Tabung nuffnang sayer :

Sunday 24 November 2013

cucur ikan bilis simple

petang tadi rasa lapar plak. arini asyik mood nk memasak jeee tp xmo yg heavy. nk ringan2. ngeh22... so cek2 kt dapur hmmm bahan mcm ckup. apa lagi tros cpai sume bahan2 utk buat cucur ikan bilis. nasib baik ada sikit lg ikan bilis tu.. haaa antara bahan yang aku guna utk  cucur ni adalah

1. tepung gandum,
 2. garam
 3. bawang merah sebiji
 4. ikan bilis sikit
 5. air masak

 okeh tpaksa tjuk gmbr cucur yg da siap.. hihi goreg sikit je sbb aku je nk mkn.. wuwuwuwiuuu

 aku guna tepung ni..


 potong bwh merah macam ni

 ikan bilis yg sudah dibasuh



 msukkan air ikut adunan byk mn yg korang rs ok. jgn cair sgt jgn pekat sgt yeee nanti lain jadinyeee

 masukkan bwg dan ikan bilis tadi yeee.. gaul smpai sebati



 dah sebati kann so boleh goreng terussss yeay





 siapp . yeay . jom ngap!!
buat sikit je sebab sorang je mkn. Makanan berminyak cmni memang kene amik kuantiti sikit je. Risau plak nak diet2 ni ^_^

Thursday 21 November 2013

Amboi Zakat Pendapatan bila nak bayar ???

Haaa kan setempek ayat pedas dah keluar kat tajuk entri ni haaaa... Kawan-kawan sekalian nak buat peringatan ni. Korang semua dah ke keluarkan zakat pendapatan ?? Jangan leka and lalai ye? Yang perempuan-perempuan macam kita pn dah bekerja or tak bekerja wajib membayar zakat pendapatan. Tak takut seksaan Allah ke uollss ??? Haaaa dari membayar cukai pendapatan tu, moh le kita bayar zakat pendapatan. Lebih berkat. Okey hati hati sebab dalam slip gaji dah mula start tolak zakat tu. Dalam entri zakat sebelum ni aku penah cerita jugak, tapi time ni baru je apply hihihi belum lg start tolak. Jadinyaaaa dah dapat slip ni, seronok je tgk dah mula tolak. Terasa la gaji tu berkat sedikit...
 
 
Bukankah zakat tu merupakan 1 kewajipan untuk kita tunaikan? Ni pun dah nak 3 thn keje baru ada kesedaran untuk zakat. Hish.. tapi good news untuk mereka yang menetap or bekerja di Selangor, korang boleh membayar zakat melalui penolakkan gaji ataupun secara online. Macam aku dlu ambik je boring di Pusat Zakat Selangor, kemudian hantar je borang tu ke unit kewangan pejabat masing-masing. Nanti dorang yang uruskan. Senang kan? Jadinya setiap bln masa terima slip tu cek la cepat-cepat samada kewangan dah tolak belum gaji korang untuk membayar zakat  ^_^
 
 
Kat sini aku nk share sikit link yang Korang boleh masuk. Mana tahu dah nk mula tolak zakat, tapi tak tahu cara senang. Masuk je laman web ni macam2 ada. Tapi arituh aku ada kawan pejabat amik kan borang tu kat pusat zakat sendiri. http://www.e-zakat.com.my/borang/
 
 
Tapi borang yang aku dapat tu sama je lebih kurang macam dalam web ni. Jadi korang bolehlah start menjengah ek  https://zakatsel.com.my/baru/k-zakat/borang/borang.asp

 
 
Haaa nanti Free singgah je. Cuma isi borang ni then akan keluar mcam ni
 
Potongan bulanan sebanyak tuh, korang kene tengok gaji korang sebulan brapa. Haaaa time ni dalam brosur yang aku amik kat Pusat Zakat tu ada mention. Jadi senang sikit nak tahu berapa rate kita perlu keluarkan zakat sebulan. Jadual penolakan zakat mengikut gaji bulanan pn boleh tengok kat sini
 
 
 
 
Haa begitu laaaa jadi cepat2 la tolak zakat ye kalau nak gaji kita berkat. Selagi Allah bagi kita senang di muka dunia dan bumi ni marilah sama2 beringat. Jangan lalai dan cuai sebab ada yang memerhati tindak tanduk kita.

