Tabung nuffnang sayer :

Wednesday, 24 August 2011

Gaji dah masuk + finance planning + Patutlah Ofis sunyi hari ni...

Ha.. rupa-rupanya aku baru tahu gaji dah masuk hari isnin lepas lagi.. huhuhu aku punya lah dok tunggu bila nk masuk. maybe hari khamis kn pasai selalu gabemen 25hb tu wajib da masuk da... Tapi rupanya da lama masuk... Hadoiii tak apalah, legalah sikit. Duit BONUS pun ada lagi lebih suku tak terusik. semuanya kene save and belanja secara berjimat cermat. Aku tak nak lah nanti balik KL plak, pokai habis..  gara-gara sebab sakan beraya kan?

Duit yg ada pun aku dah save untuk duit raya kt adik-adik, mak ayah and atok nenek je.. maklumlah, 1st year keje tetap ni. tahun lepas tu aku sambilan lagi, jadi tak adalah aku nk kasi duit raya bagai.. hehehe BOSS pun kasi aku duit lagi thn lepas. tp tahun ni, aku dah niat nk kasi orang-orang yang aku sebut tu. Lagipun time ni jelah aku boleh kasi duit kat ayah aku.. walaupun tak banyak, tapi aku sure dia memang jenis tak akan ambik punya duit anak-anak dia ni... susah btol bapak aku ni.. hehe ... yela sebelum ni dia yang kasi duit and spend everything apa je anak-anak dia nk.. even PTPTN pun bapak tak bagi amik.. hurmmm tp senyap-senyap gk aku amik.. cuma approved RM3000.00 je utk diploma dlu... nasiblah kene bayar sekarang.. Degree aku dah malas nk mintak-mintak..PTPTN. nanti kene bebel sebakul

sempat laaa pagi ni aku buat kira-kira apa nk dibuat kan.. sebenarnya kita ni kene plan kemana belanjawan kita. berapa banyak yang kita save sebulan. selalunya aku simpan duit dalam bank lain. Kalau aku kumpul satu bank, huh mahu la duit aku asyik terguna je. s0 bank lagi satu tu memang aku jaranggggggggg sangat-sangatlah nk keluarkan.. tu pun kiranya sebagai masa tersuntuk aku kalau jadi apa-apa.. kita tak tahu apa jadi nanti kn? s0 sediakan lah payung sebelum hujan.. 

Ha citer pasal ofis plak, harini ofis aku lenggang. sunyi plak harini.. Haish ! pagi tadi pun aku dah pelik kenapa la tak banyak kereta kt dalam car park tu? selalu dah ramai yang datang. ni boleh di kira dengan jari.. masuk ofis plak aku tengok sunyi.. tak macam selalu riuh rendah.... la ! patutlah, rupanya harini ramai dah pakat cuti and balik kampung.... huh , JELES OKEH !


 orang pun dah tak ada..


seee tak de orang kan? de makcik cleaner jew





Aku je ada.. heeee







3 comments:

  1. Hi...
    Saya seorang ahli blog anda dan saya mahu anda datang ke blog saya ke blog saya, saya akan gembira jika anda ingin membawa keahlian
    Anda boleh membaca Blog saya dalam Bahasa Hindi dan diterjemahkan ke Malaysia dari jalan yang saya akan membaca puisi atau karangan
    Dan saya menganggap tiga pilihan saya (3) kursus di Blags Ayengen

    Pls come my blags
    MITRA-MADHUR
    MADHUR VAANI
    BINDAAS_BAATEN

    ReplyDelete
  2. laa..np x cuti lg?? cian duduk kt opis sensorng..kim slm kt mkcik cleaner ek. :)

    ReplyDelete
  3. huhuhuhu hanis ni baru je di serap tetap le bard. so xnk la amik cuti banyak sangt.. jaga prestasi. hehe ni pun byk MC da. thn ni da 5 MC.. haish asyik sakit.. cuti baru je 5/21. tinggal 19 hari lagi.. ehehe freshie xle over okeh !

    ReplyDelete