itu menghidu bau wanginya maka wanita tadi medapat dosa zina. (Hr Tirmizi dan Ahmad- hasan)

Bukanlah wanita itu dilarang sama sekali menggunakan bau-bauan bila dia keluar tetapi yang dilarang adalah yang sehinggu dihidu oleh orang sekilingnya. Janganlah wanita itu meninggalkan bau-bauan sehingga menyebarkan bau yang tidak elok kepada sekitarnya. 

* MEANING THAT KALAU PAKAI SIKIT-SIKIT ASAL ORANG TAK BAU KITA BUSUK OK LA KN??

Oh da faham kan maksudnya sekarang wahai kawan-kawan ?? hehehe s0 kalau nk pakai minyak wangi tu pakai berpada and sikit sudah la. buat apa nk sembur banyak-banyak smpai 1 kawasan tu kita lalu boleh bau. Ckuplah kita saja yang bau ok la tu kn? lagipun berjimat itu baik untuk kehidupan kita..


kalau nk sangat bau-bau sikit. tips aku senang je. basuh baju dgn softlan downy. aku pakai yang warna purple. Selalunya baju-baju dah di angkat dari jemuran tu aku iron n sembur dgn penyembur yang dah di campur softlan tu sikit. hasilnya baju mmg bau wangi la. smpai kain telekung aku, aku sembur softlan ni, bau dia still lekat even da 2 minggu aku tak basuh ;) so aku uplod pic yang aku amik dari google ni okey.. senang nak refer nanti..

3 comments:

  1. fuyoo . untunglah pakai perfume , conform akak wangi gila .
    mijots bau lemang je raya nanti . hahaah

    ReplyDelete
  2. pakai seberapa yg perlu...kalau banyak sangat tu yg mata2 melihat...

    ReplyDelete