Tabung nuffnang sayer :

Thursday 20 April 2017

44 hari mesti harus wajib dengan bengkung tradisional dan krim panas fat2slim

Hye dah lama tak buat produk review. Kali ni nk share pada sesiapa yang nak berpantang tu boleh la kalau nak mencuba kan produk yang aku pakai nih. Sebenarnya memula aku tak terfikir pun nak pakai krim nih. Aku pernah pakai sebelum mengandung dlu sebab nak jaga badan laa. Tak mo perut ni buncit. Dah dapat berat badan cantik lepas lahirkan Laana dlu tak akan nk rosakkan balik kan?? Makanya masa dalam pantang tu nak pakai barut, aku baru teringat yang krim tu aku patut letak dekat perut sebelum pakai barut / bengkung. Sebab kalau ikutkan mak aku dia nak suruh aku letak air perahan limau + kapur. OMG !! memang aku tak sanggup la wei. Sebabnyee gatal yang amat. Merenyam rasa. Aku pernah garu sampai berdarah. Lagi-lagi orang eczema macam aku nih. Jadinye aku terus order krim fat2slim nih. Kebetulan kawan opis aku ada jual, aku order dari dia jek laaa. Senang!! 



Haa aku pakai bengkung yg mcm ni. Memang panjang smpai ke peha. Tujuan utama nk kempiskan peha and pinggul jugak. Bengkung ni aku pakai masa first pantang dulu. Masa beli produk Nona Roguy tu, aku beli skali bengkung dia. BEST sangat! Seriously snang nak pakai and rasa kemas okay. Bengkung moden sekarang tutup perut sahaja. Tapi bengkung ni smpai bawah ke pinggul. sO nk jalan pun ok laaah. Paling best dia ada 2 bahagian atas dan bwah. sO kalau kita nak buang air kecil ke apa ke, just buka ikatan di bawah. Ada 2 tali ikatan sahaja. Senang ! Ala boleh adjust laaa. Sepanjang dalam pantang aku memang pakai bengkung nih. Mak aku tak bagi buka. Nak mandi and ke bilik air shj boleh buka. Nak makan lagi laaa dia xbagi nak buka okayyyy. .

sO sebelum aku pakai bengkung nih aku letak krim fat2slim tu dulu. Krim ni bagi aku tersangat Okay. Sangat simple keje aku sebelum pakai bengkung. Tak perlu nk perah limau ke apa ke Hihi. Tak ada gatal-gatal. Krim dia wangi and tekstur sangat lembut. Cumaaaa 1 jek. Bila da lama kau pakai, haaaaaaaaaaaaaaaaaa pijar kepanasan dia menggelitik jugak laa. Tapi itu yang sedap wei !! Aku pakai nih masa memula tu keluar darah ketul-ketul. Legaaa. sO walau panas, aku proceed jugak laa sebab masa dia panas tu tak lama. Mungkin masa tu krim tu menjalankan tugas dia kan?? Dalam 30 minit macam tu jek la. Tapi kalau kita duduk tempat sejuk ok laa xpanas. Tapi kalau kita dalam keadaan atau environment tak ada angin ke panas, haaa makin panas laa rs.

Berat aku sebelum mengandung 50kg masa mengandung 63kg. Sekarang ni aku timbang berat dah 53kg. sO ada 3kg nak kene kuruskan lg. harap turunlaaa sb nj raya semua da siap. konfiden jek berat back to normal... phewww ~




krim dia ringan and sangat lembut. Lepas sapu di bahagian yang kita nak tu jangan lupa pergi basuh tangan pulak ye. Nanti pijar pulekkkk tangan korang. sO far lepas habis pantang pun boleh pakai krim nih tak kira waktu. Nak pergi keje pagi2 tu pun boleh sapu. Sebab aku memang dah consumed krim nih dari sebelum mengandung Raaniya lagi. Hihihi .. Ok la itu jek nak share. Mata dah mengantuk. Nak tidur dulu. 

8 comments:

  1. Mescya kita berminat la krim ni. Nk try lah hihihih. Nnti kita pm mescya

    ReplyDelete
    Replies
    1. eqa kita baru nengok blog. haha berperang dengan 2 anak kecik cmni laaa. Nti kita pm fb kwan opis yg jual ni ye??

      Delete
  2. Replies
    1. bole ke facebook masshi natorr untuk order krim nih :)

      Delete
  3. menarik je krim ni sis... akak 1st time guna asam limau n kapur, fuhhh memang gatal sis... haduiii... terus serik nak guna...

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh order dari kawan sy masshi natorr facebook dia sis. Xsilap harga dalam RM35 jek

      Delete
  4. Saya ada jual HANNIS FAT2SLIM COCONUSC 1BOX 15SACHET 30G.. Tuk slimming and whitening..

    ReplyDelete
  5. Hubungi saya ±6283199259955

    ReplyDelete