Okeh. Hihihi nak bayar zakat Emas, emas masih tak ckup la. Hhihi sebab zakat emas jika dalam simpanan kita melebihi 85gram dah wajib ye kawan-kawan
 

Wednesday 20 November 2013

Kumpul Dinar emas

Ohhhhh geram plak arini sempat plak tangai ni gatai pegi check harga semasa Emas Dinar Public Gold. Hisssh !! Bila buka je , memang terkejut laa sebab harga turun harini . RM566.00 untuk 1 Dinar ?????????? Memang tekejut la sebab aku baru je beli 2 Dinar bln ni. Macamana nak borong lg? Adessss.... Eh tapi bukan aku lah yang beli, Encik BF yang beli sebab dia tengah kumpul2 Emas Dinar ni, kengkonon untuk hantaran Kawin kaaannn ??? Masa we all beli arituh 1 Dinar RM578.00 . Sebab dalam bulan lepas, 1 Dinar mencecah RM640.00 . Memang terasa rugilah bagi we all yang sedang mengumpul duit sebab kalau nak membeli, better beli semasa harga sedang turun and jatuh, sebab emas ni kita tak jangka bila dia nk naik turun? Buat Nye bulan depan naik???? Tak ke rugi? Sebab emas dinar ni penah mencecah RM800.00 untuk 1 Dinar tak silap aku masa 2011 - 2012 macam tu.
 
Memang la nak kawin lambat lagi, tapi di sebabkan nak kumpul tu bkn senang jugak, so alternative kami amik dengan kumpul sedikit-sedikit. Tak rugi pun kumpul emas Dinar ni. Manalah tahu masa beli sekarang RM580.00 1 Dinar. TUp tup 2014 - 2015 harga mncecah RM800 1 Dinar ??? Memang untunglaaaa siapa yang sanggup melabur. Buat masa skang kita pun tahu harga emas sedang jatuh. Tapi ura-ura mengatakan emas sedunia akan naik 2014 - 2015 byk jgk .. Jadi lebih baik mmbeli masa harga murah. Tah kenapa aku ni berangan plak nak hantaran dari emas dinar gituww kan? hihihi sO en BF terpaksalah mengumpul sikit-sikit. Lagipun tak lah membebankan dia. Aku berangan nak mintak dia kumpul lebih kurang 15 keeping pun jadilaaa..
 
Bagi sesiapa yang tak pernah tahu pasal Dinar bolehlah start search melalui google, sebab banyak kelebihan Dinar ni. Aku dan dia pilih Emas Dinar dari Public Gold. Haaaa yang tak pernah tengok Dinar Public Gold, meh tengok gambar bawah. Picture ni aku google je sebab sama-sama masih mencari ilmu dan pengetahuan dalam emas ^_^.
 

