Tabung nuffnang sayer :

Wednesday 29 March 2017

Pneumococcal (Booster) untuk Laana dan persiapan vaksin pnuemococcal untuk Raaniya pula

Sebenarnya lupa nak update pasal vaksin terakhir yang Laana amik untuk Pneumococcal (booster). Vaksin yang ke-4 dan yang terakhirlah kiranya nih. Alhamdulillah sempat completed pun vaksin yang aku kira sangat-sangat penting buat masa ni. Bila kita lihat persekitaran dan cuaca yang kadang-kadang tak menentu sekarang ni, rasanya ibu bapa sekarang wajar ambil vaksin ni kepada anak-anak untuk mengelak dari pelbagai penyakit. Antaranya jangkitan radang paru-paru, saraf otak, telinga, dan darah. 

sO untuk pengalaman pertama dapatkan vaksin ni boleh la rujuk pada entri lama aku di Laana's 1st Jab dan Laana's 2nd Jab. 3rd  Jab aku tak sempat nak update jugekkkk. Fuh lap peluh! lepas ni tak boleh skip menaip lagi. sO boleh la refer dua entri aku tuh bagi sesiapa yang nak dapatkan info serba sedikit pasal vaksin pneumococcal nih. Untuk last jab yang dipanggil booster tuh, kitorang cuba dapatkan Dr. Siti di KMC Kuantan, tapi Dr. Siti bercuti seminggu. Jadinye kami dapatkan juga vaksin tu dari Dr. lain. Hurmm tak tahu pulak harga setiap Dr. ni dicaj berbeza-beza. Lap peluh bila tengok bil akhir tu RM450.00 !!! huhu redha jek laaaaa asalkn baby sihat.

menunggu turn untuk jmpa Doktor




Kali ni persiapan untuk 2nd baby pulak, Raaniya. Kalau pada pengalaman Laana sebelum ni, aku start dapatkan vaksin untuk Laana masa umor dia 3 bulan lebih. Mungkin Raaniya kami akan cuba dapatkan masa dia 4 bulan or lepas raya la kan??? Bergantung kepada masa yang free laa sebab kalau boleh aku nak dapatkan vaksin dengan Dr. Siti jugak. Ngeh ngeh ngeh... 

sO start dari sekarang da boleh la menabung untuk vaksin pneumococcal Raaniya. Untuk first Jab selalunye dalam range harga RM250 - RM300 bergantung kepada jenis vaksin laa. Ada 4 jab semuanya dan untuk jab 1, 2 dan 3 selang 2 bulan sekali. Untuk Booster sahaja masa baby dah cecah umur  1tahun ke atas. simple kan?? sO marilah menabung hihi... 

No comments:

Post a Comment