Tabung nuffnang sayer :

Sunday, 21 August 2011

Kad Raya VS email@sms ????

akhir-akhir ni semua orang dok bercakap dah kurang terima kad raya? Hurrmmm mungkin perkara ni baru je kita sedar padahal tahun lepas pun penggunaan kad raya dah makin berkurangan. Masa aku lalu kat shopping mall semalam, aku ada terserempak kedai yang menjual kad raya ni. Belek punya belek, tiba-tiba rasa nk beli. so aku beli yang dalam paket ada 5 baru harga RM3.30 .

Ermmmm boleh la tahan kadnye cantik sebab gambar kartoon2 ... tapi bila da balik tu, terkebil-kebil aku pandang kad raya tu. NAK BUAT APA EK?? tak akan nk buat perhiasan?Nak pos kat kawan-kawan??? huhu Korang rasa korang rajin ke? sedangkn telefon dah ada SMS je la.. Internet kan meluas sekarang, hari-hari boleh berFB, Twit, and email yahoo pn boleh !

Huhu lagi satu kalau nk menulis bagai kat kad raya tu dah macam malas je.. maklumlah sekarang kn kita ni asyik menaip je smpai da lupa nk menulis.. haha ermm poyo je lah. Cuma kad raya ni buat aku teringat kisah-kisah dahulu.. Masa aku still skolah. zaman skolah kan. Masing-masing time dekat-dekat nk raya sebok cari kedai jual kad raya. Ada yang gmbr ketupat, gmbr kartoon, gambar macam-macam gambr. Semua pakat beli.

Hampir semua kawan-kawan di poskan. Tak kiralah dekat rumah ke, jauh ke semua di hantar. Kadang-kadang penuh satu bakul kad raya yang dapat. Seronok. Dalam tu mulalah tulis mengarut bagai smpai tak cukup kad tu. Bila dah raya tu sangkut kt dinding rumah. Kan ke meriah raya tu.

Tapi sekarang ni mana ada lagi macam tu. Yang ruginya budak-budak muda yang alaf baru ni lah. Macam adik aku yang umor 12 tahun (darjah 5) mana kenal kad-kad raya ni. Semua pakat dok ada telefon and FB, s0 semua boleh di buat di FB je. kalau kad kahwin pn ramai dah edar through email kn? lagikan kad raya..

Hai lagi 7 hari lagi nk raya.. Tak lewat lagi kalau aku nk kasi kad raya ni kan? ada 5 keping .. s0 sape-sape yang bertuah tu, dapat lah :)Kesian peniaga kad raya skang.. nk cari makan pun susah kene bersaing dengan FB dan SMS ..



No comments:

Post a Comment