 
Memang dia ada banyak size. Comel dan kecik molek je rupanya. Hari-hari aku akan search info pasal Dinar ni, and bagi aku memang banyak kelebihan kalau kita mengumpul Dinar. Ada macam-macam kelebihan kita kumpul dinar emas ni. Antaranya:
  1. Matawang Syariah
  2. Diungkapkan di dalam Al-Quran dan Al-Hadith
  3. Digunakan sejak 2500 tahun
  4. Di kenali oleh semua orang
  5. Sangat bernilai walau sedikit dan kecil
  6. Nilai yang sebenar dan stabil
  7. Mudah dicairkan
  8. Lambang kekayaan sebenar
  9. Melindungi kekayaan
  10. Tidak boleh dimonopoli
  11. Menghapuskan riba
  12. Menghapuskan kemiskinan
  13. Menghapuskan spekulasi
  14. Menghapuskan risiko pertukaran matawang
  15. Nilainya bukan hutang
  16. Menyelesaikan krisis ekonomi
  17. Memberikan keadilan kepada masyarakat
  18. Mengurangkan masalah sosial seperti jenayah
  19. Merapatkan jurang antara kaya dan miskin
  20. Kos Haji semakin menurun berbanding dinar
  21. Mempercepatkan pembahagian pusaka
  22. Memudahkan pelaksanaan hudud
  23. Pembayaran zakat lebih tepat
  24. Penggunaan tiada batasan masa dan tempat
  25. Tiada inflasi
  26. Tidak terbakar
  27. Tidak berkarat
  28. Tiada tarikh luput
  29. Warnanya tidak akan pudar
  30. Tidak boleh dibinasakan
  31. Tidak boleh ditiru
  32. Tidak memerlukan ruang yang luas untuk menyimpannya
  33. Tidak boleh dimanipulasi
  34. Tidak perlu jaminan kerajaan
  35. Beratnya lebih ringan daripada wang kertas yang sama nilai
  36. Matawang 1 dunia pada masa hadapan
  37. Boleh digadaikan

Tah tak tahu lah nape hati ni memang nak sangat hantaran dari Dinar walaupun dlu aku yang penah tolak mentah-mentah dari dia yang nak sangat kumpul benda ni . Korang boleh baca balik entri aku pasal dinar sebelum ni kat cerita dinar 1 & dinar 2 .
 
Hihi lepas tu aku ada usha-usha contoh gubahan hantaran dengan dinar ni. Weh banyak yang cun melecun. Memang buat aku tak sabar nak tunggu smpai 10 , 20 dinar !! ekekekeke ... 
 
 

 



 
 
Okey tepuk dada Tanya selera ye ^_^
sekadar berkongsi
gambar 2 semua dipetik dari google
 
 
 

Friday 15 November 2013

throwback gmbr konvo

ok tajuk tu nmpk x. THROWBACK yee. mggedik sgt. org lain letak picture konvo nk ltk jgk knnnn ... apa kes?? bia laa blog aku. meh meh ... ok sbenrnya jenuh aku godek2 laptop n folder lm2 mmg xjmpa gmbr konvo. xth mn hilang. sygnyeeee... yg ada pn kt fb.  tu p bpe kerat jee .sedihnye sedihnye!!! bila tgk bdk2 baru konvo ni hati rs sedih teringatkn ms konvo dlu. happy sgt..the best moment laa dpt jmpa kwn2 lm. dpt degree yg kita blaja hampir 3 thn lbh. wow!!!  can't imagine back. hihi soo kepada adik2 yg msi blaja tu , blaja lah rajin2.. x rugi woooo.. dlu pn ms diploma hancusss. tp msuk degree mula wujud kesedaran diri. gitewww.. haha so tamat je blaja tros bekerja.. alhamdulillah skg bekerja sbg pegawai kerajaan...

jgn sibok bcinta smpai pelajaran terabai. skg dunia smakin mncabar. nk keje pn ssh skg. tp jgn blaja je.. sb bila da msuk alam pekerjaan. mcm2 skill lain kita perlu ada. cthnya kreatif, dpt btutur dgn org ramai, cekap uruskan projek, kene pndai bdikari jika sedang bhadapan ssuatu bersendirian dan byk lg. skill2 tu sume ms universiti da ada . segala persatuan2 tu. haaa msuk dan involve laa.xrugi ye adik2... ceh ceh pandai sgt bg nasihat. ok tahniah pd graduan yg sedang menerima degree ke, diploma, master, phd n so on.. aku th skg kn musim konvokesyem. tahniah ye!

layan jela aeh gmbr2 lm aku dlu ms konvo..kbai





















 last picture kenangan bersama coursemate. ni je classmate aku. xsmpai 20 org. hihi ms ni kami ke medan, indonesia utk projek akhir semester. meh meh.


 ok this is me now... selepas 4 thn dr konvokesyen kikiki ...




Thursday 14 November 2013

Legaa akhirnya semua dah selesai

Maap banyak hari tergendala nak update entri. Memang busy tahap gaban ! haha penah dgr tak orang sebut macam tu masa zaman kanak-kanak dulu. Ok abaikan! Sebenarnya excited nak cerita pasal perasmian buku yang aku pernah sebut dalam entri ni : jeng..jeng.. whats next?  So rerajinkan diri baca entri sebelum ye?
 
 
So selasa lepas akhirnya selesai sesi perasmian buku yang aku sendiri buat. Actually aku tak plan pun nak kene rasmikan buku ni ke hape kan? tup tup kebetulan buku aku siap masa ada program sempena jabatan aku dengan WIF KL 12 - 14 November 2013 aritu di KLCC . WIF KL ni adalah WORLD INNOVATION FORUM KUALA LUMPUR. Best sangat and korang harus pergi. Tapi dah lepas kan, cuba lah pergi untuk next year. Aku memang every year ada lah pergi since 2011. Tahun lepas pun pergi and tahun ni pun of course dapat tag secretariat lagi sebab jabatan we all bawak speaker untuk majlis tu. Tapi tak apa nanti entri lain aku cerita pasal WIF KL. Sekarang concentrate pasal launching buku aku !!! Haip.

Hihi actually nama buku aku tu MALAYSIAN INNOVATORS: COMMUNITY WELL-BEING. lebih bertemakan innovator yang menyumbang idea mereka serta bakat merekacipta more untuk membantu masyarakat setempat and tak kira sesiapa la. Semua mereka tolong. Alhamdulillah buku selesai dicetak, selesai majlis perasmian kecil-kecilan jew. Tapi hasil tenaga sendiri kan, siapa tak suka? sO layan je gambar-gambar sempena majlis tu berlangsung okey
On the way ke Aquaria KLCC
 
 

 Berbincang sebelum pelancaran dimulakan
 
 
Inovator yang hadir untuk pelancaran
 
 
Tetamu yang hadir
 
 
Montaj untuk pelancaran. simple je sebab majlis pun tak besar. Sekadar nak berkongsi sempena minggu inovasi kan?
 
 

 Inovator yang hadir untuk perasmian. Cuma 5 yang hadir. Tu pun oke laa..
 
 

 Inovator ni agak terlewat hadir untuk sesi pelancaran
 
 
 
Crew terlibat
 
 
Ni la buku nyeee..
 
 



Ok tu je sedikit mengenai buku tu. Menceritakan pengalaman dan macamana mereka semua ni dapat idea untuk berinovasi. Best! Ada 2 bahasa, English dan Melayu sO boleh pilih bahasa yang selesa dibaca. Tahun depan projek buku innovator more on Services dan aku dah mintak permission salah seorang innovator untuk menjadi salah seorang dalam buku tahun depan. dan...Beliau bersetuju !!! Nak tahu siapa orang tu??

NORMAN KRU dengan inovasinya KRU ACADEMY
 
 
 Bersama innovator yang gembira lepas pelancaran


Yeay bersama innovator untuk buku siri ke 3

Ada yang tak sempat nak datang tu maybe aku pos je. Tapi tup2 dapat tahu ada innovator dari Sabah tu ada datang ke WIF KL. sO cepat2 aku cari dia petang. Tapi dia busy and terpaksa laah aku datang esok harinya and bagi buku tu. Sebab setiap innovator tu aku bekalkan 15 copies kepada mereka. sO total innovator yang aku jumpa untuk program ni cuam 7 orang. Lagi 3 orang maybe ada hal masing-masing.
 
 
Bersama innovator dari Sabah dengan inovasi seksofon dari buluh.
 
 
 
 
 
 
 
 
Yay tamat pasal launching Innovator book ni.