Tabung nuffnang sayer :

Thursday 21 August 2014

Rumah sewa ~Jumpa rumah sewa akhirnya

Haish kenapalah lama sangat tak update belog kan? Nak menaip tu punyaaaaaa la MALAS tak tahun nk cakap. Busy pn ye ! Tapi hari ni nak jugak la meluangkn masa menaip. Lately memang banyak benda nak kene settle kan. Nak nikah ni bukan senang cheq oi !!! Macam-macam nak uruskan. Alhamdulillah semua dah selesai. Tunggu ada sikit je lagi preparation untuk majlis tu nanti. Tapi bukan setakat kahwin jek. Urusan lepas kawin pun 1 hal. Macam mana nak nak kene cari rumah untuk duduk lepas kahwin? Ni pun memang memeningkan kepala gue !! Nak cari rumah sewa arituh mau 3 bulan makan masa !!!! Bukan tak ada, memang bersepah rumah sewa kt KL dan sekitar Selangor ni, tapi nak cari rate yang muraaahhhh tu alangkah menguji jiwa raga segala laaa. Bukan setakat murah, tapi nak jugak kene tengok dari segi keselamatan (kalau boleh tak mo warga luar / awang itam dan Sbgnya.) , dari segi keadaan persekitaran ok ke tidak. Ye laah nak cari yg murah sangat kannn ?? Bila pikir logic memang ssah nak dapat murah tengah-tengah Bandar nih !! Melainkan kalau tuan rumah baik hati. Sebab mostly di Selangor ni semuanyaaaa pakai agent. Kalau agent ni memang dorang mark up harga sikit laa. Itu dah memang keje depa.
Cari punya carik smpai pening kepala den ni haaaa akhirnya Encik BF terjumpa la satu nombor. sO bila dia call tuan rumah tu bagitahu rumah masih available. Hurmm apa lagi, bila dengar sewa pun cuma RM500 ????? Huish dah sedap dah telinga mendengar nyaaaa. Petang tu tros set time nak jmpa dan view rumah tersebut. Rumah apartment je pun sebab nak duduk pun bukan lama. Mungkin dalam tempoh 2 tahun macam tu sebab aku tengah tunggu rumah sendiri area Kota Kemuning siap. Semoga semua urusanku berjalan lancar. Tapi setiap perkara tu kadang-kadang memang ada cabaran2 yang menggugat jiwa jugaaak. Bukan senang nak menjadi senang. Cewah !!
Ni la keadaan persekitaran rumah tersebut. Pangsapuri biasa sahaja. Senang cakap apartment untuk middle class.

 
Ada guard yang jaga di pintu masuk pagar



Ada kedai runcit berhampiran. Tapi bukan di bawah apartment, tapi mmang ada deretan kedai khas.
Alhamdulillah first view rumah ni macam legaaa sikit laa. Murah RM500 tu siap ada guard. Nak masuk kene ada access kad. Kira okey la kann. Ko nak demand lelebih pi duk KONDOMINIUM key !! Kalau sewa kondo mau sebulan RM1300 ke atas. Paling murah boleh dapat la tuh kot. Kalau tak mauu RM1600 standard !!!!!!! Mau rabak duit bulan-bulan. Bila fikir2 apasaal nk membazir kepada benda bukan yang perlu ? Ish baik laa duit lain-lain aku beli sofa ke, langsir ke, or macam-macam benda lain laaa. Ni aircond pn wajib nk kene ada !!! Kemudian tuan rumah ajak naik view dalam rumah pulak. sO kami pn masuk ke dalam rumah. Ye laaa tak laaah nak expect yang over-over sangat. Ye laa rumah apartment yang harga tak sampai RM1000. sO kita dah boleh agak kan? Yang penting kawasan luar rumah dah bersih, kira okey laaaa.
sO bila masuk jek rumah tu, hurmm macam ada la nk kene repair sikit-sikit. Tapi kira boleh laaaa. Sewa pun RM500. Nak duduk sekejap. Security okey, kebersihan kawasan okey. sO  kira okey la . Dalam-dalam nanti kasi bersih sikit jek laaa
Ruang ke bilik
Ni pulak view dari ruang tamu. Bila buka tingkap, Nampak view ni. Okey la tu dari Nampak loji air. -_-

Ni ruang dapur. Gambar terblurr plak
Itu la serba sedikit keadaan di dalam rumah tu. SO macam mana??? Aku balik bincang-bincang dlu sat dengan en BF. Keluarga lagi. Hurmmm memang la area Puchong ni agak jem sikit, tapi ikotkan dia dekat laa nk ke tempat kerja. Lalu jek Kesas highway sebab en BF kerja di Pelabuhan Klang. Aku cuma di PJ je pun. Tak lah jauh mana... Okey dalam rumah pun dah tengok kan. CUma ada sikit jek aku xberkenan. Tang tak ada kipas dekat bilik Haish... Ini macam memang kene pasang aircond la kan? Memang 3 bilik semua tak ada kipas. Adoiii awat laaa masih ada rumah tak ada kipas?? Conpius kejap. Tapi tak apa laaa.. Nanti slow2 carik aircond. Lepas tu yang aku tak puas ati bab dinding kotor di laundry area. Haa yang ni memng aku tak berkenan. Tapi rasa-rasa masih boleh cat.

sO keseluruhan rumah ni :
persekitaran ok
Ada reserved parking
Sewa murah
Agak besar


Ok nanti tunggu entri ke 2 pasal rumah sewa yeee


2 comments: